Lara Trump

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lara Lea Yunaska)
Lara Trump
Lara Trump pada tahun 2020
Kelahiran
Lara Lea Yunaska

(1982-10-12) 12 Oktober 1982 (umur 41)
New Hanover County
Carolina Utara, AS
Warganegara Amerika Syarikat
Pusat pendidikan
  • North Carolina State University
  • International Culinary Center
    ( The French Culinary Institute )
Pekerjaan
  • Pengacara televisyen
  • Penerbit televisyen
  • Jurukempen
  • Wartawan
Terkenal kerana
Pangkat
  • Wartawan berita
  • Penerbit televisyen
    Inside Edition
  • Penerbit dan Pengacara televisyen
    Real News Update
PasanganEric Trump (kahwin 2014)
Anak-anak02
Ibu bapa
  • Robert Luke Yunaska (bapa)
  • Linda Ann Sykes (ibu)
Saudara01

Lara Lea Yunaska Trump (lahir 12 Oktober 1982) ialah seorang wartawan dari Amerika Syarikat dan seorang jurukempen Presiden Amerika Syarikat untuk Donald Trump.

Beliau merupakan seorang kakak kepada 1 orang adik, isteri kepada Eric Trump dan ibu kepada 2 orang anak dengan suaminya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lara Lea Yunaska dilahirkan pada 12 Oktober 1982 di Wrightsville Beach, Nеw Hanover, Carolina Utara, Amerika Syarikat kepada ayahnya Robert Luke Yunaska dengan ibunya Linda Ann Sykes dan mempunyai seorang adik lelaki.[1] [2]

Pada 08 November 2014, Lara berkahwin dengan kawan lamanya Eric Trump di Mar-A-Lago, Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat.[1] [3]

Pada tahun 2020, Lara mempunyai 2 orang anak.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Jun 2005, Lara lulus dari College Of Communication yang berada di North Carolina State University, Raleigh, Carolina Utara, Amerika Syarikat.[1][4]

Selepas itu, dia belajar di sebuah sekolah memasak yang bernama The French Culinary Institute yang kini dinamakan International Culinary Center di Bandar Raya New York, New York, AS.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Lara ialah seorang penerbit, seorang pengacara dan juga seorang wartawan untuk rancangan berita "Real News Update".[2]

Dia juga seorang bekas penerbit dan seorang wartawan untuk rancangan berita televisyen "Inside Edition" dan berita CBS di CBS.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Lara Trump: How Did Trump’s Daughter-in-Law Meet Eric Trump?" di Heavy
  2. ^ a b c "Lara Yunaska Eric Trump’s Wife" dari Ezoic
  3. ^ "Eric Trump, Donald Trump's Son, Marries Lara Yunaska—Check Out Details and Photos from the Wedding!" di Eonline
  4. ^ "North Carolina State University 2005 Fall Graduation" (PDF). North Carolina State University. 14 Disember 2005. Dicapai pada 19 November 2020. Lara Lea Yunaska*; (* = Laude/Honors)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]