KTM ETS
ETS adalah singkatan untuk Electric Train Service, merupakan perkhidmatan tren laju antara bandar di antara Penang Sentral, Butterworth dan Kuala Lumpur yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu pada 12 Ogos 2010. Terdapat 10 stesen yang berkhidmat sepanjang laluan ini iaitu tiga di Perak, dua di Selangor, tiga di Kuala Lumpur dan dua lagi di Negeri Sembilan.
Kelajuan operasi maksimum armada ETS adalah 145 km/jam, walaupun tren ETS direka untuk mencapai kelajuan 160 km/jam. Setiap tren boleh mengangkut maksimum 350 orang penumpang, dan terdiri daripada enam gerabak yang mencapai jumlah panjang 138 m dan berat 231.8 ton. Setiap gerabak 22.95 m panjang, 2.75 m lebar dan 4 m tinggi.
Perkhidmatan tren[sunting | sunting sumber]
Dilancarkan pada Ogos 2010, perkhidmatan mula-mula melayan Ipoh hingga Seremban tetapi sektor KL Sentral-Seremban diberhentikan pada Oktober 2012.[2]
Kemudian perkhidmatan dilanjutkan dari Ipoh ke Padang Besar melalui Butterworth dengan pengenalan ETS Transit pada 10 Julai 2015, dengan 24 stesen hentian. Pada mulanya, hanya satu perkhidmatan tren di kedua-dua arah diperkenalkan. Pada hari berikutnya pada 11 Julai 2015, diperkenalkannya ETS Express antara KL Sentral dan Padang Besar melalui Butterworth dengan 15 stesen hentian. Sekali lagi hanya satu perkhidmatan untuk kedua-dua arah.[3]
Kemudian pada 1 September 2015, perkhidmatan tambahan antara KL Sentral dan Butterworth diperkenalkan,[4] dan pada 10 Oktober 2015, dilanjutkan lagi dari KL Sentral ke Gemas, bersama dengan pengenalan perkhidmatan baru antara Padang Besar dan Gemas.[5] Lanjutan KTM ETS ke Gemas menggunakan landasan kembar elektrik antara Seremban dan Gemas yang siap pada 2014.
Juga pada 10 Oktober 2015, perkhidmatan baru dilancarkan antara Butterworth dan Padang Besar di samping perkhidmatan sedia ada tetapi yang ini kemudian dikurangkan kekerapan dengan pelancaran KTM Komuter Sektor Utara.
Makin banyak tren yang ada, makin kerap disemak jadual dan perkhidmatan. Diperkenalkannya kelas-kelas servis Platinum, Gold dan Silver sementara istilah "ETS Ekspres" dan "ETS Transit" dilucutkan
Sistem penomboran perkhidmatan tren berikut digunakan untuk KTM ETS:
- EG920x, EG921x dan EG922x untuk perkhidmatan Gold yang bertolak atau tamat di Padang Besar, kecuali EG9201/EG9202 antara Butterworth dan Gemas, EG9216 dari Seremban ke Butterworth, dan EG9217 dari Butterworth ke Ipoh.
- EP921x untuk perkhidmatan Platinum yang bertolak atau tamat di Padang Besar
- EG923x dan EG924x untuk perkhidmatan Gold yang bertolak atau tamat di Butterworth
- EP923x dan EP924x untuk perkhidmatan Platinum yang bertolak atau tamat di Butterworth
- EG93xx untuk perkhidmatan Gold antara KL Sentral dan Ipoh
- ES94xx untuk perkhidmatan Silver antara KL Sentral dan Ipoh
- EG95xx untuk perkhidmatan antara Ipoh dan Padang Besar
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "JADUAL 2.1 : STATISTIK TRAFIK KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB), SUKU KEEMPAT, 2017" [Table 2.1 : Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Traffic Statistics, Fourth Quarter, 2017] (PDF) (dalam bahasa Malay and English). Ministry of Transport, Malaysia. Dicapai 13 March 2018.
- ^ "Recent scheduling ETS Services". KTM Intercity. Dicapai 18 November 2012.
- ^ "KL-Padang Besar electric train starts run today". The Star. 10 July 2015. Dicapai 19 July 2015. pautan luar dalam
|publisher=
(bantuan) - ^ "Kenyataan Media:Penstrukturan Jadual Waktu Tren Intercity dan ETS Bermula 1 September 2015 (Restructuring of the Timetable for Intercity dan ETS Trains beginning 1 September 2015)" (PDF). KTM Berhad. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 5 September 2015. Dicapai 16 October 2015.
- ^ "Kenyataan Media:Penstrukturan Jadual Waktu Tren Intercity dan ETS Bermula 10 Oktober 2015 (Restructuring of the Timetable for Intercity dan ETS Trains beginning 10 October 2015)" (PDF). KTM Berhad. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 6 November 2015. Dicapai 16 October 2015.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() | Rencana berkaitan pengangkutan rel di Malaysia ini rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |