Nelydia Senrose

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nelydia Senrose
Nelydia.jpg
Nelydia pada 2013.
Kelahiran Nik Zaris Nelydia Binti Nik Sen
(1994-07-30) 30 Julai 1994 (umur 23)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Warganegara Malaysia
Nama lain Nely Senrose
Pendidikan Psikologi
Pusat pendidikan Kolej SEGI
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2007–kini
Ketinggian 5 ft 6 in (1.68 m)
Berat 50 kg (110 lb)
Televisyen Spa Q
Setia Hujung Nyawa
Strawberi & Karipap
Saudara Uqasha Senrose (kakak)
Raysha Rizrose (adik tiri)

Nik Zaris Nelydia Binti Nik Sen (lahir 30 Julai 1994) atau lebih dikenali sebagai Nelydia Senrose[1] ialah seorang pelakon wanita Malaysia dan merupakan adik kepada Uqasha Senrose, yang juga seorang pelakon. Beliau mula bergiat aktif sejak 2007 dan telah tampil dalam beberapa drama televisyen, dan mula dikenali melalui drama Setia Hujung Nyawa sebagai Ersalina.[2] Pada tahun 2015, beliau memenangi anugerah Pelakon Drama Wanita Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015.[3]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Nelydia Senrose dilahirkan pada Sabtu, 30 Julai 1994 Masihi bersamaan 21 Muharram 1415 Hijrah di Kota Bharu, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada tujuh adik-beradik, salah seorang kakaknya ialah Uqasha, juga bergiat aktif sebagai pelakon. Ibu bapanya berketurunan Siam dan Melayu. Adik tiri beliau ialah bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose yang juga merupakan seorang model.[4] Beliau merupakan lulusan dari Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya ketika berusia 17 tahun. Nelydia kini sedang menuntut di Kolej SEGI dalam bidang psikologi.[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2007–2014: Permulaan kerjaya dan Setia Hujung Nyawa[sunting | sunting sumber]

Nelydia Senrose atau lebih mesra disapa Nelly mula berlakon pada usia 13 tahun menerusi peranan sebagai Melissa dalam Spa Q[6] yang dibintangi oleh Norish Karman, drama terbitan Global Station Sdn. Bhd itu disiarkan di Slot Akasia TV3 dari 22 Oktober 2007 hingga 26 Mac 2009. Nelydia membawakan semula peranannya dalam Spa Q musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria dengan judul baru Spa Qistina selepas dua musim disiarkan di TV3.

Nelydia muncul dalam telefilem pertamanya, Anak Aku Artis arahan Ghaz Abu Bakar lakonan Didie Alias yang membuat tayangan perdana di Astro Ria pada 8 Mei 2009.

Beliau diberi peranan sebagai Nisha dalam siri drama komedi Friday I'm In Love lakonan teman lelakinya ketika itu, Qi Razali, Aiman Hakim Ridza, Ryzal Jaafar, Zoey Rahman dan Bella Dally,[7] siri ini disiarkan di TV9 bermula 19 April 2012 hingga 12 Julai 2012.[8] Nelydia melakonkan watak sebagai Jannah dalam siri drama Cinta Jannah arahan Azmi Hatta bersama pasangan pelakonnya Aeril Zafrel,[9] drama ini mengisahkan tentang Jannah yang melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua.[10]

Nelydia menemui kejayaan terbesar dalam bidang lakonan apabila beliau berpasangan dengan Amar Asyraf menerusi drama Setia Hujung Nyawa yang diadaptasi dari novel dengan judul sama karya Fatin Nabila terbitan Alaf 21,[11] dimana beliau melakonkan watak sebagai Ersalina. Drama ini disiarkan di Slot Akasia TV3 dari 24 Disember 2012 hingga 7 Februari 2013 dan mendapat sambutan komersial daripada penonton dengan jumlah penonton untuk tayangan episod akhir mencecah 3.5 juta.[12] Kejayaan drama ini membawa kepada penerbitan edisi khas Hari Raya Aidilfitri drama ini yang diberi judul Setia Hujung Nyawa Raya yang disiarkan pada 8 Ogos 2013,[13] Nelydia dan Amar membawakan semula peranan mereka. Penampilan pertama Nelydia di layar lebar hadir apabila beliau diberi peranan utama bersama Fizo Omar dalam filem Cinderella arahan Ahmad Idham di mana beliau memegang watak sebagai Nurul, seorang gadis kampung berusia 22 tahun, tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil. Filem ini ditayangkan pada 19 Disember 2013. Pada 2013 juga, Nelydia memenangi Astro On the Go Fans Choice Award bagi Favourite Fuyoo Actress.

Beliau digandingkan bersama Sharnaaz Ahmad menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diterbitkan oleh Ziela Jalil menerusi syarikat Pena Creative dan ditulis oleh Rozie Rashid dan Chinta Nadeesha. Nelydia melakonkan watak sebagai Hannah Mastura, drama ini ditayangkan di Astro Mustika HD dari 9 Disember 2013 hingga 22 April 2014.

Pada 2014, beliau bersama Harith Iskander dan Lisa Surihani meminjamkan suara bagi versi bahasa Melayu filem animasi Amerika Syarikat 2013, Despicable Me 2 untuk siaran di HBO Asia. Nelydia meminjamkan suaranya bagi watak Margo untuk versi bahasa Melayu, di mana beliau mengambil alih watak itu dari Miranda Cosgrove untuk versi bahasa Inggeris. Seterusnya beliau muncul dalam filem kedua lakonannya, Mat Tudung arahan Waan Hafiz yang dibintangi oleh Fizz Fairuz dan Izzue Islam, Nelydia melakonkan watak Zizie. Filem ini ditayangkan pada 28 Julai 2014, diterbitkan oleh Showbiz Productions.

2015–kini: Peningkatan kerjaya dan kesinambungan kejayaan[sunting | sunting sumber]

Pada 2015, Nelydia membawakan kembali watak Auntie Lisa dalam siri televisyen kanak-kanak, Strawberi & Karipap musim kedua yang bersiaran di Astro Ceria, bersama Mia Sara Nasuha dan Raykarl Iskandar.

Beliau seterusnya membuat penampilan khas sebagai Wanita Misteri dalam siri drama waktu perdana adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu lakonan kakaknya, Uqasha dan Hafidz Roshdi yang bersiaran di Slot Akasia TV3 dan disiarkan pada 17 Februari hingga 7 April 2016.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nelydia Senrose pernah menjalin hubungan dengan pengacara dan pemuzik, Qi Razali ketika sama-sama berlakon dalam drama Friday I’m in Love, bagaimanapun, hubungan mereka berakhir kerana tiada persefahaman.[14][15][16][17][18] Nelydia juga berharap peminat tidak mengaitkannya dengan Qi lagi.[19]

Pada April 2017, Nelydia dikenakan waran tangkap oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis Akta Cukai Pendapatan bagi lima tahun. Beliau turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada pihak LHDN.[20] Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh LHDN:

“Nelydia dikehendaki mengemukakan Borang B bagi lima tahun taksiran iaitu pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013. Saman sudah diserahkan kepada tertuduh dengan sempurna pada 11 April lalu mengkehendaki tertuduh hadir sesi sebutan kes pada 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam tetapi tertuduh atau sebarang wakil gagal hadir”[20] “Kegagalan mematuhi kedua-dua notis tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali,”[20]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian TV
2007–08 Spa Q Melissa TV3
2009 Spa Qistina Melissa Astro Ria
Datin Wan Abe - TV3
2010 Ahmad Durrah Anisa TV3
2011 Pak Suman - TV Alhijrah
2012 Puaka Bunga Tanjung Mayang Bidari TV9
Friday I'm In Love Nisha TV9
Naziha Vina TV3
Setia Hujung Nyawa Ersalina Imani TV3
2013 Cinta Jannah Jannah TV3
Strawberi & Karipap Auntie Lisa Astro Ceria
Sesuci Cintamu Aishah RTM1
2014 Bukan Kerana Aku Tak Cinta Hannah Mastura Astro Mustika HD
Setitis Kasih Darmia Darmia TV9
2015 Strawberi & Karipap 2 Aunty Lisa Astro Ceria
2016 Jasmine Jasmine TV3
Tundukkan Playboy Itu Jasmin TV3
Strawberi & Karipap 3 Lisa Astro Ceria
Pergilah Air Mata Sabrina RTM1
Lara Terindah Elena TV3
2017 Pergilah Air Mata: 4 Episode Khas Sabrina RTM1
Encik Suami Mat Salih Celup Iman Amani TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Huraian Rangkaian TV
2009 Anak Aku Artis - Astro Ria
2011 Iqra' - TV3
Mistik Alam Hitam - Astro Ria
Khalifah Siti Mariam TV3
Si Tudung Tweet Kamariah TV9
2013 Setia Hujung Nyawa Raya Ersalina Imani (EL) TV3
2014 Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris Auntie Lisa Astro First Ekslusif
2015 Strawberi & Karipap Hello Gold Coast
2016 Crush Next Door Hani Astro Ria

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2013 Cinderella Nurul
2014 Mat Tudung Zizie
2017 Jebat Hannah Mastura

Suara latar[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2014 Despicable Me 2 Margo (suara latar)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Nelydia Senrose
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2013 Astro On the Go Fans Choice Awards Favourite Fuyoo Actress Menang
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
Gandingan Di Layar Serasi (bersama Sharnaaz Ahmad) Dicalonkan
2014 Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Harapan Wanita Terbaik Dicalonkan
2015 Anugerah MeleTOP Era Bintang Filem MeleTOP Menang
Pelakon TV MeleTOP Dicalonkan
2015 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 Pelakon Wanita Drama Pilihan Dicalonkan
Hero & Heroin Pilihan (bersama Sharnaaz Ahmad) Menang
2015 Anugerah Lawak Warna 2015 Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
2016 Anugerah Melodi Personaliti Media Sosial Dicalonkan
2017 Anugerah MeleTOP Era ke-4 Artis Online MeleTOP Dicalonkan
Fesyen MeleTOP Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Dan Profile Nelydia Senrose, Dicapai 24 Januari 2013.
  2. ^ Nelydia Senrose kini Popular Dengan Drama Setia Hujung Nyawa, Dicapai 23 Januari 2013.
  3. ^ http://www.bharian.com.my/node/42580
  4. ^ Biodata Nelydia Senrose Aka El
  5. ^ Nelydia Senrose (Ersalina) Sepupu Emma Maembong, Retrieved on 28 January 2013.
  6. ^ # Nelydia Senrose from Kuala Lumpur, Malaysia - Beauteous # 1, Retrieved on 22 January 2013.
  7. ^ Budiey (19 April 2012). "Drama Bersiri Friday I'm In Love". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Jun 2017. 
  8. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (20 April 2012). "Friday I'm In Love naskhah istimewa-Faizul". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Jun 2015. 
  9. ^ "'Cinta Jannah' Temukan Aeril Zafrel & Nelydia Senrose". Malaysian Digest. 13 Ogos 2013. Dicapai pada 22 Jun 2015. 
  10. ^ Budiey (16 Ogos 2013). "Drama Cinta Jannah Lakonan Aeril Zafrel & Nelydia Senrose". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Jun 2017. 
  11. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (9 Februari 2013). "Setia Hujung Nyawa ... Satukan cinta Amar Asyraf, Nelydia Senrose". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Jun 2015. 
  12. ^ "3.5 juta tonton drama Setia Hujung Nyawa". Utusan Malaysia. 16 Disember 2012. Dicapai pada 22 Jun 2015. 
  13. ^ "Amar Asyraf, Nelydia Senrose Dalam Setia Hujung Nyawa Raya". Perak Today. 4 Ogos 2013. Dicapai pada 22 Jun 2015. 
  14. ^ Nelydia jaga hubungan bersama Qi Razali Sinar Harian (22 November 2015). Dicapai pada 1 Disember 2015.
  15. ^ Zaidi Mohamed. Hubungan Qi Razali dan Nelydia Senrose retak? Berita Harian. Dicapai pada 31 Ogos 2015.
  16. ^ Noor Ainulyakin Mohamad Ishak/Marina Sahabudin (6 September 2015). Nelydia - Qi Razali nafi hubungan berakhir Sinar Harian. Dicapai pada 8 September 2015.
  17. ^ Qi Razali, Nelydia Senrose Tidak Sehaluan? Malaysian Access (29 Ogos 2015). Dicapai pada 31 Ogos 2015.
  18. ^ Qi Razali, Nelydia Senrose Bahagia diulit Cinta Malaysian Access (4 September 2015). Dicapai pada 5 September 2015.
  19. ^ Jangan Kaitkan Saya Dengan Qi Razali Lagi – Nelydia Senrose Penmerah (29 Disember 2016). Dicapai pada 1 Januari 2017.
  20. ^ a b c Nelydia Senrose Dikenakan Waran Tangkap Rotikaya (21 April 2017). Diperoleh pada 30 April 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]