Lee Sang-hoon (besbol)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lee Sang-hoon
Pelempar
Dilahirkan: (1971-03-11) 11 Mac 1971 (umur 53)
Pukulan: Left Balingan: Left
Debut profesional
KBO: 10 April, 1993, untuk LG Twins
NPB: 1998, untuk Chunichi Dragons
MLB: 29 Jun, 2000, untuk Boston Red Sox
Penampilan terakhir
NPB: 1999, untuk Chunichi Dragons
MLB: 1 Oktober, 2000, untuk Boston Red Sox
KBO: 18 Mei, 2004, untuk SK Wyverns
Statistik KBO
Rekod menang–kalah71–40
Purata peroleh larian2.56
Strikeout781
Save98
Statistik NPB
Rekod menang–kalah7–5
Purata peroleh larian3.30
Strikeout98
Save3
Statistik MLB
Rekod menang–kalah0–0
Purata peroleh larian3.09
Strikeout6
Pasukan
Pemain

Jurulatih

Kerjaya cemerlang dan anugerah
Lee Sang-hoon (besbol)
Hangul
Hanja
Perumian SemakanI Sang-hun
McCune–ReischauerRi Sang-hun

Lee Sang-hoon (Hangul: 이상훈, Hanja: 李尙勳; sebutan bahasa Korea: [i.saŋ.ɦun]; lahir 11 Mac 1971), dikenali sebagai "Samson" kerana rambut beliau yang panjang,[1] ialah bekas pemain besbol profesional Korea yang beraksi di Major League Baseball, Nippon Professional Baseball dan juga Liga KBO.

Lee merupakan lulusan daripada Universiti Korea pada 1993[2] dan seterusnya beliau menyertai pasukan LG Twins. Beliau memulakan kariernya sebagai starting pitcher. Tahun terbaik beliau ialah pada tahun 1994 dan 1995 apabila beliau mencatatkan 18 dan 20 kemenangan masing-masing. Rekod beliau ialah 20-5 dengan merekodkan 2.01 ERA, 12 complete game dan 142 strikeout pada 1995 sekali gus melayakkan beliau meraih Anugerah Sarung Tangan Emas Liga KBO. Kemudian, beliau beralih sebagai closer pada musim 1995.

Lee merupakan pemain Korea pertama yang menolak bidaan daripada pasukan lain apabila beliau melalui posting system.[3] Lee akhirnya berkelana ke MLB dan beraksi dalam sembilan perlawanan untuk pasukan Boston Red Sox semasa musim 2000. Beliau telah merekodkan 3.09 ERA dalam 11.2 ining.

Lee pada suaut ketika merupakan pemain menerima gaji tertinggi di KBO selepas beliau menandatangani kontrak sebanyak 600 juta won ketika tempoh kedua beliau bersama LG Twins pada 2003.[4]

Semenjak persaraannya, beliau telah menjadi jurulatih di KBO Futures League dan KBO.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ An Hee-So and Joo Kyung-Don (December 16, 2015) "Lee dons Twins colors again to pass on his experience to young pitchers", Korea JoongAng Daily.
  2. ^ name=lee_sets_to_return>"Lee Sang-hoon sets to return to LG as pitching coach", The Dong-a Ilbo, November 30, 2015.
  3. ^ "Kia Tigers reject bid for posted pitcher Yang Hyeon-jong", The Korea Times US, November 26, 2014.
  4. ^ Gmelch, George (2006). Baseball Without Borders: The International Pastime, The University of Nebraska Press, p. 108. ISBN 0803271255

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Baseballstats