Lafazkan Kalimah Cintamu (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lafazkan Kalimah Cintamu
Umum
PengarangSiti Rosmizah Semail
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga, dendam
Penerbitan
PenerbitSR Publications
Tarikh penerbitan
2010
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman816
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789675822001

Lafazkan Kalimah Cintamu ialah sebuah novel oleh penulis novel Malaysia, Siti Rosmizah Semail. Novel ini diterbitkan pada tahun 2010 oleh SR Publications. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh Astro Ria pada 2018.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris dan Melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Lafazkan Kalimah Cintamu dikeluarkan pada 2010 oleh SR Publications. Pada tahun 2018, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot MegaDrama dari 15 Januari 2018 hingga 8 Mac 2018 di Astro Ria, dibintangi oleh Farid Kamil, Nelydia Senrose dan Nadiyah Shahab.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siti Rosmizah (2010). Lafazkan Kalimah Cintamu. SR Publications. ISBN 9789675822001.
  2. ^ Zulhilmi Jalil (16 Januari 2018). "Drama papar derita anak disisih keluarga". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 6 Mei 2018.