Pergi ke kandungan

Laluan Persekutuan Malaysia 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laluan Persekutuan 1 shield
Laluan Persekutuan 1
Maklumat laluan
Sebahagian daripada AH2 (Jitra–Bukit Kayu Hitam) dan
AH142 (Persimpangan Segamat–Yong Peng Selatan)
Panjang865.85 km (538.01 bt)
Wujud1880[1]–kini
SejarahSiap pada tahun 1939[2][3]
Simpang utama
Hujung utaraBukit Kayu Hitam, Kedah
Persimpangan utama
Jalan
Hujung selatanJohor Bahru, Johor
Lokasi
NegaraMalaysia
Destinasi
utama






Sistem lebuh raya

Laluan Persekutuan 1 atau Jalan Persekutuan 1 merupakan laluan persekutuan pertama di Malaysia, serta merupakan jalan persekutuan tertua di Malaysia, di samping antara jalan raya awam yang terawal dibina di Malaysia.[1] Laluan Persekutuan 1 menjadi tulang belakang kepada sistem rangkaian jalan raya di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia sebelum diambil alih oleh Lebuhraya Utara-Selatan (E1 dan E2).

Latar belakang laluan

[sunting | sunting sumber]
Papan tanda jarak pertama yang dilalui di Jalan Persekutuan 1 dari Kilometer Sifarnya di Johor Bahru, Johor
Jalan Dato Bandar Tunggal, sebahagian daripada jajaran Jalan Persekutuan 1 di Seremban, Negeri Sembilan
Stesen MRT Taman Midah di Kuala Lumpur, pandangan dari Jalan Cheras (Laluan Persekutuan 1) pada Mei 2022.
Batu penanda kilometer 637 di Kampung Parit Menteri, Perak menuju ke Ipoh.

Jalan Persekutuan 1 merupakan salah satu daripada tiga laluan persekutuan tulang belakang utara-selatan di Semenanjung Malaysia; dua lagi laluan lain ialah Jalan Persekutuan 3 dan 5.[4] Kilometer Sifar bagi Jalan Persekutuan 1 terletak di Sempadan Malaysia-Singapura di Tambak Johor. Pada kilometer pertamanya di bandar raya Johor Bahru, ia dihubungkan dengan Jalan Persekutuan 3, jalan raya utama bagi pantai timur Semenanjung Malaysia. Seterusnya di Kilometer 19 di Skudai, laluan ini dihubungkan dengan Jalan Persekutuan 5 yang merupakan jalan raya utama di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia.[5]

Jalan Persekutuan 1 merupakan jalan raya tulang belakang utama di pedalaman Semenanjung Malaysia tetapi melalui negeri-negeri pantai barat. Dari Tampin ke Sungai Siput, jalan FT1 menyelusuri sepanjang kaki bukit Banjaran Titiwangsa. Jalan FT1 bersilang dengan Jalan Persekutuan 2 di Kuala Lumpur sebelum bersilang dengan satu lagi penghujung Jalan Persekutuan 5 di Ipoh. Di Sungai Siput, Perak, laluan ini mengubah haluannya menjadi laluan timur-barat, dan seterusnya berubah menjadi jalan raya pantai barat utama, bermula dari Changkat Jering, Perak sehingga ke Alor Setar, Kedah.[5] Laluan ini ditemukan dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara E1 di Jitra, Kedah dan seterusnya jajaran Lebuhraya Utara-Selatan dari Jitra sehingga ke Bukit Kayu Hitam merupakan sebahagian daripada Jalan Persekutuan 1.[3][6][4]

Terdapat 92 buah nama jalan yang dikaitkan dengan Jalan Persekutuan 1 di sepanjang laluannya.[7] Tambahan pula, adalah dianggarkan bahawa lebih sejuta rakyat Malaysia bergantung kepada pengguna Jalan Persekutuan 1 sebagai sumber ekonomi utama mereka.[3]

Jambatan Sungai Kelamah (atau Jambatan Gemencheh) semasa Perang Dunia Kedua (kiri) dan jambatan sekarang (kanan)

Jalan Persekutuan 1 dipercayai sebagai jalan raya awam terawal yang dibina di Malaysia. Pembinaannya bermula pada tahun 1880 atas titah perintah Sultan Kedah pada masa itu, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, bagi menghubungkan antara Alor Setar, Kedah dengan Songkhla, Thailand.[1] Kini, jalan raya tersebut juga membentuk sebahagian daripada jajaran Jalan Phetkasem (Laluan Kebangsaan Thailand 4), Laluan 407 dan 414 di Thailand.[3]

Jalan raya ini menjadi semakin penting, memandangkan ia menghubungkan sebahagian besar ibu negeri di sebelah pantai barat (kecuali Perlis dan Melaka), dan hasilnya, banyak pekan dan kampung yang dibuka dan berkembang di sepanjang laluannya. Fasa-fasa seterusnya dibina sebahagian besarnya oleh kerajaan penjajah British sebagai pendekatan untuk menyediakan satu rangkaian pengangkutan yang cekap untuk mengeksploitasi sumber ekonomi Tanah Melayu.[3] Bahagian kedua yang disiapkan ialah jajaran Perai-Ipoh, dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1897. Pada tahun 1915, jajaran Kuala Lumpur-Ipoh dan Johor Bahru-Kulai pula siap.[2] In Pada tahun 1924, Tambak Johor siap dibina, menghubungkan antara Johor Bahru dengan Singapura.[8][9][10][11][12][13][14] Jajaran seterusnya yang disiapkan ialah jajaran Butterworth-Alor Setar dan Kulai-Yong Peng, kedua-duanya dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1928. Keseluruhan jalan akhirnya berjaya dilengkapkan pada tahun 1939 setelah siapnya jajaran terakhir yang menghubungkan antara Yong Peng dengan Tampin pada tahun 1939. [2][3]

Semasa Perang Dunia Kedua, Jalan Persekutuan 1 mengalami kerosakan teruk susulan kempen penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Semasa kempen tersebut, dianggarkan lebih 100 buah jambatan diletupkan oleh Kor Jurutera Diraja British untuk mengekang kemaraan tentera Jepun ke selatan. Antara jambatan terkenal yang diletupkan ialah Jambatan Sungai Kelamah (juga dikenali sebagai Jambatan Gemencheh), Jambatan Gemas dan Jambatan Buloh Kasap - ketiga-tiganya terletak di Jalan Persekutuan 1 - susulan Pertempuran Jambatan Gemencheh yang meragut nyawa lebih 1,000 orang anggota Tentera Empayar Jepun.[15] Setelah Perang Dunia Kedua tamat, jalan FT1 dipulihkan semula dan jambatan yang rosak telah dibina semula.[3]

Telah banyak pembaharuan yang diimplementasikan terhadap Jalan Persekutuan 1 sejak kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 dan seterusnya pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Antara pembaharuan terawal semasa zaman pasca kemerdekaan Tanah Melayu ialah pembinaan Jambatan Merdeka di sempadan negeri Pulau Pinang-Kedah. Ia dibina bagi menggantikan jambatan lama yang musnah pada tahun 1942 semasa Perang Dunia Kedua. Jambatan tersebut mendapat namanya kerana dibuka kepada pengguna jalan raya pada tahun kemerdekaan Tanah Melayu.[6]

Pada tahun 1966, Lebuhraya Tanjung Malim – Slim River FT1 dibuka kepada lalu lintas, yang merupakan jalan raya tol terawal di Malaysia.[16] Lebuh raya dua lorong tersebut memintas jajaran lama antara Slim River dengan Tanjung Malim, yang seterusnya diturun taraf menjadi Jalan Negeri Perak A121 dan Jalan Persekutuan 193[17][5]

Penambahbaikan laluan FT1 turut dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bagi menambah baik rangkaian jalan raya di kawasan bandar raya. Ketiadaan perancangan jalan raya yang teratur dipersalahkan sebagai penyebab kesesakan teruk di bandar raya. Pada masa itu, laluan FT1 dalam Kuala Lumpur terdiri daripada Jalan Cheras, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak (sebelum ini dikenali sebagai Java Street dan kemudian Mountbatten Road), Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Ipoh (kedua-duanya dikenali sebagai Batu Road).[18] Di bawah syor oleh Laporan Reviu Lembah Klang 1979, jajaran FT1 di Kuala Lumpur dilalukan semuka ke satu sistem jalan raya baharu yang terdiri daripada Jalan Loke Yew, Jalan Maharajalela, Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching bagi tujuan penyuraian trafik di samping bagi menyediakan kesinambungan laluan FT1 yang berterusan di Kuala Lumpur.[19] Salah satu daripada komponen sistem jalan raya baharu tersebut ialah jejambat Jalan Kinabalu, yang dibuka pada 15 Mac 1963.[20]

Pembangunan jajaran FT1 yang paling kontroversi di Kuala Lumpur ialah kutipan tol di Jalan Kuching FT1. Tempoh konsesi sembilan tahun bagi kutipan tol Jalan Kuching FT1 diberikan kepada Kamunting Corporation Berhad, ditandatangani pada 15 April 1985. Dalam perjanjian asal konsesi, Kamunting Corporation Berhad perlu membina sebuah persimpangan bertingkat di Bulatan Kepong serta menaiktaraf Jalan Kepong FT54, sebagai balasan kepada hak mengutip tol selama sembilan tahun bermula tahun 1987 sehingga tahun 1996. Namun, pada tahun 1987, perjanjian konsesi tersebut dipinda, dan Kamunting Corporation Berhad diminta untuk menambah dua lagi lorong di sepanjang Jalan Kuching FT1 daripada empat lorong sedia ada, mengakibatkan pelanjutan tempoh konsesi tol selama 7 tahun yang berakhir pada tahun 2003.[21] Kutipan tol di Jalan Kuching FT1 telah membangkitkan kemarahan di kalangan pengguna jalan raya di Kuala Lumpur, dan beberapa siri tunjuk perasaan diadakan bagi mendesak kerajaan menamatkan kutipan tol di situ.[22][21] Kutipan tol Jalan Kuching FT1 akhirnya dimansuhkan pada 8 Januari 2003.[23]

Pada tahun 1977, kerajaan bercadang untuk membina sebuah lebuh raya kembar utara-selatan baharu sebagai alternatif bagi Jalan Persekutuan 1, yang kini dikenali sebagai Lebuhraya Utara-Selatan E1 dan E2.[24] Cadangan untuk membina lebuh raya tersebut dibangkitkan susulan kesesakan teruk di sepanjang Jalan Persekutuan 1.[25] Disebabkan projek tersebut bakal memakan belanja yang sangat besar, maka lebuh raya tersebut dirancang untuk diswastakan pembinaannya serta dikenakan tol, tetapi tiada satu pun syarikat pembinaan yang dijemput oleh kerajaan mahu melakukan kerja tersebut disebabkan ketidaktentuan ekonomi pada masa itu, menyebabkan rancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan.[24][25] Hanya setelah Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri barulah projek Lebuhraya Utara-Selatan dihidupkan semula. Projek Lebuhraya Utara-Selatan dilancarkan pada tahun 1981,[24] yang mana jajaran Jitra-Bukit Kayu Hitam dibina sebagai naik taraf Jalan Persekutuan 1 sedia ada kepada jalan raya kembar dengan kawalan masuk separa dan persimpangan searas.[25] Pada masa itu, pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban E2 masih berlangsung, maka lebuh raya tersebut membentuk laluan perintis bagi jajaran selatan. Tidak seperti jajaran lain di Lebuhraya Utara-Selatan, jajaran Jitra-Bukit Kayu Hitam tidak mematuhi piawaian lebuh raya ekspres capaian terkawal yang telah ditetapkan dalam Arahan Teknik 8/86: A Guide on Geometric Design of Roads yang diterbitkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) pada tahun 1986, menyebabkan jajaran tersebut diterapkan mengikut dasar klausa datuk sebagai sebahagian jajaran Lebuhraya Utara-Selatan E1.[25] Setelah Lebuhraya Utara-Selatan siap sepenuhnya pada tahun 1994, lebuh raya ekspres tersebut mengambil alih peranan Jalan Persekutuan 1 sebagai laluan tulang belakang utama di Semenanjung Malaysia.[26]

Selain daripada jajaran Jitra-Bukit Kayu Hitam yang telah dinaiktaraf sebagai sebahagian jajaran Lebuhraya Utara-Selatan E1, terdapat beberapa lagi jajaran jalan FT1 yang dinaiktaraf menjadi jalan raya tol dan lebuh raya capaian terkawal. Misalnya, Lebuhraya Skudai FT1 siap pada November 1985 sebagai lebuh raya kembar bertol sehingga 1 Mac 2004.[27] Sementara itu, Jalan Cheras-Kajang FT1 telah dinaiktaraf daripada jalan raya 2 lorong lama kepada lebuh raya capaian terkawal 8 lorong yang dikenali sebagai Lebuhraya Cheras-Kajang E7/FT1. Lebuh raya tersebut dibuka kepada lalu lintas pada 15 Januari 1999.[28]

Sebahagian besar jajaran jalan ini masih digunakan sehingga sekarang, sungguhpun pada September 2009, sebahagian jalan FT1 di utara Ipoh ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan landasan berkembar elektrik dari Ipoh ke Padang Besar.

Projek meluruskan jajaran selekoh Batu 24 antara Kelapa Sawit dan Kulai telah bermula sejak Oktober 2017, dan siap pada hujung tahun 2023..[29][30][31]

Fakta menarik

[sunting | sunting sumber]

Senarai persimpangan (Utara - Selatan)

[sunting | sunting sumber]

Petunjuk:

Negeri Daerah Subdaerah km Kel Nama Destinasi Nota
Kedah Kubang Pasu Bukit Kayu Hitam-Jitra lihat juga Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2
Jitra LP 176 Jalan Arau – Arau, Kangar, Padang Besar Persimpangan T
Sempadan daerah Kubang Pasu–Kota Setar Jitra-Alor Setar lihat juga Lebuhraya Darul Aman
Kota Setar Alor Setar
Alor Setar-Alor Setar Selatan lihat juga Lebuhraya Sultan Abdul Halim
Alor Setar Selatan LP 255 Lebuhraya Sultanah Bahiyah – Kangar, Kuala Kedah
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Bukit Kayu Hitam, Kuala Lumpur
Simpang empat
Simpang Empat K130 Jalan Simpang Empat – Kampung Kuala Kangkong, Permatang Ibus, Tokai, Tanah Merah Simpang empat
Kota Sarang Semut K366 Jalan Sala – Sala
K133 Jalan Pendang–Kota Sarang Semut – Pendang
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Alor Setar, Kuala Lumpur
Simpang empat
Yan Padang Lumat
Madrasah Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah (Pondok Pak Ya)
BR Jambatan Sungai Padang Terap
Guar Chempedak
Guar Chempedak K146 Jalan Guar Chempedak – Yan, Banggul Sanai, Sungai Rotan Simpang empat
Guar Chempedak
Jalan Gunung Jerai LP 252 Jalan Gunung Jerai – Kampung Titi Teras, Gunung Jerai Persimpangan T
Kuala Muda Gurun
Gurun LP 175 Laluan Persekutuan Malaysia 175 – Jeniang, Sik, Kawasan Perindustrian Gurun
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Bukit Kayu Hitam, Alor Setar, Kuala Lumpur
Persimpangan T
Gurun
BR Jambatan lintasan kereta api
Bedong K1 Jalan Pantai Barat Kedah – Merbok, Yan, Muzium Arkeologi Lembah Bujang Persimpangan T
Sungai Lalang
Sungai Petani Utara-NSE LP 225 Jalan Lencongan Barat – Sungai Layar, Taman Sejati
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Bukit Kayu Hitam, Alor Setar, Kulim, Butterworth, Kuala Lumpur
Persimpangan T
Jalan Lencongan Timur LP 225 Jalan Lencongan Timur – Bandar Aman Jaya, Kuala Ketil Persimpangan T
Taman Lagenda Indah
BR Jambatan lintasan kereta api
Sungai Petani LP 67 Laluan Persekutuan Malaysia 67 – Baling, Gerik, Kuala Ketil, Kulim Persimpangan T
BR Jambatan lintasan kereta api
Sungai Petani Selatan-NSE LP 225 Jalan Lencongan Barat – Sungai Layar, Taman Sejati
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Bukit Kayu Hitam, Alor Setar, Kulim, Butterworth, Kuala Lumpur
Persimpangan T
Jalan Lencongan Timur LP 225 Jalan Lencongan Timur – Bandar Aman Jaya, Kuala Ketil Persimpangan T
Tikam Batu K14 Jalan Kuala Muda – Kota Kuala Muda, Kuala Muda, Pantai Merdeka Persimpangan T
Sempadan negeri Kedah-Pulau Pinang BR Jambatan Sungai Muda
Jambatan Merdeka
Pulau Pinang Seberang Perai Utara Kampung Bumbung
Permatang Tiga Ringgit
Lahar Ikan Mati
Kepala Batas P123 Jalan Kubang Menerung – Bertam, Kubang Menerung, Tasek Gelugor
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Kuala Lumpur, Alor Setar
Persimpangan T
Simpang Empat Permatang Sintok P3 Jalan Bertam – Kota Kuala Muda, Kuala Muda, Pantai Merdeka, Bertam, Padang Menora, Bukit Mertajam Simpang empat
Titi Mukim P1 Jalan Permatang Bendahari – Kota Kuala Muda, Kuala Muda, Pantai Merdeka Persimpangan T
Bagan Tambang
Bagan Ajam Bagan Lalang Sungai Puyu
Jalan Heng Choon Tian Lebuhraya Butterworth–Kulim LP 4 AH140 – Kulim, Seberang Jaya
Lingkaran Luar Butterworth – Alor Setar, NBCT
Jalan Terminal Feri – Pangkalan Kontena Butterworth Utara, Bagan Ajam, Terminal feri
Butterworth P191 Jalan Sungai Nyior – Raja Uda, Terminal Feri Pertukaran
Jalan Bagan 1 Telaga Air Jalan Mak Mandin
Sempadan daerah Seberang Perai Utara-Seberang Perai Tengah BR Jambatan Sungai Perai
Seberang Perai Tengah
Perai Taman Perai Jaya
Butterworth–Juru lihat juga Lebuh Butterworth–Juru
Bukit Minyak & Kawasan Perindustrian Bukit Tambun, Batu Kawan (Selatan) Persimpangan T
Permatang Tinggi P139 Jalan Rozhan – Alma, Machang Bubok, Kulim, Bukit Mertajam (Utara) Persimpangan T
Sempadan daerah Seberang Perai Tengah-Seberang Perai Selatan BR Jambatan Sungai Junjong
Seberang Perai Selatan Simpang Empat LP 149 Jalan Batu Kawan – Bukit Tambun, Batu Kawan, Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Paboi
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Alor Setar, Butterworth, Pulau Pinang, Ipoh
Persimpangan T
Taman Simpang Ampat & Bukit Tambun Bukit Tambun, Batu Kawan Persimpangan T
Kampung Paboi LP 150 Jalan Paboi – Bukit Tambun
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 (Utara) – Alor Setar, Butterworth, Pulau Pinang, Ipoh
Persimpangan T
BR Jambatan lintasan kereta api
Val d'Or
Kampung Gurun
Sungai Bakap
Jawi
Jawi-NSE Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Alor Setar, Butterworth, Penang, Bandar Baharu, Ipoh, Kuala Lumpur Persimpangan T
Nibong Tebal
BR Jambatan Sungai Kerian
Telok Ipil
Sempadan negeri Pulau Pinang-Perak BR Jambatan Parit Sempadan Parit Buntar
Perak Kerian Parit Buntar A22 Jalan Sungai Bakau – Sungai Bakau
LP 136 Laluan Persekutuan Malaysia 136 – Pusat bandar Parit Buntar, Bandar Baharu
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Kuala Lumpur, Alor Setar
Simpang empat
Parit Buntar A104 Jalan Tanjung Piandang – Tanjung Piandang
A9 Jalan Parit Buntar – Pusat bandar Parit Buntar, Bandar Baharu
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Kuala Lumpur, Alor Setar
Simpang empat
Simpang Lima A191 Jalan Titi Serong – Titi Serong, Kampung Sungai Kota, Kampung Tali Air
A190 Jalan Kuala Kurau – Kuala Kurau
Simpang empat
Kampung Sungai Bongak
Bagan Serai
Bagan Serai LP 75 Laluan Persekutuan Malaysia 75 – Kuala Kurau
LP 147 Jalan Bagan Serai-Lenggong – Kubu Gajah, Selama, Lenggong
Simpang empat
Kampung Alor Senggut
Kampung Masjid Tinggi
Kampung Teluk Medan
BR Jambatan Sungai Kurau
Sungai Gedong
Jalan Gula-Jalan Semanggol A100 Jalan Gula – Kuala Gula, Kuala Kurau, Tamam Burung Kuala Gula
A197 Jalan Semanggol – Simpang Ampat Semanggol, Bukit Merah, Bukit Merah Resort
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Kuala Lumpur, Alor Setar
Simpang empat
Sempadan daerah Kerian-Larut, Matang dan Selama BR Jambatan Sungai Sepetang
Larut, Matang dan Selama Kampung Dew
Taiping (Utara) Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Kuala Lumpur, Alor Setar
A2 Jalan Kamunting Lama – Kamunting, Taiping, Bukit Larut
Simpang empat
Kampung Air Putih
BR Jambatan Sungai Jebong
BR Jambatan Sungai Bukit Teguh
Taman Bukit Jaya
Taiping
Simpang
LP 74 Laluan Persekutuan Malaysia 74 – Taiping, Kamunting, Bukit Larut, Kuala Sepetang, Matang, Kota Ngah Ibrahim Simpang empat
Changkat Jering LP 60 Laluan Persekutuan Malaysia 60 – Pantai Remis, Beruas, Lumut, Sitiawan, Pulau Pangkor
Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat – Beruas, Lumut, Sitiawan, Banting
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Kuala Lumpur, Alor Setar
Persimpangan T
Kampung Paya
Jalan Sungai Bukit Gantang A136 Jalan Sungai Bukit Gantang – Sungai Bukit Gantang Persimpangan T
Jalan Bukit Gantang A105 Jalan Bukit Gantang – Bukit Gantang, Bukit Chempedak Persimpangan T
Kampung Sungai Serai
Kampung Pauh
Kampung Pasir Besar
Bukit Berapit
Sungai Bukit Gantang
Kuala Kangsar Padang Rengas A107 Jalan Padang Lintar – Padang Lintar, Labu Kubong Persimpangan T
Kampung Padang Asam
Kampung Binjai
Kampung Dendang Kering
Kampung Kuala Dal
Kuala Kangsar (Barat) LP 76 Laluan Persekutuan Malaysia 76 – Lengggong, Gerik, Kota Bharu
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Kuala Lumpur, Alor Setar
Pertukaran
Pintu Gerbang Kuala Kangsar
Jalan Tun Razak Jalan Tun Razak – Stesen keretapi Kuala Kangsar Persimpangan T
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
Kuala Kangsar
Menara jam Kuala Kangsar
A3 Jalan Kangsar – Jerlun, Manong, Parit, Beruas
A136 Jalan Istana – Istana Iskandariah, Istana Kenangan, Galeri Sultan Azlan Shah, Masjid Ubudiah, Makam Diraja Perak
Bulatan
Kuala Kangsar Medan Selera Kuala Kangsar
Tepian Sungai Perak
Persimpangan T
I/S Kuala Kangsar
Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah
Jalan Tun Razak – Stesen keretapi Kuala Kangsar
Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah – Sayong, Manong, Parit, Bandar Kraf Labu Sayong
Simpang empat
Kampung Banjir
Kampung Parit
Kampung Masjid
Kampung Kota Lama Kiri Kampung Kota Lama Kiri, Kampung Bendang Susur Persimpangan T
Kampung Kledang
Jalan Sungai Temong A11 Jalan Sungai Temong – Sungai Temong, Lenggong, Gerik, Kota Bharu Persimpangan T
BR Jambatan Sungai Perak
Jambatan Iskandriah
Jalan Sayong A164 Jalan Manong – Sayong, Manong, Parit, Bandar Kraf Labu Sayong Persimpangan T
Karai A156 Jalan Karai – Karai, Jambatan Victoria Persimpangan T
Salak Baharu
Jalan Kampung Kangsar
BR Jambatan lintasan kereta api
Jalan Lintang Barat A20 Jalan Lintang Barat – Lintang Persimpangan T
Jalan Lintang Timur A19 Jalan Lintang Timur – Sungai Nyamuk, Lintang Persimpangan T
Sungai Siput
SMJK Shing Chung
Taman Tun Sambanthan
Kinta Kanthan
Chemor A1 Jalan Jelapang – Jelapang
A13 Jalan Tambun – Tambun, Tanjung Rambutan, Hospital Bahagia, Air terjun Tanjung Rambutan
Simpang empat
Jalan Tasek Jalan Tasek – Bercham Persimpangan T
Ipoh Utara-NSE Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Kuala Lumpur, Alor Setar Pertukaran
Bukit Cheroh Bukit Cheroh, Bukit Lang Persimpangan T
Ipoh
Jalan Kelab
LP 5 Jalan Kelab – Menglembu, Lumut, Sitiawan Persimpangan T
Ipoh Stesen Keretapi Ipoh
Ipoh
Bulatan Sultan Yussuf
A13 Jalan Tambun – Tambun, Sungai Siput, Tanjung Rambutan
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Kuala Lumpur, Alor Setar
Bulatan
Istana Kinta
Ipoh
Taman Gopeng
Jalan Sultan Azlan Shah Selatan (Jalan President Kennedy) – Taman Cerilex, Pasir Puteh
Jalan Sultan Azlan Shah – Tambun, Sungai Siput, Tanjung Rambutan
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Kuala Lumpur, Alor Setar
Pertukaran
Jalan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah LP 137 Jalan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah – Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Persimpangan T
Simpang Pulai LP 185 Lebuhraya Timur-Barat Kedua – Cameron Highlands, Gua Musang, Kuala Lipis, Kota Bharu, Kuala Terengganu Persimpangan T
Simpang Pulai-NSE Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Kuala Lumpur, Alor Setar Persimpangan T
Batu Gajah LP 199 Lebuhraya Batu Gajah – Batu Gajah, Lumut, Sitiawan, Pulau Pangkor, Istana Kellie
Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat
Persimpangan T
Kampar Gopeng
Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng
Masjid Jamek Baru Gopeng
Saluran paip Gopeng Bersejarah Tapak sejarah
Gopeng A110 Jalan Kota Baharu – Kota Baharu Persimpangan T
Gopeng
Gopeng-NSE Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Alor Setar, Pulau Pinang, Ipoh, Tanjung Malim, Kuala Lumpur Persimpangan T
Jeram
Kampung Kuala Dipang A114 Jalan Malim Nawar – Malim Nawar, Tanjung Tualang Persimpangan T
Jalan Chenderiang A119 Jalan Chenderiang – Chenderiang Persimpangan T
Kampar
Kampar LP 70 Laluan Persekutuan Malaysia 70 – Ayer Kuning, Langkap, Teluk Intan Persimpangan T
Kampar
Batang Padang Tapah Temoh A116 Jalan Temoh – Temoh Road, Tanjung Tualang Persimpangan T
Kampung Pasir
Jalan Sungai Chenderiang A118 Jalan Sungai Chenderiang – Chenderiang Persimpangan T
Kampung Baharu Ladang Banir
Jalan Chenderiang A119 Jalan Chenderiang – Chenderiang Persimpangan T
BR Jambatan Sungai Cherok
Tapah LP 59 Laluan Persekutuan Malaysia 59 – Cameron Highlands, Air terjun Kuala Woh
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Kuala Lumpur
Ipoh
Simpang empat
BR Jambatan Sungai Batang Padang
Tapah A10 Jalan Tapah – Tapah Road, Chikus, Pasir Salak, Teluk Intan, Kompleks Sejarah Pasir Salak Simpang empat
Kampung Bukit Pagar
Bidor LP 58 Laluan Persekutuan Malaysia 58 – Teluk Intan, Lumut, Sitiawan, Pulau Pangkor
Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat
A132 Jalan Kampung Poh – Kampung Poh
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Kuala Lumpur, Ipoh
Simpang empat
BR Jambatan Sungai Bidor
Pintasan Bidor LP 321 Pintasan Bidor – Teluk Intan, Lumut, Sitiawan, Pulau Pangkor
Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat
Simpang empat
Kampung Baharu Pekan Pasir
Kampung Bikam
Taman Permai Jaya Taman Permai Jaya, Stesen keretapi Sungkai T-junctions
Sungkai A187 Jalan Pekan Sungkai – Bandar Sungkai, Changkat Sulaiman, FELDA Besout Persimpagan T
Sungkai A133 Jalan Ulu Sungkai – Kampung Ulu Sungkai Persimpangan T
Kampung Buloh Telor
BR Jambatan Sungai Sungkai
Sungkai-NSE Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Alor Setar, Pulau Pinang, Ipoh, Tanjung Malim, Kuala Lumpur Persimpangan T
Jalan Pekan Sungkai A187 Jalan Pekan Sungkai – Bandar Sungkai Persimpangan T
Kampung Pekan Lama
Kampung Gajah
Jalan Sungai Klah LP 1149 Jalan Sungai Klah – FELDA Sungai Klah, Air panas Sungai Klah Persimpangan T
Kandang Rusa Sungkai
Muallim FELDA Terolak
Kampung Terolak
Terolak
Jalan FELDA Besout LP 1154 Jalan FELDA Besout – FELDA Besout Persimpangan T
Kampung Batu Ampat
Slim River-NSE Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Alor Setar, Pulau Pinang, Ipoh, Tanjung Malim, Kuala Lumpur Persimpangan T
Sempadan negeri Perak–Selangor Slim RiverPersimpangan Tanjung Malim lihat juga Lebuh Tanjung Malim-Slim River
Selangor Hulu Selangor Kampung Keliang
BR Jambatan Sungai Keliang
Kalumpang
BR Jambatan Sungai Keliang
Taman Tempua Bestari
Kampung Gumut
Kampung Air Panas
BR Jambatan lintasan kereta api
Kerling
BR Jambatan Sungai Keliang
BR Jambatan lintasan kereta api
Jalan Kampung Kuala Kubu
Kampung Kuala Paya
Kuala Kubu Bharu Jalan Stesen Keretapi – Stesen keretapi Kuala Kubu Bharu
LP 55 Laluan Persekutuan Malaysia 55 – Bukit Fraser, Raub, Bentong, Kuala Lipis
Persimpangan T
Kawasan Perindustrian Rasa
BR Jambatan Sungai Selangor
Ampang Pechah B54 Jalan Ampang Pechah
Ampang Pechah, uala Kubu Bharu
LP 55 Laluan Persekutuan Malaysia 55 – Bukit Fraser
Persimpangan T
Rasa Stesen Komuter Rasa
Batang Kali Jalan Stesen – Stesen keretapi Batang Kali
B113 Jalan Batang Kali-Ulu YamBandar Utama Batang Kali, Air panas Hulu Tamu, Genting Highland, Air Panas Ulu Yam
B117 Jalan Kg. Kalong – Kg. Kalong Hilir, Kg. Kalong Tengah
Persimpangan T
Ulu Yam B57 Jalan Ulu Yam – Hulu Yam Lama
B23 Jalan Ulu Yam–Batu Caves – Air terjun Sungai Sendat, Batu Caves
Persimpangan T
BR Jambatan lintasan kereta api
Serendah Golf Resort
Serendah Stesen Komuter Serendah
Pintasan Rawang LP 37 Jalan Pintasan Rawang – Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Kuala Lumpur Persimpangan trumpet
Sungai Choh LP 3208 Jalan Bukit BeruntungBukit Beruntung, Kawasan Perindustrian Serendah
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 – Kuala Lumpur, Ipoh
Persimpangan T
Gombak Rawang
Sempadan Selangor-Kuala Lunpur RawangKuala Lumpur lihat juga Lebuhraya Kuala Lumpur-Rawang
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Jalan Sultan Ismail I/C–Edinburgh Circus I/C
lihat juga Jalan Lingkaran Dalam Kuala Lumpur
Kuala LumpurCheras lihat juga Jalan Cheras
Sempadan Kuala Lumpur-Selangor CherasKajang lihat juga Lebuhraya Cheras–Kajang
Selangor Hulu Langat Kajang Kampung Bukit Dukung
Kajang-CKE Lebuhraya Cheras–Kajang – Kuala Lumpur, Cheras, Balakong, Saujana Impian, Semenyih, Seremban Pertukaran
Stesen MRT Sungai Jernih P&R Stesen MRT Sungai Jernih 9
BR Jambatan Sungai Jernih
Kajang B11 Jalan Kajang-Puchong – Sungai Chua
Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang – Puchong, Putrajaya, Cyberjaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , Kuala Lumpur, Johor Bahru
B18 Jalan Reko – Bandar Kajang, Bandar Baru Bangi, Bangi, Dengkil, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Simpang empat
Kajang Prima-SILK Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang – Puchong, Putrajaya, Cyberjaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , Kuala Lumpur, Johor Bahru Persimpangan
Kajang Selatan-LEKAS Lebuhraya Kajang–Seremban – Kuala Lumpur, Cheras, Saujana Impian, Pajam, Seremban Persimpangan
Semenyih LP 31 Laluan Persekutuan Malaysia 31 – Bangi, Dengkil
Lebuhraya Kajang–Seremban – Kuala Lumpur, Seremban
Persimpangan T
BR Jambatan Sungai Semenyih
Semenyih B34 Jalan Broga – Broga Persimpangan T
Beranang B24 Jalan Enam Kaki – Bangi, Dengkil Persimpangan T
Negeri Sembilan Seremban Ulu Beranang
Jalan Nilai-Pajam LP 3265 Jalan Nilai-Pajam – Pajam, Nilai, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan T
Mantin-LEKAS Lebuhraya Kajang–Seremban – Kuala Lumpur, Kajang, Pajam, Setul, Ampangan, Seremban Persimpangan T
Jalan Lenggeng N30 Jalan Lenggeng – Lenggeng Persimpangan T
Kampung Belihoi
Kampung Raya
Kawasan Industri Ringan Jalan Tun Dr Ismail
Setul-LEKAS Lebuhraya Kajang–Seremban – Kuala Lumpur, Kajang, Pajam, Ampangan, Paroi, Kuala Pilah Persimpangan T
Taman Kota Emas
Bukit Mika
Taman Dawn
Jalan Mantin-SIRR Jalan Lingkaran Dalam Seremban – Sikamat, Kuala Klawang (Jelebu), Kuala Pilah, Senawang Persimpangan
Taman Bukit Markisa
Taman Suria
Permulaan/Penamatan Jalan raya kembar
Seremban
Masjid Lama Seremban
LP 1 Jalan Yam Tuan & Jalan Zaaba – Senawang, Taman Tasik Seremban, Masjid Negeri Persimpangan T
Seremban
Jalan Sungai Ujong
LP 195 Lebuhraya Seremban-Bukit Nenas (Jalan Sungai Ujong) – Labu, Nilai
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Simpang empat
Seremban Stesen Keretapi Seremban
LP 1 Jalan Zaaba – Senawang, Taman Tasik Seremban, Masjid Negeri
Bulatan
Seremban
Jalan Rasah
LP 53 Jalan Rasah – Port Dickson
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Simpang empat
Seremban
Jalan Dato' Muda Linggi
LP 51 Jalan Dato' Muda Linggi – Kuala Klawang (Jelebu), Paroi, Kuala Pilah, Seri Menanti, Hutan Lipur Ulu Bendol Persimpangan T
BR Jambatan Sungai Linggi
Rahang-SIRR Jalan Lingkaran Dalam Seremban – Labu, Nilai, Port Dickson, Kuala Pilah, Kuala Klawang (Jelebu), Mantin
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Pertukaran Persimpangan
BR Jambatan lintasan kereta api
Taman Ideal Taman Ideal Persimpangan T
Kampung Baru Rahang
Senawang LP 97 Jalan Senawang-Paroi – Paroi, Kuala Pilah, Sri Menanti, Hutan Lipur Ulu Bendol
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Pertukaran persimpangan
Jalan Sungai Gadut N5 Jalan Sungai Gadut – Sungai Gadut, Rantau Persimpangan T
Stesen Komuter Sungai Gadut P&R Stesen Komuter Sungai Gadut KTM Komuter
N5 Jalan Sungai Gadut-Rantau – Sungai Gadut, Rantau
Persimpangan trompet
BR Jambatan Sungai Gadut
Permulaan/Penamatan Jalan raya kembar
Senawang Link Senawang Link
Sempadan Daerah Seremban-Rembau BR Jambatan laluan keretaapi
Rembau Pedas
Jalan Sepri
N105 Jalan Sepri– Chembong, Sepri Persimpangan T
Pedas N9 Jalan Pedas-Linggi – Linggi, Port Dickson
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan T
Chembong
Wet World Resort Pedas
Kawasan Perindustrian Rembau
Jalan Rembau-Rantau N102 Jalan Rembau-Rantau – Rantau, Pedas Persimpangan T
Jalan Batu Hampar N107 Jalan Batu Hampar – Batu Hampar Persimpangan T
Kampung Tebing Tinggi
Rembau Pejabat Daerah dan Tanah Rembau
Stesen keretapi Rembau P&R Stesen keretapi Rembau
BR Jambatan laluan keretaapi
Rembau
Jalan Chembong
Jalan Sepri
N105 Jalan Sepri– Chembong, Sepri Persimpangan T
Jalan Inas N14 Jalan Inas – Inas, Johol, Kuala Pilah Persimpangan T
Jalan Gadong N111 Jalan Gadong – Gadong, Bongek, Chengkau Persimpangan T
BR Jambatan laluan keretaapi
Jalan Paya Lebar N10 Jalan Paya Lebar – Paya Lebar Persimpangan T
Jalan Penajis N11 Jalan Penajis – Kampung Penajis Persimpangan T
Tanjung Berangan
Kampung Kota
Kota N12 Jalan Kota-Linggi – Astana Raja, Ayer Melintang, Linggi Persimpangan T
Jalan Gadong N111 Jalan Gadong – Gadong, Bongek, Chengkau Persimpangan T
Kampung Perah
Kampung Kota Lama
Kampung Padang Lebar
Jalan Semerbok
N106 Jalan Semerbok – Kampung Legong Jaya, Kampung Semerbok Persimpangan T
Kampung Padang Lebar
BR Jambatan laluan keretaapi
Kampung Ulu Kendong LP 19 Laluan Persekutuan 19 – Taboh Naning, Simpang Ampat, Alor Gajah, Cheng, Peringgit, Melaka
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan T
Tampin Tampin L/B Tampin L/B Tampin L/B –
Tampin LP 61 Laluan Pintasan Tampin – Alor Gajah, Cheng, Peringgit, Melaka
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
LP 61 Jalan Besar – Bandar Tampin, Stesen keretapi Tampin
Bulatan
Tampin Muzium Tampin, Pejabat Daerah dan Tanah Tampin, Pejabat Majlis Daerah Tampin, Masjid Tampin
Tampin LP 9 Jalan Karak - Tampin – Karak, Kuala Pilah, Johol Persimpagan T
Jalan Tampin-Air Mawang N115 Jalan Tampin-Air Mawang – Kuala Pilah, Johol, Air Mawang Persimpangan T
Kampung Pondoi
Melaka Alor Gajah Alor Gajah Tebong
Sempang Kampung Sungga
M19 Jalan Machap – Machap Umboo, Durian Tunggal, Melaka
Kampung Ibus
Negeri Sembilan Tampin Tampin Gemencheh N13 Jalan Dangi-Kesang Pajak – Bahau, Dangi, Johol, Batang Melaka, Selandar, Jasin Simpang empat
Kampung Baharu Gedok
Kampung Sungai Dua N15 Jalan Nyalas – Air Kuning, Nyalas, Jasin Persimpangan T
FELDA Sungai Kelamah FELDA Jelai, FELDA Bukit Rokan Persimpangan T
BR Tapak sejarah Pertempuran Jambatan Gemencheh
Jambatan Sungai Gemenceh
Tapak sejarah
Jalan Jempol LP 10 Jalan Jempol – Temerloh, Bahau, Rompin Persimpangan T
Kem Syed Sirajuddin
Taman Desa Permai
Jalan Pasir Besar
N114 Jalan Pasir Besar – Kampung Ladang, Bangka Hulu, Pasir Besar Persimpangan T
lintasan kereta api
Gemas Stesen keretapi Gemas
Sempadan Negeri Sembilan-Johor BR Jambatan Sungai Gemas
Johor Segamat Segamat Gemas Baharu
BR Jambatan lintasan kereta api
Batu Enam
Jalan Batu Anam J43 Jalan Batu Anam – UiTM Johor, Jementah, Tangkak, Muar
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan T
BR Jambatan lintasan kereta api
BR Jambatan Sungai Muar
Jambatan Buloh Kasap
Tapak sejarah
Buloh Kasap J153 Jalan Tasek Alai – Kampung Tasek, Kampung Alai, Jementah, Tangkak, Muar
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan T
Lebuhraya Tun Razak LP 12 AH142 Lebuhraya Tun Razak – Kuantan, Gambang, Bandar Muadzam Shah
Lebuhraya Pantai Timur – Kuala Terengganu, Kota Bharu
Persimpangan T
Segamat
Taman Pemuda
Jalan Lingkaran Dalam Segamat – FELDA Medoi, Kampung Tengah Persimpangan T
Segamat
Persimpangan Permaisuri
LP 23 Laluan Persekutuan Malaysia 23 – Jementah, Gunung Ledang, Tangkak, Muar
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Jalan Sultan – Pusat bandar Segamat
Persimpangan T
BR Jambatan Sungai Segamat
Kampung Abdullah J41 Jalan Pogoh – Pogoh, Bukit Kepong, Lenga, Muar
Jalan Lingkaran Dalam Segamat – FELDA Medoi, Kampung Tengah
Simpang Empat
BR Jambatan Sungai Kenawar
Segamat
Segamat Baru
Jalan Nagasari – Segamat Baru
Jalan Mohd Yusof – Bukit Siput
Simpang Empat
Kawasan Perindustrian Segamat J246 Jalan Genuang – Genuang, Hospital Segamat , Bandar Putra Segamat
J37 Laluan Negeri Johor 37 – Kawasan Perindustrian Segamat, Kampung Melayu Raya
Simpang Empat
Genuang J37 Laluan Negeri Johor 37 – Kampung Melayu Raya, Genuang Persimpangan T
Pelabuhan Darat Segamat
(Segamat Inland Port)
Jalan Kolej TAR – Pelabuhan Darat Segamat, SJK (C) Tua Ooh (大禹华小), Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) Cawangan Johor Kampus Segamat Persimpangan T
Labis Tenang
Hutan Rizab Bukit Mambai
Jalan Ayer Panas J151 Jalan Ayer Panas – Pekan Air Panas Persimpangan T
Labis Jalan Bandar Labis – Bandar Labis, Hospital Labis Persimpangan T
BR Jambatan lintasan kereta api
Jalan Muar-Labis Jalan Stesen Keretapi Labis – Stesen keretapi Labis
J32 Jalan Muar-Labis – Bukit Kepong, Pagoh, Muar
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru
Persimpangan T
BR Jambatan Sungai Labis
BR Jambatan Sungai Gatom
Kampung Sungai Karas
BR Jambatan Sungai Chaah
Jalan Bekok J150 Jalan Bekok – Bekok, Jagoh Persimpangan T
Kompleks Penghulu Mukim Chaah
BR Jambatan Sungai Chaah
Chaah
BR Jambatan Sungai Chaah
BR Jambatan Sungai Simpang Kiri
Kampung Sungai Lenek
Rumah Rakyat Chaah
Kampung Desa Temu Jodoh
BR Jambatan Sungai Gerchang
Ladang Chaah & Kampung Haji Kamisan
Batu Pahat Yong Peng Pencawang elektrik TNB Yong Peng Pencawang elektrik terbesar di negeri Johor
Jalan Paloh J16 Jalan Paloh – Paloh, Kluang Persimpangan T
Yong Peng LP 24 Laluan Persekutuan Malaysia 24 – Muar, Bakri, Parit Sulong, Batu Pahat
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan T
Yong Peng Selatan-NSE Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Johor Bahru, Simpang Renggam, Ayer Hitam Persimpangan T
Selatan Sahaja
Kampung Haji Abdul Ghaffar
Jalan Olak Batu J206 Jalan Olak Batu – Olak Batu, Parit Raja Persimpangan T
BR Jambatan Sungai Semberong
Masjid Sultan Ibrahim, Ayer Hitam
Ayer Hitam LP 50 Laluan Persekutuan Malaysia 50 – Batu Pahat, Parit Raja, Kluang, Mersing
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Simpang empat
Daerah Kluang Simpang Renggam Tropical Village Persimpangan T
Machap-NSE Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Melaka, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Kulai, Johor Bahru Persimpangan T
Machap
RSA Machap RSA Machap RSA –
BR Jambatan Sungai Machap
Simpang Renggam
Jalan Simpang Renggam-Layang Layang
J26 Jalan Simpang Renggam-Layang Layang – Renggam, Layang-Layang, Kluang Persimpangan T
Jalan Benut LP 96 Laluan Persekutuan Malaysia 96 – Benut, Pontian
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan T
Johor Safari World
(Ditutup pada 1984)
Persimpangan T terbiar
Jalan FELDA Layang-Layang LP 1423 Jalan FELDA Layang-LayangFELDA Layang-Layang Persimpangan T
Daerah Kulai Kulai Jalan Layang-Layang J6 Jalan Layang Layang – Layang-Layang, Renggam, Kluang Persimpangan T
Bukit Batu
Jalan Parit Panjang J107 Jalan Parit Panjang – FELDA Bukit Batu, Ayer Baloi, Pontian
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan T
Kampung Ayer Manis
Ayer Bemban
Sedenak J103 Jalan Sedenak – Sedenak Persimpangan T
Kampung Rahmat
Kelapa Sawit
Lebuh NSE–Kulai J165 Lebuh NSE–Kulai (Jalan Alor Bukit) – Taman Puteri Kulai, Gunung Pulai, Pekan Nanas, Pontian
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan T
Kulai
Jalan Sengkang
Jalan Sengkang – Sengkang Persimpangan T
Kulai
Kulai
Jalan Kota Tinggi
LP 94 Laluan Persekutuan Malaysia 94 – Kota Tinggi, Mersing, Air terjun Kota Tinggi, Desaru Persimpangan T
Kulai Pejabat Majlis Perbandaran Kulai
Indahpura Persiaran Indahpura Utama – Indahpura
Lebuh Putra Utama – Bandar Putra Kulai, IOI Mall Kulai
Pertukaran persimpangan
Hospital Temenggong Seri Maharaja
Saleng
Senai-Johor Bahru lihat juga Lebuhraya Skudai
  1. 1 2 3 Roads in Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2011. m/s. 15. ISBN 978-967-5399-17-6. |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. 1 2 3 Roads in Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2011. m/s. 16. ISBN 978-967-5399-17-6. |access-date= requires |url= (bantuan)
  3. 1 2 3 4 5 6 7 "Sejarah lengkap Jalan Persekutuan 1". Blog Jalan Raya Malaysia. 2015-05-31. Dicapai pada 2015-05-31.
  4. 1 2 "Kenali rangkaian laluan tulang belakang negara kita". Blog Jalan Raya Malaysia (dalam bahasa Malay). 2014-11-01. Dicapai pada 2015-11-18.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. 1 2 3 Inventori Rangkaian Jalan Utama Persekutuan Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2009. m/s. 58-64. ISBN 978-983-44278-2-5. |access-date= requires |url= (bantuan)
  6. 1 2 "Istimewa Hari Merdeka - Sejarah Jambatan Merdeka FT1". Blog Jalan Raya Malaysia (dalam bahasa Malay). 2014-08-31. Dicapai pada 2015-05-31.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. "Jalan 1Malaysia kembali dengan semangat baru". Blog Jalan Raya Malaysia. 2013-10-22. Dicapai pada 2015-05-31.
  8. Johore Annual Report 1920
  9. Johore Annual Report 1921
  10. Johore Annual Report 1922
  11. Johore Annual Report 1923
  12. Johore Annual Report 1924
  13. Johore Annual Report 1925
  14. Page 21. A Souvernir Commemorating The Diamond Jubilee of His Highness the Sultan of Johore (1885-1955), 1955.
  15. Coulthard-Clark 2001, p.197.
  16. "Menyingkap sejarah lebuh raya". Utusan Malaysia. 2012-03-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-05-31.
  17. "Lebuhraya Slim River-Tanjung Malim FT1 - Lebuh raya tol terawal negara". Blog Jalan Raya Malaysia. 2012-03-13. Dicapai pada 2015-05-31.
  18. "Sejarah lengkap Jalan Lingkaran Tengah 1 (JLT1) Kuala Lumpur". Blog Jalan Raya Malaysia. 2015-01-14. Dicapai pada 2015-05-31.
  19. 1979 Klang Valley Review Report Diarkibkan 2016-03-05 di Wayback Machine - dicapai pada 2015-05-31.
  20. "Perasmian Viaduct di antara Jalan Birch dengan Jalan Sultan Hishamuddin". Hari Ini Dalam Sejarah. Arkib Negara Malaysia. 1963-03-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-11. Dicapai pada 2015-05-31.
  21. 1 2 Lim Kit Siang (1999-02-07). "Media Conference Statement - second nation-wide toll plazas protest at the Jalan Kuching Toll Plaza". Dicapai pada 2015-05-31.
  22. Quek, Lawrence (1999-02-10). "Kerajaan diminta telus mengenai konsesi tol". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-30. Dicapai pada 2015-05-31.
  23. "Kutipan tol di lebuhraya Metramac dimansuhkan". Malaysiakini. 2011-05-16. Dicapai pada 2015-05-31.
  24. 1 2 3 Roads in Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2011. m/s. 204. ISBN 978-967-5399-17-6. |access-date= requires |url= (bantuan)
  25. 1 2 3 4 "Sejarah lengkap Lebuhraya Utara-Selatan E1 dan E2". Blog Jalan Raya Malaysia. 2015-04-20. Dicapai pada 2015-05-31.
  26. "Perasmian Penyempurnaan Lebuhraya Utara-Selatan". Hari Ini Dalam Sejarah. Arkib Negara Malaysia. 1994-10-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-19. Dicapai pada 2015-05-31.
  27. "Perasmian Penutupan Plaza Tol Senai, Lebuhraya Senai-Tampoi". Hari Ini Dalam Sejarah. Arkib Negara Malaysia. 2004-03-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-19. Dicapai pada 2015-05-31.
  28. "The Cheras-Kajang Highway". Grand Saga Sdn. Bhd. Dicapai pada 2015-05-31.
  29. "联邦大道沙威24里处 路拉直工程料3月杪通车". Nanyang Siang Pau (dalam bahasa Cina). 2020-01-04. Dicapai pada 2025-09-04.
  30. "续死亡弯拉直工程 南下原道关闭暂使用新道 - 地方 - 大柔佛焦点". Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 2023-07-12. Dicapai pada 2025-09-04.
  31. "古来24哩死亡弯拉直工程 料10天后开放2车道缓解拥堵 - 地方 - 大柔佛焦点". Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 2023-07-24. Dicapai pada 2025-09-04.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]