Kuasar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambaran pelukis mengenai cakera akresi ULAS J1120+0641, sebuah kuasar berjarak jauk yang dikuasai oleh sebuah lohong hitam dengan jisim seberat dua bilion kali Matahari.[1] Kredit: ESO/M. Kornmesser

Kuasar ialah sebuah nukleus galaksi aktif yang sangat tinggi kekilauannya. Ia terdiri daripada sebuah lohong hitam supermasif dikelilingi oleh sebuah cakera akresi gas yang mengorbitnya. Apabila gas dari cakera tersebut jatuh ke dalam lohong hitam, tenaga dilepaskan dalam bentuk sinaran elektromagnetik. Nukleus ini mengeluarkan tenaga dalam bentuk spektrum elektromagnet yang dapat dilihat melalui jarak gelombang radio, inframerah, cahaya yang dilihat, ultraungu serta sinar X bergelombang panjang.  Kuasar-kuasar yang paling kuat dijumpai mempunyai kekilauan melebihi 1041 Watt iaitu ribuan kali lebih besar daripada kekilauan galaksi besar seperti Bima Sakti.[2]

Perkataan "kuasar" merupakan pinjaman istilah bahasa Inggeris iaitu "quasar" yang dipendekkan daripada quasi-stellar radio source ("sumber radio seakan-akan bintang") kerana kuasar dikenal pasti asalnya sebagai sumber pelepasan gelombang radio dan rupanya seakan-akan bintang apabila diambil imejnya pada jarak gelombang cahaya yang boleh dilihat. Gambar kuasar resolusi tinggi seperti yang ditangkap dari Teleskop Angkasa Hubble terutamanya telah menunjukkan bahawa kuasar berlaku di pusat-pusat galaksi, dan sesetengah galaksi yang bertindak sebagai perumah kuasar ini merupakan galaksi yang kuat berinteraksi atau bergabung antara satu sama lain.[3]

Sifat[sunting | sunting sumber]

Imej sinar X kuasar PKS 1127-145, sumber sinar X serta cahaya boleh dilihat yang berkilauan tinggi sejauh 10 billion tahun cahaya dari Bumi; ditangkap oleh Observatori Chandra bertarikh 28 Mei 2000 dengan instrumen ACIS.

Walaupun kuasar tampak samar apabila dilihat dari Bumi, ia dapat dilihat dari jarak yang sangat jauh kerana sifatnya sebagai objek paling bercahaya di alam semesta yang diketahui. Kuasar yang paling terang di langit ialah 3C 273 dalam buruj Virgo. Ia telah rata-rata jelas sebesar 12.8 (terangnya dapat dilihat melalui teleskop amatur bersaiz sederhana), tapi ia mempunyai magnitud mutlak sebanyak -26.7.[4] Dengan jarak sebanyak 33 tahun cahaya, objek ini bersinar di langit seterang cahaya Matahari. Oleh itu, kekilauan kuasar ini dicatatkan kira-kira 4 trilion (4 x 1012) kali lebih daripada Matahari, atau kira-kira 100 kali daripada jumlah cahaya galaksi besar seperti Bima Sakti.

Peranan dalam sistem rujukan angkasa[sunting | sunting sumber]

Kerana kuasar sangat jauh, terang, dan kecil saiznya, ia berguna sebagai titik rujukan mewujudkan grid ukuran di langit.[5] Sistem Rujukan Angkasa Antarabangsa (ICRS) terbina berdasarkan beratus-ratus sumber radio luar galaksi, kebanyakannya kuasar, yang bertaburan di serata ruang langit. Jarak jauh kuasar-kuasar ini tampaknya tidak berubah-ubah apabila dikesan teknologi Bumi namun kedudukan mereka boleh diukur setepat-tepatnya menggunakan Interferometri Asas Sangat Panjang (VLBI). Kedudukan kebanyakan kuasar ini dikesan dalam jarak 0.001 arcsecond atau lebih, secara magnitudnya lebih tepat daripada yang dilakukan pengukuran optik terbaik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Most Distant Quasar Found". ESO Science Release. Dicapai pada 4 July 2011.  Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  2. ^ Wu, Xue-Bing; et al. (2015). "An ultraluminous quasar with a twelve-billion-solar-mass black hole at redshift 6.30". Nature. 518: 512. doi:10.1038/nature14241. Dicapai pada 5 March 2017. 
  3. ^ Bahcall, J. N.; et al. (1997). "Hubble Space Telescope Images of a Sample of 20 Nearby Luminous Quasars". The Astrophysical Journal. 479: 642. doi:10.1086/303926. Dicapai pada 5 March 2017. 
  4. ^ Greenstein, Jesse L.; Schmidt, Maarten (1964). "The Quasi-Stellar Radio Sources 3C 48 and 3C 273". The Astrophysical Journal. 140: 1. Bibcode:1964ApJ...140....1G. doi:10.1086/147889. 
  5. ^ "ICRS Narrative". U.S. Naval Observatory Astronomical Applications. Dicapai pada 2012-06-07.