Leker

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Leker atau Kueh Pisang Surabaya ialah salah satu makanan istimewa Kota Surabaya.

Makanan ringan ini berbeza dengan leker yang terdapat di Jakarta dan kota-kota yang lain. Untuk kulitnya, ramuan adunan mungkin terdiri daripada telur, tepung gandum, susu, gula, dan air. Doh ini dituangkan ke dalam kuali mini yang telah dipanaskan (biasanya di atas bara arang) untuk membuat kulit leker yang berbentuk lingkaran. Setelah cukup masak, potongan-potongan kecil pisang, coklat tabur, gula pasir, dan susu pekat akan dibubuh. Penjual lalu melipatnya menjadi setengah lingkaran dan menghidangkannya kepada pembeli.

Beberapa penjual di Surabaya pada saat ini telah melakukan pembaharuan dengan menawarkan campuran keju sebagai isi leker tersebut.