Laluan bawah tanah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Laluan bawah tanah pejalan kaki dan penunggang basikal di bawah jalan raya utama di United Kingdom
Laluan bawah tanah (terowong pejalan kaki bawah tanah) di Hong Kong yang menuju ke stesen MTR bawah tanah dan pelbagai pusat beli-belah.

Laluan bawah tanah ialah istilah yang biasanya merujuk kepada jalan yang dibina di bawah sebatang jalan raya atau landasan kereta api khusus untuk penggunaan pejalan kaki dan penunggang basikal bagi memudahkan mereka melintas dengan selamat. Istilah ini juga dipergunakan di Amerika Syarikat untuk merujuk kepada lintasan bawah jalan yang lekuk.

Laluan pejalan kaki bawah tanah tidak begitu umum di bandar raya Amerika Utara, berbanding dengan bandar raya yang serupa saiznya di Eropah. Ia dibina apabila pejalan kaki perlu melintasi jalan kereta api atau lebuh raya kemudahan terbatas seperti lebuh raya antara negeri dan tentu sahaja, ia juga dibina di pintu keluar sistem alihan laju bawah tanah. Bagaimanapun, laluan bawah tanah jarang dibina semata-mata untuk membolehkan orang melintasi jalan raya bandar yang biasa. Sungguhpun demikian, apabila ia dibina, istilah jalan bawah pejalan kaki lebih mungkin digunakan kerana perkataan "laluan bawah tanah" biasanya digunakan untuk merujuk kepada sistem alihan laju berasaskan rel seperti New York Subway di Amerika Syarikat.

Di Filipina, laluan bawah tanah biasanya dikenali sebagai "Lagusnilad" dan dapat dijumpai di bandar raya Makati dan sesetengah tempat di Manila, misalnya Quiapo dan Dewan Bandaraya Manila.

Adakalanya, laluan bawah tanah juga dibina untuk memanfaatkan hidupan liar.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]