Pergi ke kandungan

Pijat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk pepijat komputer, lihat Pepijat.

Pijat
Cimex lectularius
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Infraorder:
Superkeluarga:
Keluarga:
Cimicidae

Latreille, 1802
Subfamilies, Genera & Species

Subfamily Afrociminae

Subfamily Cimicinae

Subfamily Cacodminae

Subfamily Haematosiphoninae

Subfamily Latrocimicinae

Subfamily Primicimicinae

Pijat adalah sejenis serangga parasit yang sukar disedari dari keluarga Cimicidae. Mereka hidup dengan makan darah manusia dan haiwan berdarah panas yang lain.

Pijat atau pijat-pijat ialah serangga parasit kecil. Jenis paling biasa adalah Cimex lectularius.[1] Istilah ini biasanya merujuk kepada spesies yang cenderung menghisap darah manusia. Kesemua serangga dalam keluarga ini hidup menghisap darah sepenuhnya dari haiwan berdarah panas.[2][3]

Sejumlah kesan yang menjejaskan kesihatan mungkin disebabkan oleh pijat, termasuk radang kulit, kesan psikologi, dan simptom alahan. Diagnosis membabitkan menjumpai pijat dan simptom serasi yang timbul. Rawatan sama juga sekadar merawat simptom.

Di dunai membangun, pijat kebanyakannya dihapuskan sebagai perosak pada awal 1940-an, tetapi semakin meningkat sejak 1995.[4] Oleh kerana jangkitan habitat manusia semakin meningkat, keadaan berkait dengan gigitan pijat juga turut semakin meningkat.[5][6] Punca sebenar peningkatan ini kurang jelas; ia dikatakan disebabkan peningkatan pengembaraan ke negara asing, peningkatan pertukaran perabut terpakai di rumah-rumah, penumpuan lebih besar pada pengawalan haiwan perosak lain menyebabkan pengabaian pengawalan pijat, dan peningkatan kekebalan pada racun serangga.[6][7] Bed bugs have been known as human parasites for thousands of years.[5]

Pijat menggemari habitan dalam rumah dan terutamanya di katil atau kawasan tempat tidur yang lain. Pijat sungguhpun tidak nokturnal sepenuhnya, kebanyakannya aktif pada malam hari dan mampu menghisap darah tanpa disedari oleh hos mereka.[8]

Pijat adalah perang pucat sehingga perang kemerah-merahan, leper, berbentuk bulat dan tidak memiliki sayap belakang tetapi sisa sayap hadapan adalah vestigial dan merosot kepada struktur seperti alas. Pijat memiliki badan bersegmen dengan bulu badan halus yang memberikan gambaran belang. Pijat dewasa membesar sehingga sepanjang 4–5 mm dan 1.5–3 mm lebar. Nymp yang baru lahir adalah lut cahaya, warna lebih cerah dan menjadi semakin perang ketika mereka bersalin kulit dan mencapai kematangan seksual. Pijat mungkin disalah anggap sebagai serangga lain seperti ulat buku ("booklice") dan "carpet beetles", sama juga sebaliknya.

Pijat menggunakan pheromon dan kairomon bagi berhubung mengenai lokasi sarang, makan dan membiak.

Jangka hayat pijat bergantung menurut spesies dan makanan.

Pijat mampu hidup julat suhu dan komposisi atmosfera yang luas. Di bawah 16.1 °C (61.0 °F), pijat dewasa mengalami separa hibernasi dan mampu terus hidup lebih lama.[9] Pijat mampu hidup sekurang-kurangnya lima hari pada −10 °C (14 °F) tetapi akan mati selepas terdedah selama 15 minit pada suhu −32 °C (−26 °F).[10] Pijat menunjukkan ketahanan kekeringan yang tinggi, terus hidup pada kelembapan rendah dan julat suhu 35–40 °C sungguhpun dengan kehilangan satu pertiga berat badan; tahap hidupan awal lebih lemah kerana kekeringan berbanding yang matang.[11] Suhu maut bagi C. lectularius adalah tinggi: 45 °C (113 °F), dan kesemua tahap jangka hayat mati selepas didedah 7 minit pada 46 °C (115 °F).[10] Pijat tidak mampu hidup pada kepekatan karbon dioksida yang tinggi; dedahan pada atmosfera nitrogen tulin sebaliknya, kelihatannya memiliki kesan kecil walaupun selepas 72 jam.[12]

Tabiat makan

[sunting | sunting sumber]
pengimbas mikrograf elektron ("Scanning electron micrograph-SEM") bagi Cimex lectularius, diwarnakan secara digital dengan bahagian penebuk kulit mulut serangga ditonjolkan dengan ungu dan merah.

Pijat merupakan serangga penghisap darah (hematophagy) wajib. Kebanyakan spesies menghisap darah manusia hanya apabila ketiadaan mangsa yang lain.[13][14][15] Pijat tertarik kepada hos mereka terutamanya melalui karbon dioksida, kedua melalui kehangatan, dan juga bahan kimia tertentu.[16]

Pijat menembusi kulit hosnya dengan menggunakan apa yang dikenali sebagai "stylet fascicle". Ini merupakan unit yang terdiri daripada maxillae dan mandible yang telah diubah suai menjadi bentuk memanjang dari bentuk asas, leluhur. Stylets maxillary di sebelah kiri dan kanan bersambung di bahagian garis tengah membentuk saluran makanan yang besar dan saluran liur lebih kecil. Keseluruhan bungkusan maxillary dan mandibular menembusi kulit.

Sungguhpun pijat mampu hidup selama setahun tanpa makan,[17] pijat biasanya cuba makan setipa lima atau sepuluh hari. Semasa suhu sejuk, pijat mampu hidup sekitar setahun; pada suhu lebih sesuai bagi aktiviti dan makan, sekitar 5 bulan.[18]

Pada Perjumpaan Tahunan ke-57 "Entomological Society of America" pada tahun 2009, generasi baru pijat yang tahan racun serangga di Virginia dilaporkan hanya mampu hidup selama dua bulan tanpa makan.[19]

DNA dari makan darah pijat boleh dipulih sehingga 90 hari, yang mungkin membenarkan mereka digunakan bagi tujuan forsenik bagi mengenal pasti pada siapa pijat itu mencari makan.[20][21]

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]
Interaksi antara pijat jantan dan betina (Cimex lectularius) yang sedang dalam Permanian trauma.

Kesemua pijat mengawan dengan permanian trauma ("traumatic insemination").[2][22] Pijat betina memiliki saluran pembiakan yang berfungsi semasa posisi ovi, tetapi pijat jantan tidak menggunakan saluran ini bagi permanian.[2] Sebaliknya, pijat jantan menusuk badan pijat betina dengan genital suntikannya dan memancut dalam tubuh pijat betina. Bagi kesemua spesies pijat kecuali Primicimex cavernis, sperma disuntik ke dalam mesospermalege,[2] suatu komponen dalam spermalege,[2] struktur genital kedua yang mengurangkan kecederaan dan kos imunisasi akibat permanian trauma.[23][24][25] Sperma yang disuntik bergerak melalui hemolimfa (saluran limfa darah) ke struktur penyimpanan sperma yang dikenali sebagai "seminal conceptacles", dengan persenyawaan akhirnya berlaku di ovari.[24]

Pijat jantan kadang-kala cuba mengawan dengan pijat jantan lain dan menusuk perutnya.[26] Kelakuan ini berlaku kerana tarikan seksual pada pijat sebahagian besarnya bergantung pada saiz, dan pijat jantan akan cuba mengawan dengan sebarang pasangan yang baru makan tanpa mengira jantina.[27] Pheromone amaran pijat terdiri dari (E)-2-octenal dan (E)-2-hexenal. Ia dibebaskan apabila pijat diganggu, seperti semasa serangan pemangsa. Satu kajian 2009 menunjukkan bahawa pheromone amaran turut dibebaskan oleh pijat jantan bagi menghindar pijat jantan lain yang cuba mengawan dengan mereka.[25]

C. lectularius dan C. hemipterus akan mengawan sesama sendiri jika terdapat peluang, tetapi telur yang dihasilkan biasanya mandul. Dalam kajian 1988, sebiji telur dari 479 adalah subur dan menghasilkan kacukan, C. hemipterus × lectularius.[28][29]

Kitaran hayat

[sunting | sunting sumber]

Pijat memiliki enam tahap kitaran hayat (lima tidak matang dan satu tahap dewasa).[30] Pijat akan bertukar kulit melalui proses pengelupasan (ecdysis) sepanjang pelbagai tahap dalam jangka hayat mereka. Kulit luar yang disingkirkan kelihatan rangka luar, lutsinar pijat itu sendiri. Pijat perlu bersalin kulit enam kali sebelum menjadi dewasa subur.

Jangkitan

[sunting | sunting sumber]
Gambar sisi menunjukkan tompok merah melitupi kebanyakannya.

Pijat mampu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuk radang kulit, kesan psikologi dan simptom alahan.[31] Pijat mampu menjangkiti manusia dengan sekurang-kurangnya 28 pathogen manusia, tetapi tiada kajian menunjukkan bahawa pijat mampu menjangkiti pathogen kepada manusia.[32] Gigitan pijat atau cimicosis mungkin mendorong julat manifastasi tanpa kesan jelas hingga lepuh yang menonjol.[33]:446 Diagnosis membabitkan mencari pijat dan kehadiran simptom yang serasi.[31] Rawatan membabitkan penghapusan serangga tetapi lain-lain adaln rawatan simptomnya.[31] Pijat pernah didapati dengan Staphylococcus aureus kebal methicillin MRSA[34] dan dengan Enterococcus faecium kebal vancomycin (enterococcus kebal Vancomycin-VRE) tetapi kepentingannya masih belum jelas.[35]

Epidemiologi

[sunting | sunting sumber]

Pijat hadir di seluruh dunia.[36] Kadar jangitan di negara membangun, walaupun menurun sejak 1930-an hingga ke 1980-an, telah meningkat dengan pesatnya sejak 1980-an.[5][6][36] Sebelum ini, mereka biasanya hanya didapati di negara membangun tetapi jarang di negara maju.[6] Peningkatan di negara maju mungkin disebabkan peningkatan pengembaraan antarabangsa, kekebalan kepada racun serangga, dan kegunaan kaedah kawalan serangga yang tidak menjejaskan pijat.[7][37] Penurunan populasi pijat selepas 1930-an di negara membangun adalah dipercayai sebahagiannya disebabkan oleh kegunaan DDT bagi membunuh lipas.[38] Penciptaan penyedut hampagas dan reka bentuk perabut yang ringkas turut memainkan peranan.[38] Sesetengah yang lain mempercayai ia adalah kitaran semulajadi organisma.[39]

Pijat biasa (Cimex lectularius) merupakan spesies terbaik menyesuaikan dengan persekitaran manusia. Ia terdapat di kawasan serdahana seluruh dunia. Spesies lain termasuk Cimex hemipterus, terdapat di kawasan tropika, yang juga menjangkiti ayam dan kelawar, dan Leptocimex boueti, yang terdapat di kawasan tropika di Afrika Barat dan Amerika Selatan, yang turut menjangkiti kelawar dan manusia. Cimex pilosellus dan Cimex pipistrella terutamanya menjangkiti kelawar, sementara Haematosiphon inodora, spesies Amerika Utara, terutama menjangkiti ternakan ayam.[40]

Ukiran tahun 1860 bahagian badan pijat. A. Usus.—B. Belalai jantan.—C Mata.—D. Haustellum, atau Penghisap, tertutup.—E. Pandangan sisi penghisap.—F. Bahagian bawah kepala.—G. Bawah bibir.—GG. Rambut pada tiub, dan sarung luar.—H. Beg telur.—I. Cacing muncul dari telur

C. lectularius mungkin berasal dari Timur Tengah, di gua yang didiami kelawar dan manusia.[14]

Pijat pernah disebut di Yunani Silam seawal 400 BC, dan kemudiannya disebut oleh Aristotle. Sejarah Semulajadi Pliny, diterbitkan kali pertama sekitar 77 AD di Rome, mendakwa bahawa pijak memiliki nilai perubatan bagi merawat penyakit seperti gigitan ular dan jangkitan telinga. (Kepercayaan mengenai nilai perubatan pijat berterusan sehingga pada abak ke-18, apabila Guettard mencadangkan kegunaannya bagi merawat histeria.[41]) Pijat mula disebut di Jerman pada abad ke-11, di Perancis pada abad ke-13 dan di England pada tahun 1583,[14] sungguhpun ia kekal jarang ditemui di England sehingga 1670. Sesetengah pada abad ke-18 mempercayai bahawa pijat dibawa ke London dengan bekalan kayu yang digunakan bagi membina semula bandar selepas Kebakaran Besar London (1666). Giovanni Antonio Scopoli menulis mengenai kehadiran mereka di Carniola (sekitar Slovenia masa kini) pada abad ke-18.[42][43]

Kaedah tradisi bagi menyingkir/membunuh pijat termasuk penggunaan tumbuhan, fungi, dan serangga (atau hasilannya), seperti lada hitam,[44] black cohosh (Actaea racemosa), Pseudarthria hookeri, Laggera alata (Chinese yángmáo cǎo | 羊毛草),[10] Eucalyptus saligna oil,[45][46] inai (Lawsonia inermis atau camphire),[47] "dicampur minyak Melolontha vulgaris" (kemungkinannya "cockchafer"), fly agaric (Amanita muscaria), Actaea spp. (e.g. black cohosh), tobacco, "heated oil of Terebinthina" (i.e. true turpentine), wild mint (Mentha arvensis), narrow-leaved pepperwort (Lepidium ruderale), Myrica spp. (e.g. bayberry), Robert geranium (Geranium robertianum), bugbane (Cimicifuga spp.), "herb and seeds of Cannabis", "opulus" berries (possibly maple or European cranberrybush), masked hunter bugs (Reduvius personatus), "dan banyak lagi."[48]

Pada pertengahan abad ke-19, asap dari api gambut dicadangkan.[49]

Debu juga pernah digunakan bagi menjauhi serangga dari simpanan bijiran selama berabad, termasuk "plant ash, lime, dolomite, tanah jenis tertentu, dan tanah "diatomaceous" (DE) atau Kieselguhr".[50] Of these, diatomaceous earth in particular has seen a revival as a nontoxic (when in amorphous form) residual pesticide for bed bug abatement. Serangga yang terdedah kepada tanah diatomaceous mungkin mengambil masa selama beberapa hari untuk mati.[50]

Panel kerja anyaman diletakkan disekeliling katil dan digoncang di luar pada waktu pagi, di UK dan di Perancis pada abad ke-19. Menaburkan daun tumbuhan dengan bulu halus sekeliling katil pada waktu malam dan disabu buang pada waktu pagi dan dibakar, merupakan teknik yang dilaporkan digunakan di selatan Rhodesia dan di negara-negara Balkan.[18]

Sebelum abad ke dua puluh, pijat adalah biasa. Menurut laporan oleh Kementerian Kesihatan British, pada tahun 1933 terdapat banyak kawasan di mana kesemua rumah mengalami serangan pijat pada tahap tertentu.[51]

Pijat merupakan masalah besar semasa Perang Dunia Kedua. Jeneral MacArthur mengulas bahawa pijat merupakan "gangguan serangga terbesar ... di pengkalan Amerika Syarikat"[52]

Dengan ketibaab racun serangga kuat, yang terkenal adalah DDT pada tahun 1940-an, pijat hampir hapus di negara-negara Barat.[53] Bagaimanapun, jangkitan pijat semakin meningkat di tahun kebelakangan ini, bagi sebab yang kurang jelas, tetapi faktor penyumbang adalah kecuaian, peningkatan kekebalan, pengharaman pada racun serangga dan peningkatan perjalanan antarabangsa.[53] Gelombang jangkitan pijat sepanjang Amerika Syarikat telah menumbuhkan industri bagi penghalang, penghapusan dan lapuran jangkitan pijat. [perlu rujukan]

  1. ^ Goddard J, deShazo R (2009). "Bed bugs (Cimex lectularius) and clinical consequences of their bites". JAMA. 301 (13): 1358–66. doi:10.1001/jama.2009.405. PMID 19336711. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c d e Reinhardt, Klaus; Siva-Jothy, Michael T. (2007). "Biology of the Bed Bugs (Cimicidae)" (PDF). Annual Review of Entomology. 52: 351–374. doi:10.1146/annurev.ento.52.040306.133913. PMID 16968204. Dicapai pada 26 May 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mednewstoday
  4. ^ Kilpenen, O.; Vagn Jensen, K-M.; Kristensen, M. "Bed Bug Problems in Denmark, with a European Perspective" (PDF): 395–399. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-11-11. Dicapai pada 27 May 2010. Cite journal requires |journal= (bantuan)Robinson, WH; Bajomi, D. (eds) (2008). Proceedings of the Sixth International Conference on Urban Pests. Hungary: OOK-Press Kft.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  5. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama JAMA2009
  6. ^ a b c d Kolb A, Needham GR, Neyman KM, High WA (2009). "Bedbugs". Dermatol Ther. 22 (4): 347–52. doi:10.1111/j.1529-8019.2009.01246.x. PMID 19580578.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ a b A Romero, MF Potter, DA Potter, KF Haynes (2007). "Insecticide Resistance in the Bed Bug: A Factor in the Pest's Sudden Resurgence?" (PDF). Journal of medical entomology. 22 (2): 175–178. doi:10.1603/0022-2585(2007)44[175:IRITBB]2.0.CO;2. ISSN 0022-2585. Dicapai pada 2010-09-17.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ Capinera, John L. (17 Sep 2008). Encyclopedia of Entomology, Volume 1 (2nd ed.). Springer. m/s. 405–417. ISBN 1402062427. (Article: "Bed Bugs (Hemiptera: Cimicidae: Cimex spp.", Dini Miller, Virginia Tech University, VA
  9. ^ "Augustine Exterminators". Augustine Exterminators. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-04. Dicapai pada 2010-09-01.
  10. ^ a b c IPM Practitioner, XXIX(3/4), March/April 2007 http://www.birc.org/MarApril2007.pdf Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "birc.org" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  11. ^ Benoit, J. B.; del Grosso, N.; Yoder, J. A.; Denlinger, D. L. (2007). "Resistance to dehydration between bouts of blood feeding in the bed bug, Cimex lectularius, is enhanced by water conservation, aggregation, and quiescence". American Journal of Tropical Medicine and Hygiene. 76 (5): 987–993. ISSN 0002-9637. PMID 17488928. Dicapai pada 27 May 2010.
  12. ^ Herrmann, J.; Adler, C.; Hoffmann, G.; Reichmuth, C. (1999). "Efficacy of controlled atmospheres on Cimex lectularius (L.) (Heteroptera: Cimicidae) and Argas reflexus Fab. (Acari: Argasidae)". In Robinson, Wm H.; Rettich, F.; Rambo, G.W.. Proceedings of the 3rd International Conference on Urban Pests. Hronov, Czech Republic: Grafické Závody. m/s. 637. Diarkib pada 2010-10-26. Ralat: If you specify |archivedate=, you must also specify |archiveurl=. https://web.archive.org/web/20101026030904/http://www.icup.org.uk/reports/ICUP511.pdf. Diperolehi 31 May 2010. (abstracted from a poster presentation in Prague, Jul 19-22)
  13. ^ Storey, Malcom. "CIMICIDAE (bed bugs)". BioImages: The Virtual Field-Guide (UK). bioimages.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-14. Dicapai pada 27 May 2010.
  14. ^ a b c Mullen, Gary R.; Durden (8 May 2009). Medical and Veterinary Entomology, Second Edition. Academic Press. m/s. 80. ISBN 0123725003. More than one of |last1= dan |last= specified (bantuan)
  15. ^ "Family CIMICIDAE". Australian Biological Resources Study: Australian Faunal Directory. Department of the Environment, Water, Heritage and the Arts (Australia). 2008. Dicapai pada 27 May 2010.
  16. ^ Anderson, J.F.; Ferrandino, F.J.; McKnight, S.; Nolen, J.; Miller, J. (2009). "A carbon dioxide, heat and chemical lure trap for the bed bug, Cimex lectularius" (PDF). Medical and Veterinary Entomology. 23 (2): 99–105. doi:10.1111/j.1365-2915.2008.00790.x. Dicapai pada 2010-05-27.
  17. ^ Loye, Jenella E. (1985). "The life history and ecology of the cliff swallow bug, Oeciacus vicarius (Hemiptera : Cimicidae)" (PDF). Ent med. et Parasitol. Cah. OSTROM. 32 (2): 133–139. ISSN 0029-7224. Dicapai pada 26 May 2010. N.B. This paper reports an abandoned swallow colony with Oeciacus vicarius surviving three consecutive years. However, that does not preclude the availability of other species (e.g., bats, other mammals, other birds) to fall back on for occasional feeding.
  18. ^ a b Boase, C. (2001). "Bedbugs — back from the brink". Pesticide Outlook. 12 (4): 159–162. doi:10.1039/b106301b. Dicapai pada 2010-05-27. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Boase2001" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  19. ^ Milius, Susan (16 Jan 2010). "Do-it-yourself bed-bug detector". Science News. Society for Science and the Public. 177 (2): 88. Dicapai pada 27 May 2010. citing Polanco-Pinzón, Andrea (2009). "Survivorship and growth potential of modern bed bug populations (Cimex lectularius) in the United States". Conference proceedings of 57th Annual Meeting. Entomological Society of America. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  20. ^ Szalanski A.L., Austin J.W., McKern J.A., Steelman C.D., Miller D. (2006). "Time course analysis of bed bug, Cimex lectularius L., (Hemiptera: Cimicidae) blood meals using PCR". Journal of Agricultural and Urban Entomology. 23: 237–241.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  21. ^ Szalanski, A.L., J.W. Austin, J.A. McKern, D. Miller, C.D. Steelman, and R.E. Gold. 2006. Isolation and characterization of human DNA from the bed bug, Cimex lectularius L. (Heteroptera: Cimicidae). Journal of Agricultural and Urban Entomology 23: 189-194.[1] Diarkibkan 2011-05-31 di Wayback Machine
  22. ^ Carayon, J. 1959 Insémination par “spermalège” et cordon conducteur de spermatozoids chez Stricticimex brevispinosus Usinger (Heteroptera, Cimicidae). Rev. Zool. Bot. Afr. 60, 81–104.
  23. ^ Morrow E. H., Arnqvist G. (2003). "Costly traumatic insemination and a female counter-adaptation in bed bugs". Proceedings of the Royal Society B. 270 (1531): 2377–2381. doi:10.1098/rspb.2003.2514. PMC 1691516. PMID 14667354.
  24. ^ a b Reinhardt K., Naylor R., Siva-Jothy M. T. (2003). "Reducing a cost of traumatic insemination: female bed bugs evolve a unique organ". Proceedings of the Royal Society B. 270 (1531): 2371–2375. doi:10.1098/rspb.2003.2515. PMC 1691512. PMID 14667353.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  25. ^ a b Ryne, C. In press. "Homosexual interactions in bed bugs: Alarm pheromones as male recognition signals." Animal Behaviour. doi: 10.1016/j.anbehav.2009.09.033 Cited in Cited in Science News, November 21st, 2009; Vol.176 #11 (p. 13) "Scent of alarm identifies male bed bugs" by Susan Milius. http://www.sciencenews.org/view/generic/id/48927/title/Scent_of_alarm_identifies_male__bed_bugs
  26. ^ "This Bedbug's Life", The New York Times, 7 August 2010.
  27. ^ Harari A., Brockman H. J., Landholt P. J. (2000). "Intrasexual mounting in the beetle Diaprepes abbreviatus (L.)". Proceedings of the Royal Society B. 267 (1457): 2071–2079. doi:10.1098/rspb.2000.1251. PMC 1690776. PMID 11416911.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  28. ^ Newberry, K. (1988). "Production of a hybrid between the bedbugs Cimex hemipterus and Cimex lectularius". Medical and Veterinary Entomology. The Royal Entomological Society. 2 (3): 297–300. doi:10.1111/j.1365-2915.1988.tb00199.x. PMID 2980186. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  29. ^ Walpole, Debra E.; Newberry, K. (1988). "A field study of mating between two species of bedbug in northern KwaZulu, South Africa". Medical and Veterinary Entomology. The Royal Entomological Society. 2 (3): 293–296. doi:10.1111/j.1365-2915.1988.tb00198.x. PMID 2980185. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  30. ^ [2] p.136
  31. ^ a b c Doggett SL, Russell R (2009). "Bed bugs — What the GP needs to know". Aust Fam Physician. 38 (11): 880–4. PMID 19893834. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  32. ^ Kolb, A., et al. "Bedbugs." Dermatologic Therapy 22.4 (2009): 347-352. CAB Abstracts. EBSCO. Web. 5 Dec. 2010.
  33. ^ James, William D.; Berger, Timothy G.; dll. (2006). Andrews' Diseases of the Skin: clinical Dermatology. Saunders Elsevier. ISBN 0-7216-2921-0. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  34. ^ Meredith Melnick Thought Bed Bugs Were Bad? Try Bed Bugs With MRSA. TIME. Thursday, May 12, 2011 http://healthland.time.com/2011/05/12/thought-bed-bugs-were-bad-try-bed-bugs-with-mrsa/
  35. ^ Daniel J. DeNoon Do Bedbugs Spread MRSA? Drug-Resistant Bacteria Cultured From Bedbugs. WebMD. http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/news/20110511/do-bedbugs-spread-mrsa
  36. ^ a b Bed bugs, leeches and hookworm larvae in the skin., dicapai pada 15 Nov 2010 pmid 19362691
  37. ^ Owen, James (13 May 2004). "Bloodthirsty Bedbugs Stage Comeback in U.S., Europe". National Geographic News. National Geographic. Dicapai pada 31 May 2010.
  38. ^ a b PMID 19233933
  39. ^ [3] p.131
  40. ^ Cranshaw, W.S.; Camper, M.; Peairs, F.B. (2009). "Bat Bugs and Bed Bugs". Colorado State University Extension. Dicapai pada 27 May 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  41. ^ William Smith and Charles Anthon, A dictionary of Greek and Roman antiquities, 1847, pp. 252-253 http://books.google.com/books?id=41oMAAAAYAAJ&dq=cimex&source=gbs_navlinks_s
  42. ^ "That soon after the Fire of London, in some of the new-built Houses they were observ'd to appear, and were never noted to have been seen in the old, tho' they were then so few, as to be little taken notice of; yet as they were only seen in Firr-Timber, 'twas conjectured they were then first brought to England in them; of which most of the new Houses were partly built, instead of the good Oak destroy'd in the old." John Southall, A Treatise of Buggs [sic], pp. 16-17. http://www.archive.org/details/atreatisebuggss00soutgoog
  43. ^ "According to Scopoli's 2nd work (loc. cit.), found in Carniola and adjoining regions. According to Linnaeus' 2nd work on exotic insects (loc. cit.), before the era of health, already in Europe, seldom observed in England before 1670." Johann Friedrich Wolff and Johann Philip Wolff, Icones Cimicum descriptionibus illustratae, fourth fascicle (1804), p. 127. http://www.archive.org/details/iconescimicumdes00wolf
  44. ^ George Orwell, Down and Out in Paris and London, 1933
  45. ^ Schaefer, C.W.; Pazzini, A.R. (28 July 2000). Heteroptera of Economic Importance. Boca Raton, FL: CRC Press. m/s. 525. ISBN 0849306957.
  46. ^ Kambu, Kabangu; Di Phanzu, N.; Coune, Claude; Wauters, Jean-Noël; Angenot, Luc (1982). "Contribution à l'étude des propriétés insecticides et chimiques d'Eucalyptus saligna du Zaïre (Contribution to the study of insecticide and chemical properties of Eucalyptus saligna from Zaire ( Congo))". Plantes Médicinales et Phytothérapie. Paris: Jouve. 16 (1): 34–38.
  47. ^ Rictor Norton, Early Eighteenth-Century Newspaper Reports: A Sourcebook, "Getting Rid of Bed-Bugs", 18 November 2001, updated 30 November 2001 <http://grubstreet.rictornorton.co.uk/bedbugs.htm>
  48. ^ Johann Friedrich Wolff and Johann Philip Wolff, Icones Cimicum descriptionibus illustratae, fourth fascicle (1804), p. 127. http://www.archive.org/stream/iconescimicumdes00wolf#page/n163/mode/2up
  49. ^ (no byline) (17 June 1848). "Peat and peat mosses". Scientific American. 3 (39): 307. Dicapai pada 26 May 2010.
  50. ^ a b Hill, Stuart B. (1986). "Diatomaceous Earth: A Non Toxic Pesticide". Macdonald J. Ste-Anne de Bellevue, QC: Macdonald College. 47 (2): 14–42. Dicapai pada 26 May 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  51. ^ Boase, Clive J. (2004). "Bed-bugs – reclaiming our cities". Biologist. 51: 1–4. Dicapai pada 2010-06-07. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  52. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-12-01. Dicapai pada 2011-10-05.
  53. ^ a b Newsweek (September 8, 2010). "The Politics of Bedbugs". Dicapai pada October 28, 2010.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Stephen Doggett. A Code of Practice for the Control of Bed Bugs in Australia. 3rd edition, ICPMR & AEPMA, Sydney Australia, May 2010. ISBN 1-74080-122-9. This is free from www.bedbug.org.au.
  • Stephen Doggett. A Bed Bug Management Policy for Accommodation Providers. Draft first ed, ICPMR, Sydney Australia, May 2010. This is free from www.bedbug.org.au.
  • David Cain, Richard Strand. Bed Bug Beware: An easy to understand guide to bed bugs, their prevention and control. Loughborough, United Kingdom: Foxhill Publishing, March 2009. ISBN 978-0-9562617-0-0
  • Larry Pinto, Richard Cooper, Sandy Kraft. Bed Bug Handbook: The Complete Guide to Bed Bugs and Their Control. Mechanicsville, Maryland: Pinto & Associates, December 2007. ISBN 978-0-9788878-1-0
  • Forsyth, Adrian. A Natural History of Sex: The Ecology and Evolution of Mating Behavior. Richmond Hill, Ontario: Firefly Books, 2001. ISBN 1-55209-481-2.
  • MacQuitty, Miranda, and Lawrence Mound. Megabugs: The Natural History Museum Book of Insects. New York: Random House Children's Books, 1995. ISBN 1-898304-37-8, ISBN 1-85868-045-X.
  • Goddard, Jerome A. The Physician’s Guide to Arthropods of Medical Importance (second edition).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]