Pergi ke kandungan

Bukit Sentosa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bandar Bukit Sentosa terletak di Serendah, Selangor dan terletak di dalam Daerah Hulu Selangor.Bandar ini tidaklah mempunyai sejarah yang besar.Namun, ia merupakan kawasan perumahan, perindustrian dan perniagaan yang maju berikutan cadangan membina sebuah universiti di kawasan ini. Walau bagaimanapun projek universiti tersebut dikatakan telah dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai.

Bandar Bukit Sentosa
بوكيت سنتوس
Map
Peta interaktif bagi Bandar Bukit Sentosa
Koordinat: 3°24′10″U 101°33′33″T / 3.40278°U 101.55917°T / 3.40278; 101.55917
StatusBandar
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahHulu Selangor
MukimSerendah
Kerajaan
 • Pihak Berkuasa TempatanMajlis Perbandaran Hulu Selangor
Poskod
48300

Pada satu masa ketika awal penubuhan bandar ini, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Haji Muhd Taib telah membuat satu perancangan untuk menjadikan Bukit Sentosa sebagai Petaling Jaya yang ke-2. Namun perancangan itu tidak dilaksanakan kerana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia telah pun ditukar.

Infrastruktur

[sunting | sunting sumber]

Pada masa ini Bukit Sentosa telah berkembang secara pesat dengan terdapatnya pusat membeli-belah dan kedai-kedai baharu yang dibina seperti Lotus's, Segi Fresh, Grand Union, Mixue dan juga bangunan-bangunan lain.

Terletak kira-kira 41 km dari Kuala Lumpur dan 8 km dari Serendah atau Rawang.

Ia boleh dicapai melalui Persimpangan Bukit Beruntung EXIT 118 dari Lebuhraya Utara-Selatan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara, Jalan LP 3208 dari Sg. Choh, melalui Jalan Pintasan Rawang dan juga boleh melalui jalan pintas dari pekan Rasa.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Bukit Sentosa sendiri mempunyai terminal bas, yang menghubungkan tempat itu dengan KTM Kuala Kubu Bharu dan KTM Rasa melalui Bas Smart Selangor HS01, dengan HS03 dan HS04 masing-masing bersambung ke Sungai Buaya dan Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. MARA Liner mengendalikan laluan bas ke Rawang , 156 melalui Jalan Bukit Beruntung manakala bas antara bandar ekspres disediakan ke Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain di semenanjung.

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]