Sweet Charity

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Sweet Charity)
Jump to navigation Jump to search
Sweet Charity
Kumpulan Sweet Charity - Haji.jpg
Latar belakang
Nama lahirSweet Charity
Juga dikenali sebagai
Deep Purple Singapura
Berasal dariSingapuraSingapura
GenreRock
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
InstrumenVokal/Kugiran
Tahun aktif1967 - sekarang
Kegiatan berkaitan
Ramli Sarip

Kumpulan Sweet Charity ialah sebuah kugiran yang mula ditubuhkan di Singapura pada tahun 1967 oleh anggota asalnya iaitu Ramli Sarip (Vokal), Rosli Mohalim (Lewat 70-an Gitar) Joe Salim (Gitar), Wahid Warren (Bes), dan Rahman Sarbani (Dram).

Sweet Charity banyak mengadakan jerayawara di pesta ria di seluruh Singapura dalam tahun 70-an hingga 80-an. Sweet Charity jugalah yang mempopularkan muzik rock sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple dan Santana Singapura. Kebanyakan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded dan lain-lain yang seangkatan menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanah air. Lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru menapak di rantau sini ketika itu. Sweet Charity menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G. Ade) yang telah diberi suntikan irama yang lebih 'keras' dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip. Sweet Charity juga terkenal dengan jerayawara mereka di seluruh negara pada 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star.[perlu rujukan]

Pada tahun 1986, Sweet Charity juga turut membintangi filem yang bertemakan cetak rompak iaitu filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani. Pada tahun yang sama, Ramli Sarip berpisah dengan kumpulan Sweet Charity lalu menukar haluan menjadi penyanyi solo dengan album solonya yang pertama - RAMLI SARIP yang popular dengan lagu Panah Beracun. Anggota-anggota yang lain masih meneruskan kumpulan Sweet Charity, sehingga lahirnya sebuah album dengan menampilkan seorang penyanyi wanita bernama Zaitun, yang berjudul 'Sweet Charity '88'. Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1996, mereka telah melakukan pertemuan semula atas nama Sweet Charity dengan yang paling masyhur sewaktu di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Sweet Charity tampil dengan irama rock sejati tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan sebagai contoh seperti lagu Bulat-Bulat, Jangan Tunggu Lama-Lama, Zakiah.[perlu rujukan]

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Dari 1967 hingga awal 70-an[sunting | sunting sumber]

Ahli Tugas
Ramli Sarip Vokalis utama
Joe Salim Gitar
Wahid Warren Bes
Rahman Sarbani Dram

Dari awal 70-an hingga pertengahan 70-an[sunting | sunting sumber]

Ahli Tugas
Ramli Sarip Vokalis utama
Joe Salim Gitar
Wahid Warren Bes
Rahman Sarbani Dram
Yong Papan nada

Dari pertengahan 70-an hingga lewat 70-an[sunting | sunting sumber]

Ahli Tugas
Ramli Sarip Vokalis utama
Hamdan Atan atau lebih dikenali sebagai A. Ali Kembara Gitar
Rosli Mohalim Bes
Rahman Sarbani Dram
Ahmad Jaffar Papan nada & Vokalis kedua

Dari lewat 70-an hingga tahun 1981[sunting | sunting sumber]

Ahli Tugas
Ramli Sarip Vokalis utama
Rosli Mohalim Gitar
Allahyarham Syed Hassan Al-Attas[1] Bes
Rahman Sarbani Dram
Ahmad Jaffar Papan nada & Vokalis kedua

Dari tahun 1981 hingga tahun 1982[sunting | sunting sumber]

Ahli Tugas
Ramli Sarip Vokalis utama
Rosli Mohalim Gitar
Allahyarham Syed Hassan Al-Attas[2] Bes
Rahman Sarbani Dram
Masrom Abd Hamid Papan nada

Dari tahun 1982 hingga tahun 1983[sunting | sunting sumber]

Ahli Tugas
Ramli Sarip Vokalis utama
Rosli Mohalim Gitar
Allahyarham Syed Hassan Al-Attas [3] Bes
Rahman Sarbani Dram
Sarwanie Wan Ahmad Gitar & Papan nada

Dari tahun 1983 hingga 1985[sunting | sunting sumber]

Ahli Tugas
Ramli Sarip Vokalis utama
Rosli Mohalim Gitar
Allahyarham Syed Hassan Al-Attas [4] Bes
Sarwanie Wan Ahmad Gitar
Rahman Sarbani Dram
Ahmad Jaffar Papan nada & Vokalis kedua

Dari tahun 1985 hingga 1986[sunting | sunting sumber]

Ahli Tugas
Ramli Sarip Vokalis utama
Rosli Mohalim Gitar
Razak Ahmad Bes
Sarwanie "Wan" Ahmad Gitar
Sulaiman Kamsani (Man Parey) Dram
Ahmad Jaffar Papan nada & Vokalis kedua

Ahli-ahli yang pernah menyertai Sweet Charity selepas 1986[sunting | sunting sumber]

Ahli Tugas
Yantzen Juniwan Vokalis utama
Rosli Mohalim Gitar
Razak Ahmad Bes
Sarwanie "Wan" Ahmad Gitar
Sulaiman Kamsani (Man Parey) Dram
Ahmad Jaffar Papan nada & Vokalis kedua
Ahli Tugas
Zaiton Vokalis utama
Rosli Mohalim Gitar
Razak Ahmad Bes
Sarwanie "Wan" Ahmad Gitar
Sulaiman Kamsani (Man Parey) Dram
Ahmad Jaffar Papan nada & Vokalis kedua

Dari tahun 2000 - sekarang[5][sunting | sunting sumber]

Ahli Tugas
Ramli Sarip Vokalis utama
Rosli Mohalim Gitar
Razak Ahmad Bass
Rahman Sarbani Drum
Ahmad Jaffar Keyboard & Vokalis kedua

Album[sunting | sunting sumber]

Album Sweet Charity (1979)[sunting | sunting sumber]

Edaran: WEA

  • Seniman Di Rantau
  • Teratai
  • Bayang-bayang
  • Main Hujan (karya M Nasir yang terawal)
  • Tak Sepertimu
  • Bingung

Album Pelarian (1980)[sunting | sunting sumber]

Edaran: WEA

  • Kamelia
  • Terharu
  • Bagaikan Bermimpi
  • Musibah
  • Pelarian
  • Curiga
  • Bulat-Bulat
  • Dekatlah Padaku
  • Zakiah
  • Biarkanlah

Album Sejuta Wajah (1981)[sunting | sunting sumber]

Edaran: WEA

  • Sejuta Wajah
  • Jangan Tunggu Lama-lama
  • Tahun 2000
  • Asmara
  • Hilang Gelap Terbitlah Terang
  • Sentosa
  • Asmara
  • Raja Kumbang
  • Sharifah Aloya
  • Terpedaya
  • Jalan Malam

Album Penunggu (1982)[sunting | sunting sumber]

Edaran: WEA

  • Tentang Dia
  • Haji
  • Penunggu
  • Mengapa Sangsi
  • Jangan Tak Jadi
  • Dalam Kerinduan
  • Perjalanan
  • Nada Penyesalan
  • Apa Khabar Sayang

Album Batu (1983)[sunting | sunting sumber]

Edaran: WEA

  • Dunia Perlumbaan
  • Manusia dan ABC
  • Ada Kerja Ada Gaji
  • Orang Asing
  • Batu
  • Pesta Muzik
  • Generasi Muda (Instrumental)
  • Datang Dan Pergi

Album Koleksi (1984)[sunting | sunting sumber]

Edaran: WEA

  • Ikrarku Pada Ruzanna
  • Apa-apa Saja
  • Ribut 10:59 Pagi

Album Berita Gempa (1985)[sunting | sunting sumber]

Edaran: WEA

  • Bunga-Bunga Cinta
  • Berita Gempa
  • Rock n Roll
  • Dendang Remaja
  • Wanita
  • Nyala Semarak
  • Lahirmu Bukan Untuk Dunia
  • Permata Hati

Album Sweet Charity '88 (1988)[sunting | sunting sumber]

Edaran: ASP

  • Padah
  • Cinta Dan Cipta
  • Peracun
  • Jangan Rayu Ku Lagi
  • Terpedaya
  • Dalam Kenangan
  • Angkara Iblis Dan Syaitan
  • Melodi Untuk Ina (instrumental)
  • Jangan Laju Laju
  • Kedamaian

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]