Waris (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Waris)
Jump to navigation Jump to search
Waris
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1988 - 1900-an
Pengkarya berkait
Berkumpulan


Kumpulan Waris merupakan sebuah kumpulan yang terdiri dari pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kumpulan Waris adalah sebuah kumpulan/ penyanyi rock Malaysia yang mula dikenali setelah menyertai Juara Rock Galactica 1988.

Kumpulan Waris merupakan salah satu dari kumpulan rock yang mengambil bahagian dalam pertandingan di Juara Rock Galactica, yang juga disertai oleh kumpulan Script, Suria, Heartbeat, Striker, Warisan Rockers, The Sphinx, Girls Pet, Crystal, Sampler, Pusaka, Bentara, Thunder, Reinforcement, Satria, Grasp, Nurse, Sphera, Kakara, Lipan Bara, Black Rose, Waris, Inspirasi, Ila's, Headline, Vivan, Melisa, Rattle, E-Rod, dan X-Q's.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Kesemua ahli kumpulan mempunyai pertalian saudara diantara satu sama lain.

Sham waris (guitar), Ruzz (bass), Nazri (drums), Shully (vocal) & Amer (guitar).


Mereka yang pernah menganggotai Waris :

Jamil (drums), Along (lady vocalist) tak ingat nama sebenarnya, Man Kamaruzaman (Drum), Am Amri (Vocal) dan Zaidi (guitar).

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada 1986 dengan dibarisi enam anggota termasuk seorang wanita. Berlaku pertukaran anggota kumpulan beberapa kali terutama vokalis.

Diawal pembabitan, kumpulan Waris merupakan sebuah kumpulan yang berkonsepkan pop (genre bebas) dan sering menerima undangan persembahan di majlis-majlis keraian dan perkahwinan.

Menjadikan genre rock sebagai konsep muziknya pada era kebangkitan muzik berkenaan pada ketika itu.

Pernah mencuba nasib dengan menghadiri ujibakat di syarikat rakaman FMG.

Kenangan manis adalah ketika turut serta dalam konsert amal mengumpul dana bagi membantu meringankan kos perubatan pada Allahyarham Raja Ismail (artis pelawak), yang diadakan di auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (1986). Turut serta dalam konsert pada malam tersebut ialah Aris Ariwatan, Yahya Sulong, Hamid Gurkha, Melissa Saila, Mariani, AR Badul dan lain-lain.

Turut menyertai pertandingan muzik rock yang sering diadakan sehingga akhirnya berjaya sebagai Finalist di 'Juara Rock Galactica' pada tahun 1988. Dalam pertandingan ini hampir semua lagu yang dipersembahkan adalah hasil ciptaan ahli kumpulan ini, iaitu Sham waris dan liriknya dibantu oleh ahli kumpulan yang lain. Lagu 'Waris' merupakan identiti dan ianya dimainkan sewaktu malam 'final' Juara Rock Galactica'.

Pernah ditawarkan untuk rakaman bersama Warnada, namun kumpulan ini lebih memilih untuk bergerak sendiri. 'Waris' terus aktif dengan cara tersendiri.

Album[sunting | sunting sumber]

  • Tiada berkenaan

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Waris (Lagu:Sham / Lirik:Sham/Shully)

Tanpamu (Lagu:Sham / Lirik:Shully)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]