Léa Seydoux

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Léa Seydoux
Léa Seydoux Cannes 2015.jpg
Seydoux di Festival Filem Cannes 2015
Kelahiran Léa Hélène Seydoux-Fornier de Clausonne[1]
(1985-07-01) 1 Julai 1985 (umur 33)
Perancis Paris, Perancis
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2005–sekarang

Léa Seydoux (lahir Léa Hélène Seydoux-Fornier de Clausonne; 1 Julai 1985) ialah seorang pelakon Perancis. Beliau memulakan karier lakonannya dalam filem-filem Perancis seperti The Last Mistress (2007) dan On War (2008). Beliau pertama kali mendapat perhatian selepas menerima pencalonan Anugerah César buat pertama kali untuk lakonannya dalam The Beautiful Person (2008) dan memenangi Trophée Chopard di Festival Filem Cannes.

Sejak itu, beliau telah muncul dalam filem-filem Hollywood termasuk Inglourious Basterds (2009), Robin Hood (2010), Midnight in Paris (2011) dan Mission: Impossible – Ghost Protocol (2011). Dalam sinema Perancis, beliau dicalonkan Anugerah César bagi kategori Pelakon Wanita Harapan buat kali kedua untuk lakonannya dalam Belle Épine (2010) dan dicalonkan Anugerah César bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Farewell, My Queen (2012).

Pada tahun 2013, Seydoux mula mendapat perhatian meluas apabila beliau dianugerahkan Palme d'Or di Festival Filem Cannes untuk lakonannya dalam Blue Is the Warmest Colour. Pada tahun yang sama, beliau juga menerima Anugerah Lumières bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Grand Central dan pada tahun 2014, beliau dicalonkan Anugerah Bintang Meningkat Naik BAFTA serta membintangi filem Beauty and the Beast, The Grand Budapest Hotel dan Saint Laurent. Beliau melakonkan watak Madeleine Swann dalam filem James Bond ke-24, Spectre yang ditayangkan pada tahun 2015.[2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Seydoux dilahirkan pada tahun 1985, anak perempuan kepada ahli perniagaan, Henri Seydoux dan dermawan, Valérie Schlumberger. Beliau dilahirkan di Passy, Paris tetapi membesar di Saint-Germain-des-Prés. Beliau mempunyai lima orang adik dan seorang kakak, Camille.[4] Ibu-bapanya berketurunan Alsatian. Bapa beliau adalah cicit kepada ahli perniagaan dan pencipta terkenal, Marcel Schlumberger manakala ibu beliau adalah cucu kepada abang Marcel, Maurice Schlumberger.[5][6] Ibu-bapa Seydoux bercerai ketika beliau berumur tiga tahun.[7]

Keluarga Seydoux sangat dikenali di Perancis. Datuk beliau, Jérôme Seydoux ialah pengerusi Pathé;[8] datuk saudara beliau, Nicolas Seydoux, ialah pengerusi Syarikat Filem Gaumont;[8] datuk saudara beliau yang lain, Michel Seydoux, merupakan seorang penerbit filem dan merupakan pengerusi kelab bola sepak, Lille OSC. Bapa beliau merupakan CEO syarikat Perancis, Parrot.[7] Ibu beliau, Valérie Schlumberger ialah bekas pelakon dan pengasas butik CSAO (Compagnie d'Afrique du Sénégal et de l'Afrique de l'ouest). Seydoux pernah menjadi model untuk jenama barang kemas mereka, Jokko.

Karier[sunting | sunting sumber]

2005–2007[sunting | sunting sumber]

Seydoux berkata sebagai kanak-kanak, beliau ingin menjadi seorang penyanyi opera. Beliau kemudiannya mempelajari muzik di Conservatoire de Paris tetapi sifat pemalunya menyebabkan beliau melupakan cita-cita tersebut.[9][10] Beliau mengambil keputusan untuk menjadi seorang pelakon ketika berusia lapan belas tahun.[11] Beliau mengambil kelas lakonan di Les Enfants Terribles dan pada tahun 2007 beliau mengambil latihan lanjutan di Actors Studio bersama-sama Corinne Blue.

Pada tahun 2005, Seydoux muncul dalam video muzik Raphaël untuk lagu "Ne partons pas fâchés". Pada tahun berikutnya, Seydoux melakonkan peranan lakonan pertamanya sebagai salah seorang karakter utama dalam filem arahan Sylvie Ayme, Girlfriends (Mes copines). Beliau membintangi filem pendek arahan Nicolas Klotz, La Consolation yang ditayangkan di Festival Filem Cannes 2007.[12] Semasa tahun-tahun ini, beliau juga bekerja sebagai seorang model untuk American Apparel.[13] Beliau juga mempunyai peranan dalam filem 13 French Street dan The Last Mistress.[9]

2008–2012[sunting | sunting sumber]

Seydoux mula mendapat perhatian pada tahun 2008[14] apabila beliau muncul dalam filem arahan Christophe Honoré, The Beautiful Person, peranan yang mendapatkan beliau Anugerah Chopard 2009 di Festival Filem Cannes untuk "Pelakon Wanita Baru Terbaik" dan pencalonan Anugerah César untuk Pelakon Wanita Harapan.[9] Pada tahun 2009, beliau mempunyai peranan utama dalam filem arahan Jessica Hausner, Lourdes,[9] dan peranan kecil dalam filem Hollywood pertamanya, arahan Quentin Tarantino, Inglourious Basterds. Pada tahun 2010, beliau membintangi bersama-sama Russell Crowe dalam filem arahan Ridley Scott, Robin Hood. Beliau melakonkan watak melakonkan watak Isabella dari Angoulême. Filem-filem beliau yang lain pada ahun tahun 2010 termasuk Petit Tailleur dan Belle Épine yang mendapatkan beliau pencalonan César keduanya untuk Pelakon Wanita Harapan.

Seydoux di Festival Filem Cannes 2013

Seydoux menjalani ujian untuk watak Lisbeth Salander dalam The Girl With the Dragon Tattoo tetapi peranan tersebut diberikan kepada Rooney Mara.[10] Seydoux kemudiannya dipilih untuk melakonkan watak Gabrielle dalam Midnight in Paris. Pada tahun 2011, beliau mempunyai peranan dalam satu lagi filem Hollywood, Mission: Impossible – Ghost Protocol dimana beliau melakonkan watak Sabine Moreau. Filem ini juga dibintangi Tom Cruise dan Jeremy Renner.

Selepas Mission: Impossible, Seydoux kembali ke sinema Perancis, membintangi My Wife's Romance (Le Roman de ma femme) dan Roses à crédit pada tahun 2011. Beliau mempunyai peranan dalam filem yang menrima pujian meluas, Farewell, My Queen dan Sister pada tahun 2012. Juga pada tahun itu, Seydoux mempunyai peranan dalam filem arahan Abdellatif Kechiche, Blue Is the Warmest Colour dan filem arahan Rebecca Zlotowski, Grand Central. Kedua-dua filem ini ditayangkan di Festival Filem Cannes ke-66.

2013–sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, Seydoux dicalonkan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah César ke-38 untuk lakonan sebagai Sidonie Laborde dalam Farewell, My Queen. Kemudiannya pada tahun itu di Cannes, Blue Is the Warmest Colour memenangi Palme d'Or dan juri-juri diketuai oleh Steven Spielberg, mengambil langkah luar biasa dengan bukan sahaja memberi anugerah ini kepada Abdellatif Kechiche tetapi juga kepada dua bintang filem ini, Seydoux dan Adèle Exarchopoulos.[11][15].[11]

Pada tahun 2014, Seydoux memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Lumières ke-19 untuk peranannya dalam Blue Is the Warmest Colour dan Grand Central. Beliau dicalonkan Anugerah Bintang Meningkat Naik BAFTA dan Anugerah César untuk Pelakon Wanita Terbaik pada tahun yang sama.

Seydoux membintangi bersama-sama Vincent Cassel dalam filem arahan Christophe Gans, Beauty and the Beast. Filem-filem lainya pada tahun 2014 adalah filem arahan Wes Anderson, The Grand Budapest Hotel dimana beliau membuat penampilan kameo dan filem arahan Bertrand Bonello, Saint Laurent sebagai Loulou de la Falaise.

Seydoux di Anugerah Lumières pada bulan Januari 2014

Pada tahun 2015, Seydoux membintangi bersama-sama Vincent Lindon dalam Diary of a Chambermaid, sebuah filem berdasarkan novel Octave Mirbeau bertajuk Le Journal d'une femme de chambre. Ia merupakan kolaborasi keduanya bersama Benoît Jacquot selepas filem tahun 2012, Farewell, My Queen.[16] Walaupun filem ini menerima ulasan bercampur di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-65, lakonan Seydoux diterima dengan baik oleh pengkritik.

Seydoux muncul bersama-sama Colin Farrell dan Rachel Weisz dalam filem arahan Yorgos Lanthimos, The Lobster (2015). Filem ini dibuka di Festival Filem Cannes 2015 dimana ia memenangi Anugerah Juri.[17] Beliau juga muncul sebagai Madeleine Swann, gadis Bonda dalam Spectre, filem James Bond ke-24.[3]

Seydoux dijadual akan muncul dalam filem arahan Xavier Dolan, It's Only the End of the World[18] dan dalam filem adiwira tahun 2017, Gambit sebagai Bella Donna Boudreaux.[19]

Model[sunting | sunting sumber]

Seydoux telah menjadi model untuk pelbagai majalah dan jenama.[20] Beliau mengambil bahagian dalam iklan televisyen Levi's, "Dangerous Liaison" dan muncul dalam beberapa gambar editorial termasuk untuk Vogue Paris, American Vogue, Numéro, L'Officiel, CRASH, Another Magazine dan W magazine. Beliau muncul dalam kempen tahun 2013 untuk jenama barang kemas Perancis, Didier Dubot dan muncul dam kempen musim luruh tahun 2013 rag & bone bersama-sama Michael Pitt.[21][22] Beliau juga muncul dalam gambar untuk majalah lelaki Perancis, Lui. Sebagai tambahan, Seydoux dan bintang Blue Is the Warmest Colour, Adèle Exarchopoulos ditampilkan dalm iklan resort Miu Miu tahun 2014.[23] Seydoux diiklankan untuk jenama Resort Prada tahun 2012 dan merupakan wajah untuk kempen tahun 2013 Prada Candy,[8][24][25] serta kempen tahun 2014 untuk minyak wangi Prada Candy Florale.[26]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2006 Girlfriends Aurore
2007 La Consolation Camille
2007 The Last Mistress Olivia
2007 13 French Street Jenny
2008 On War Marie
2008 Les Vacances de Clémence Jackie
2008 Des poupées et des anges Gisèle
2008 The Beautiful Person Junie
2009 Lourdes Maria
2009 Des illusions Gadis subway
2009 Inglourious Basterds Charlotte LaPadite
2009 Going South Léa
2010 Robin Hood Isabella dari Angoulême
2010 Petit tailleur Marie–Julie
2010 Sans laisser de traces Fleur
2010 Belle Épine Prudence Friedmann
2010 Roses à crédit Marjoline
2010 Mysteries of Lisbon Blanche de Montfort
2011 Midnight in Paris Gabrielle
2011 Mission: Impossible – Ghost Protocol Sabine Moreau
2011 Time Doesn't Stand Still Elle
2011 My Wife's Romance Eve
2012 Farewell, My Queen Agathe-Sidonie Laborde
2012 Sister Louise
2013 Blue Is the Warmest Colour Emma
2013 Grand Central Karole
2013 Prada: Candy Candy
2014 Beauty and the Beast Belle
2014 The Grand Budapest Hotel Clotilde
2014 Saint Laurent Loulou de la Falaise
2015 Diary of a Chambermaid Célestine
2015 The Lobster Loner Leader
2015 Spectre Dr. Madeleine Swann
2016 It's Only the End of the World Suzanne

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Léa Seydoux, la belle énigme". Elle France. 14 Februari 2014. Dicapai 24 Februari 2014. 
  2. ^ "Move over Rihanna, actress Léa Seydoux is the new Bond girl". The Independent. 12 Oktober 2014. Dicapai 13 Oktober 2014. 
  3. ^ a b "Léa Seydoux is the new Bond girl". Harper's Bazaar Australia. 13 Oktober 2014. Dicapai 13 Oktober 2014. 
  4. ^ "Getting Ready for the Cannes Film Festival with Léa Seydoux". Vogue. 18 Mei 2013. Dicapai 17 Februari 2014. 
  5. ^ Les Echos (28 Ogos 2000). "20. Les Schlumberger-Seydoux". Les Échos. France. Dicapai 18 April 2014. 
  6. ^ "Profil d'un personnage – Société Genevoise de Généalogie". Gen-gen.ch. Dicapai 18 April 2014. 
  7. ^ a b "L'agent provocateur: meet Léa Seydoux, star of Blue is the Warmest Colour". London Evening Standard. 31 Januari 2014. Dicapai 17 Februari 2014. 
  8. ^ a b c "Léa Seydoux, parcours d'une audacieuse". L'Express. Groupe Express-Roularta. 9 February 2012. Dicapai 26 Oktober 2013. 
  9. ^ a b c d Aftab, Kaleem (19 September 2013). "Léa Seydoux". Interview. Dicapai 26 Oktober 2013. 
  10. ^ a b Martin, Peter (1 Januari 2012). "Lea Seydoux: A Woman We Love". Esquire. Dicapai 28 Oktober 2013. 
  11. ^ a b c Hirschberg, Lynn (September 2013). "Léa Seydoux: Generation W". W. Dicapai 28 October 2013. 
  12. ^ "Lea Seydoux". Storm Models. Dicapai 28 February 2014. 
  13. ^ "Who Knew? Midnight in Paris' Lea Seydoux Is Also a Topless 'Pantytime' Model for American Apparel". Fashionista. 17 Ogos 2011. Dicapai 28 Februari 2014. 
  14. ^ Alexandra Marshall. "TRUE BLUE SEYDOUX". V Magazine. Dicapai 26 October 2013. 
  15. ^ "Blue is the warmest colour team win Palme d'Or at Cannes 2013". Radio France Internationale. 26 Mei 2013. Dicapai 26 Mei 2013. 
  16. ^ "Marrakech Fest: Benoit Jacquot Talks 'Diary of a Chambermaid' Remake, Working with New Bond Girl Lea Seydoux". The Hollywood Reporter. 11 Disember 2014. 
  17. ^ "Irish co-production 'The Lobster' wins Cannes Jury Prize". The Irish Times. 25 Mei 2015. 
  18. ^ "Cannes: Xavier Dolan Drama With Marion Cotillard Snags U.K., Italy, Japan Deals". The Hollywood Reporter. 12 Mei 2015. 
  19. ^ Fleming, Jr, Mike (24 Ogos 2015). "Lea Seydoux Gets 'Gambit' Lead Offer, Opposite Channing Tatum". Deadline. 
  20. ^ Topel, Fred. Cannes Roundtable: Lea Seydoux on Blue is the Warmest Colour, CraveOnline, 26 May 2013
  21. ^ "Didier Dubot Joaillerie by Nicola Formichetti". Vogue Italia. Dicapai 27 Disember 2013. 
  22. ^ "French Beauty Léa Seydoux and Boardwalk Empire's Michael Pitt Front Rag & Bone's Fall 2013 Ads". Elle. Dicapai 27 Disember 2013. 
  23. ^ "Miu Miu Taps Léa Seydoux and Adèle Exarchopoulos". Women's Wear Daily (WWD). Dicapai 27 Disember 2013. 
  24. ^ Lea Seydoux’s Prada Candy Perfume Ad, Style Frizz.com
  25. ^ "Jewelry Alla Prada", 26 October 2011, Style
  26. ^ "Léa Seydoux on Beauty, Becoming a Redhead, and Prada's New Candy Florale Perfume". Vogue. Dicapai 16 October 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]