Melissa (kumpulan muzik)
Melissa | |
|---|---|
| Asal | |
| Genre | Rock,Heavy Metal, Rock and roll,Slow rock |
| Pekerjaan | Penyanyi / Pemuzik |
| Alat muzik | Vokal / Pemuzik |
| Tahun aktif | 1986 hingga kini |
| Syarikat rakaman | Varia Muzik (1990-1992) Life Records (1993) Melissa Band Resources (2022-kini) |
| Kegiatan berkaitan | Rosli Selasih, Juwie, Saari Amri, S. Amin Shahab |
| Bekas anggota | Radzi/Scorp - Vokal (meninggal dunia)
Harry - Vokal |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Kumpulan Melissa Ditubuhkan di Kuala Lumpur nama diberi oleh Dino Pengurus Besar VARIA Muzik muncul di era yang sama dengan band-band rock lain, Dapat disimpulkan bahawa mereka memulakan perjalanan muzik mereka dengan semangat "Mat Rock" yang tulen. Kebanyakan band rock pada zaman itu mula bermain di studio jamming, menimba pengalaman dan mengasah bakat mereka sebelum merakamkan album.
Album pertamanya dirakamkan di Singapore dibawah Varia Musik Production diterbitkan oleh Rosli Selasih. Pada 1991 Keff telah meninggalkan Melissa dan menyertai Meditasi dan kemasukan Boy dari kumpulan Arena telah bersama menyiapkan Album kedua mereka iaitu "Kami Mat Rock".
Pada 1992 Radzi telah mengundurkan diri dan mendalami ilmu agama di kampung halamannya di Kedah, setelah itu Ozzy pula meninggalkan kumpulan itu dan digantikan oleh Ancoy dari kumpulan Ozon. Untuk merakamkan album ketiga mereka seorang vokalis Undangan dari club malam Singapore - diundang utk menyiapkan Album MISTIK...
Mistik 1993 dirakamkan di studio Digitron Petaling Jaya Selangor.
Kerjaya & Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Perjalanan Melissa bermula secara rasmi dengan album pertama mereka, "Pendirian" (1990), di bawah label Varia Music. Album ini memperkenalkan mereka kepada khalayak ramai dengan lagu-lagu seperti "Bencana" dan "Cinta Untuk Nabila," di mana lagu "Cinta Untuk Nabila" menjadi hit besar dan melonjakkan nama mereka.
Selepas kejayaan "[Pendirian 1990]", mereka meneruskan momentum dengan album kedua, "Kami Mat Rock" (1991). Album ini meneruskan gaya rock mereka dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik. Kemudian, pada tahun 1993, mereka menerbitkan album ketiga mereka, "[Mistik 1993]"[1], di bawah Life Records. Album ini menampilkan perubahan anggota dan kematangan muzik yang ketara. Lagu-lagu seperti "Takdir Sebuah Cinta" dan "Puteri Nagasari" dari album ini turut menjadi lagu popular.
Semangat mereka tidak pernah padam. Mereka pernah mengadakan reunion pada Konsert Rock Prima (2008)dan mengadakan persembahan mini (2018).
Cabaran terbesar mereka ialah untuk kekal relevan dalam industri yang sentiasa berubah. Proses rakaman album pertama mereka di Singapura juga merupakan satu pengalaman baharu dan mencabar, di mana mereka perlu belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran studio profesional.
Tahun 2008 reunion Konsert Rock Prima terbitan Jengking Merah Production untuk rancangan Rock Prima di Prima stesen tv Astro.
Tahun 2018 reunion sebuah Konsert Hiburan Santai di panggung Anniversary Kuala Lumpur anjuran Seniman.
Tahun 2018 reunion sebuah mini showcase Di Gama Rock House Pasir Gudang Johor Bahru
Tahun 2025 reunion Konsert GEGAR BUMI SELATAN sempena ulang tahun yang ke 35 tahun di Rooftop Coliseum City Plaza Johor Bahru.
Tahun 2025 "Era Transformasi Melissa" yang bukan sekadar menghidupkan nama lama, tetapi memperjuangkan satu legasi dengan roh dan bentuk yang lebih matang namun realitinya untuk membina semula nama yang telah lama hilang dalam industri muzik yang jauh berubah, bukanlah sesuatu yang mudah.
Setelah 35 tahun, satu fasa haru telah bermula. Melissa bukan lagi sekadar kenangan masa silam. Hari ini Melissa muncul sebagai wajah baharu kepada legasi lama. Sebuah jenama muzik yang terus berdenyut dengan tenaga baharu dan visi yang lebih tersusun.
Kami Melissa bukan lagi sekadar nama lama. Kami Melissa bukan lagi tinggal kenangan. Kami Melissa hidup kembali. 35 tahun berlalu dan kini, sebuah fasa baru bermula untuk Melissa kembali.
🎤 Vokalis: Elji
🎸 Gitaris: Boy
🎸 Bassist: Warhead
🥁 Drummer: Ancoy
Sejarah
[sunting | sunting sumber]
Album pertama kump ini diterbitkan pada tahun 1990. Sewaktu Lagu Cinta Untuk Nabila yang dimuatkan dalam album ini telah menjadi hit
dan secara tidak langsung telah menjulang dan menaikan nama Melissa dipersada muzik tanah air. Selepas album pertama, Keff telah mengundurkan diri digantikan dengan Boy atau kini dikenali dengan nama Fareez Undertaker. Boy banyak membantu kumpulan Melissa sehingga Ke rakaman album yg ketiga. Kumpulan Melissa telah menerbitkan 3 buah album. Album pertama berjudul Pendirian (1990). Album kedua berjudul Kami Mat Rock (1991). Album ketiga berjudul Mistik (1993). Album ketiga ini penerbitnya ialah Kumpulan Melissa sendiri yang di anggotai oleh Alif sebagai sessionist berasal dari Singapura, Penyanyi Utama yang menggantikan Scorp. Boy/Fareez Undertaker, Guitar Utama. Bass Ajak dan Drum Ancoy
Bagaimanapun pada sekitar tahun 1996 anggotanya telah membawa haluan masing-masing. Penyanyinya Scorpions telah menukar kerjayanya daripada dunia hiburan kepada penceramah agama bebas tanah air yang berpengkalan di negeri Kedah selepas album kedua Melissa.Pemain bass Ajax masih aktif dalam bidang ini. Beliau telah menyertai kumpulan Real X, Malaikat Maut dan berlakon dalam beberapa filem arahan Mamat Kalid yang berjudul Rock, Rock Oo dan Zombie Kampung Pisang. Manakala pemain drum Ozy telah mengundurkan diri digantikan oleh Ancoy selaku pemain drum.
Pada Tahun 2008 kumpulan ini telah mengistiharkan untuk bersatu kembali (Reunion). Cadangan ini telah di sambut baik oleh peminat-peminat serta telah menjayakan sebuah program rancangan hiburan Rock Prima di Astro dengan kerjasama Jengking Merah Production. Kini kumpulan ini aktif kembali tetapi hanya untuk menjayakan show-show tertentu sahaja memandangkan kesemua anggotanya sudah mempunyai komitment yg lebih penting selain dari bidang muzik yang diceburinya.[2]
Kumpulan Melissa turut sama dalam acara Rock Revival 2017 yang bertempat di House @ G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala lumpur yang menampilkan tiga kumpulan iaitu kumpulan Melissa, Crash dan CRK.[3]
Album pertama: 'Pendirian' (1990)
[sunting | sunting sumber]- Vokalist - Radzi
- Gitarist - Keff
- Bassist - Ajak
- Drummer - Ozy
List Lagu :
- 1. Bencana (Melissa/Ajak)
- 2. Cinta Untuk Nabila (Rosli Selasih/Rosli Selasih)
- 3. Lambaian Sayonara (Rosli Selasih/Rosli Selasih)
- 4. Pendirian (Melissa/Ajak)
- 5. Wajahmu Di Mataku (Siti Wan Kembang/Juwie)
- 6. Cabaran (Melissa/Ajak)
- 7. Kesan Cinta (Rosli Selasih/Juwie)
- 8. Laut (Melissa/Ajak)
- 9. Kehidupan (Melissa/Ajak)
- 10. Sibunga Kota (Melissa/Ajak)
Copyright ℗ © 1990 Varia Music Sdn. Bhd. Copyright ℗ © 2016 New Southern Records Sdn. Bhd.
Album kedua: 'Kami Mat Rock' (1991)
[sunting | sunting sumber]- Vokalist - Radzi
- Guitarist - Boy
- Bassist - Ajak
- Drummer - Ozy
List Lagu :
- 01. Memikat Cahaya (Rosli Selasih/Rosli Selasih)
- 02. Bangkitlah (Bob/Melissa/Ajak)
- 03. Kami Mat Rock (Harry/Ajak)
- 04. Blues (Rosli Selasih/Rosli Selasih)
- 05. Kalau Begini (Midun/Radzi)
- 06. Cengkaman (Rosli Selasih/Rosli Selasih)
- 07. Simfoni (Rosli Selasih/Rosli Selasih)
- 08. Lampu Isyarat (Harry/Ajak)
- 09. Api Pesona (Rosli Selasih/Rosli Selasih)
- 10. Impian Cinta (Radzi/Radzi)
Copyright ℗ © 1991 Varia Music Sdn. Bhd. Copyright ℗ © 2016 New Southern Records Sdn. Bhd.
Album ketiga: 'Mistik' (1993)
[sunting | sunting sumber]- Vokalist - Alif(Sessionist)
- Guitarist - Boy
- Bassist - Ajak
- Drummer - Ancoy
List Kagu :
- 1. Memberi & Menerima - (Melissa/Melissa)
- 2. Boneka Kaca - (Melissa/Melissa)
- 3. Sensitif - (Batu Cair/Batu Cair)
- 4. Ummi (Ibu) (Ahmad Abdullah/Ajak)
- 5. Mas Malaysia - (Melissa/Melissa)
- 6. Grunch – (Melissa/Melissa)
- 7. Laduni – (Melissa/Melissa)
- 8. Takdir Sebuah Cinta - Harun BPR/Melissa)
- 9. Mistik – (Melissa/Melissa)
- 10. Puteri Nagasari - (Harun BPR/S. Amin Shahab)
Copyright ℗ © 1993 Life Records Sdn. Bhd.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Jualan |
|---|---|---|
| 1990 | Pendirian
|
|
| 1991 | Kami Mat Rock
|
|
| 1993 | Mistik
|
|
| 2025 | Zombie Bangkit
|
Kesan & Pengaruh
[sunting | sunting sumber]Melissa, seperti band rock era 90-an yang lain, meninggalkan impak yang signifikan terhadap generasi muda. Mereka bukan sahaja dikenali melalui muzik, tetapi juga melalui identiti "Mat Rock" yang mereka perjuangkan. Muzik mereka, dengan lirik yang mendalam dan gubahan yang mantap, menjadi suara bagi golongan peminat rock. Lagu-lagu mereka seperti "Cinta Untuk Nabila" telah menjadi lagu nostalgia yang terus diputarkan hingga kini, menunjukkan impak jangka panjang terhadap budaya pop Malaysia.
Kesimpulan & Legasi
[sunting | sunting sumber]
Legasi Melissa bukan hanya terletak pada album-album mereka, tetapi juga pada semangat perjuangan dan pendirian mereka yang tidak pernah padam. Mereka adalah bukti bahawa muzik rock Malaysia pada era 90-an bukan sekadar trend, tetapi satu gerakan budaya yang membentuk identiti muzik negara. Melissa kekal sebagai simbol kebangkitan dan ketabahan dalam industri muzik, dan semangat mereka akan terus diwarisi oleh generasi akan datang.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "[Melissa - Mistik (1993) FULL ALBUM]. Retrieved on 16 September 2025.
- ↑ Kumpulan Melissa.
- ↑ [https://www.hmetro.com.my/rap/2017/12/296767/masih-menyengat . 35 tahun sejak penubuhannya, nama Melissa bangkit semula dari diam panjang. Dari era “Pendirian”, “Kami Mat Rock”, hingga “Mistik”, Yang tinggal cuma satu — semangat perjuangan yang tidak pernah padam. Melissa bukan sekadar nama lama, ia adalah legasi. Kini Melissa bukan lagi tinggal kenangan. Kami hidup kembali. Kami adalah Melissa . Inilah era transformasi Melissa — bukan sekadar menghidupkan nama lama, tetapi memperjuangkan satu legasi dengan roh dan bentuk yang lebih matang. ⸻ Menghormati Sejarah, Membina Masa Depan Kebangkitan ini tidak bebas dari ujian. Perasaan bercampur daripada anggota lama adalah sesuatu yang dijangka. Namun, realitinya — untuk membina semula nama yang telah lama hilang dalam industri muzik yang jauh berubah, bukanlah sesuatu yang mudah. tetap kekal dengan pendirian menghormati setiap individu yang pernah menggerakkan nama Melissa dahulu. Tanpa mereka, tiadalah sejarah yang boleh dibangunkan semula. ⸻ Melissa Hari Ini — Legasi Baharu Kini, selepas 35 tahun sejak Melissa ditubuhkan, satu fasa baharu telah bermula. Melissa bukan lagi sekadar kenangan masa silam. Hari ini, Melissa muncul sebagai wajah baharu kepada legasi lama — sebuah jenama muzik yang terus berdenyut dengan tenaga baharu dan visi yang lebih tersusun. ⸻ Melissa bukan sekadar nama — ia adalah semangat. Terima kasih kepada semua yang masih mempercayai, menyokong dan menyayangi Melissa. Perjalanan ini baru bermula semula. ==Ahli-ahli=="<ref name=":3">Band, Melissa (2023). "Kami MELISSA - Melissa". melissa.com.my. Dicapai pada 14 June 2023.
