Laut Liguria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Peta Laut Liguria
Laut Liguria: sempadan merah mewakili sempadan Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa, sempadan biru mewakili sempadan Istituto Idrografico della Marina.

Laut Liguria (Bahasa Itali: Mar Ligure; Bahasa Perancis: Mer Ligurienne; Bahasa Ligurian: Mâ Ligure) ialah sebuah laut pinggir yang merupakan cabang Laut Mediterranean. Laut ini terletak di antara Riviera Itali (Liguria) dan pulau Corsica. Laut ini dikatakan dinamakan sempena warga Liguress purba.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Laut ini bersempadan dengan Itali sehingga sempadan negara dengan Perancis serta pulau Corsica milik Perancis. Di timur, laut ini bersempadan dengan Laut Tyrrhenia, dan bersempadan dengan Laut Mediterranean utama di barat. Genoa ialah bandar paling utama di laut ini.

Teluk Genoa ialah bahagian paling utara. Laut ini menerima aliran Sungai Arno dari timur serta banyak lagi sungai yang berasal dari Pergunungan Apennine. Pelabuhan-pelabuhan Genoa, La Spezia dan Livorno terletak di pesisir berbatu laut. Laut ini mencapai kedalaman maksimum lebih 2,800 m (9,300 ka) di barat laut Corsica.

Menurut kajian 1983, sejak 1977, sebuah siri anlisis eksperimental berkenaan julat paras laut di Genoa dan Imperia menekankan "kewujudan ombak seiche dengan tempoh min 5.8 jam", dengan sebab-sebab yang masih tidak diketahui pada masa itu. Laut Liguria dimodelkan sebagai sebuah basin segi empat tempat separa tertutup dengan panjang longitud 40 km dan panjang melintang 10 km, dengan kedalaman purata malar 2000 m.[1]

Perbatasan[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa menetapkan sempadan-sempadan Laut Liguria seperti yang berikut:[2]

Di Barat Daya. Suatu garisan yang menyambungkan Tanjung Corse (Tanjung Grosso, 9°23′E) selaku titik utara Corsica ke sempadan Perancis dan Itali (7°31′E).

Di Tenggara. Suatu garisan yang menyambungkan Tanjung Corse dengan Pulau Tinetto (44°01′N 9°51′E / 44.017°N 9.850°E / 44.017; 9.850) dan melepasi Pulau Tino dan Pulau Palmaria ke titik San Pietro (44°03′N 9°50′E / 44.050°N 9.833°E / 44.050; 9.833) di pesisir Itali.

Di Utara. Pesisir Liguria di Itali.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lorenzo Papa (1 Disember 1983). "A numerical computation of a seiche oscillation of the Ligurian Sea" (pdf). Geophysical Journal International. Oxford University Press. 75 (3): 659–667. doi:10.1111/j.1365-246X.1983.tb05004.x. ISSN 0956-540X. OCLC 4640460944. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada July 29, 2018.
  2. ^ "Limits of Oceans and Seas, 3rd edition" (PDF). International Hydrographic Organization. 1953. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 Oktober 2018. Dicapai pada 28 Disember 2020.