Ombak pecah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ombak besar berpecah.

Dalam dinamik bendalir, ombak pecah atau gelombang pecah ialah gelombang yang amplitudnya mencapai paras genting yang padanya sesetengah proses boleh tiba-tiba mula berlaku yang menyebabkan amaun tenaga gelombang besar dijelmakan menjadi tenaga kinetik bergelora. Pada titiknya, model fizikal mudahyang menggambarkan dinamik gelmbang kerap menjadi tidak sah, terutamanya yang mengganggap tingkah laku linear.

Jenis ombak pecah yang paling am ialah perpecahan ombak permukaan air di pesisiran. Kerana komponen mendatar halaju bendalir berhubung kait dengan pergerakan ombak, rabung ombak mencuram sebaik amplitudnya meningkat; perpecahan ombak secara amnya berlaku dengan amplitud mencapai titik yang rabung ombak sebenarnya terbalik. Kesan tertentu lain dalam dinamik bendalir juga telah diistilahi "ombak pecah," secara bahagian mengikut analogi dengan ombak permukaan air. Dalam meteorologi, gelombang graviti atmosfera dikatakan berpecah apabila gelombang menghasilkan kawasan yang suhu potensi menurun dengan ketinggian, membawa kepada pelesapan tenaga melalui ketidakstabilan berolak; begitu juga gelombang Rossby dikatakan berpecah[1] apabila kecerunan kepusaran potensi diterbalikkan. Perpecahan gelombang juga berlaku di dalam plasma,[2] apabila halaju zarah melebihi kelajuan fasa gelombang itu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Oseanografi fizikal {{Geografi pesisiran} Templat:Perubatan, fisiologi dan fizik selam