Lingkup angin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lingkup angin mencipta ombak tenaga tinggi.

Lingkup angin, atau juga dipanggil panjang lingkup angin, ialah panjang air yang di atasnya angin telah tertiup. Lingkup angin digunakan dalam geografi dan meteorologi dan kesannya biasanya berhubung kait dengan keadaan laut dan apabila mencapai pesisir, lingkup angin merupakan faktor utama yang mencipta pusuan ribut yang membawa kepada penghakisan dan pembanjiran pinggir laut. Lingkup angin juga memainkan peranan besar dalam hanyutan susur pesisir juga.

Panjang lingkup angin bersamaan dengan laju angin (kekuatan angin) menentukan saiz (keadaan laut) ombak terhasil. Arah angin dianggap malar. Lebih panjang lingkup angin dan lebih pantas laju angin, lebih banyak tenaga angin disampaikan ke permukaan air dan lebih besar keadaan laut yang dihasilkan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Templat:Geografi pinggir laut