Q-Face

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Q-Face)
Jump to navigation Jump to search
Q-Face
Q-Face.jpg
Dari kiri: Fairuz, Qimie, Angah, Azan, Noh
Latar belakang
Berasal dariJohor, Malaysia
GenrePop
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif2001
Syarikat rakaman
Musicmedia Sdn Bhd
Kegiatan berkaitan
Berkumpulan
AhliRozaini (Penyanyi)
Angah (Gitar)
Noh (Gitar)
Azan (Bass)
Qimie (Dram)
Bekas ahliFairuz (Penyanyi)

Kumpulan Q-Face merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Q-Face merupakan satu kumpulan penyanyi baru di bawah naungan pengurusan Musicmedia Sdn Bhd yang beroperasi di Batu Pahat, Johor. Kumpulan Q-Face dianggotai oleh 5 orang remaja lelaki. Ke semua anggota Q-Face ini masih bersekolah di dalam tingkatan 3 dan tingkatan 5 ketika mula ditubuhkan.

Anggota ahli asal Kumpulan Q-Face :-

  1. (Fairuz) Mohd Fairuz bin Selamat. Bekas penyanyi
  2. Angah (gitar utama),
  3. Noh (gitar kedua),
  4. Azan (bass)
  5. Qimie (drum)

Kumpulan Q-Face mempertaruhkan konsep pop rock dan komersil menerusi album pertama yang memuatkan 10 lagu ciptaan Hairul Anuar Harun, Saat Talib, Siso, Eddie Marzuki, Jari, Afiq Syahmi, Izman, Annuar Razak dan Osman Rawa. Lagu seperti Izinkanlah, Dewanaku dan Kenangan juga dijangka mampu menarik perhatian ramai.

Kumpulan Q-Face kini berehat sebentar disebabkan anggotanya yang sibuk. Azan kini di UITM, Segamat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan. Angah sedang belajar di Maktab Perguruan. Qimie dan Noh sedang menunggu keputusan SPM. Manakala penyanyi Fairuz telah berpisah bersama kumpulan Antz dan sedang menuntut di Universiti Malaya. Penyanyi baru pula iaitu Zaini dengan Nuar kini berada di dalam kumpulan Q-Dreams.

Bagi Pihak Pengurus Q-Face iaitu Abang Zubairi ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan anda dengan Q-face, Untuk peminat boleh hubungi Q-Face (SMS) di talian 013-770 3715. Q-Face = Noh, Azan, Qimie dan Angah masih kekal).

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Kenangan
  • Fantasia Musim Cinta
  • Cinta Tak Sehaluan
  • Bisikan Untuk Maria
  • Dewanaku
  • Fantasia Musim Cinta
  • Izinkanlah
  • Kawan
  • Kenangan
  • Kesal
  • Lafaz Cintaku
  • Mata
  • Terlena Di Manis Bicara

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. Gambar and lirik lagu.