Lendir laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lendir laut

Lendir laut (Inggeris: sea snot) ialah sekumpulan organisme mirip mukus yang ditemui di laut. Sifatnya yang mirip gelatin dan krim umumnya tidak berbahaya, namun mengandungi virus dan bakteria, termasuk E. coli.[1] Lendir laut sering muncul di Laut Tengah[2] dan baru-baru ini menyebar ke Laut Marmara.[3]

Kenyataan[sunting | sunting sumber]

Lendir laut terbentuk secara semula jadi ketika rumpai air di laut dipenuhi nutrisi akibat iklim panas dan pencemaran air. Peristiwa serupa berlaku di Turki pada 2007, tetapi juga pernah ditemui di Laut Aegea berdekatan Yunani.[4] Pemerhati alam sekitar menyatakan bahawa sampah sarap dan industri menyebabkan fitoplankton berkembang pesat.[3][5] Dengan erti kata lain, perubahan iklim dan pencemaran telah menyumbang kepada proliferasi bahan organik, yang mengandungi pelbagai mikroorganisme dan dapat berkembang ketika kumbahan yang kaya nutrisi mengalir ke air laut.

Perkara ini dipersetujui oleh kenyataan Profesor Hüseyin Erduğan dari Jabatan Biologi, Universiti Onsekiz Mart bahawa lendir laut pada dasarnya ialah massa mikroorganisme yang diperkaya oleh komponen air kumbahan yang tidak diolah terlebih dahulu sebelum dibuang ke laut. Lendir sebenarnya ialah eksopolisakarid (biomakromolekul yang terdiri dari sisa karbohidrat yang dipancarkan oleh mikroorganisme) dan meskipun pencemaran menyebabkan masalah lendir laut, ia pada akhirnya disebabkan oleh mikroorganisme itu sendiri.[6] Lendir memiliki banyak komponen, termasuk pelbagai mikroorganisme seperti virus dan prokariota, serta kompaun eksopolimer dengan sifat koloid.[7]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Peningkatan jumlah lendir laut di Laut Tengah dan wilayah laut lain sejak awal 2009 merupakan salah satu kesan dari perubahan iklim.[8] Perairan yang memanas dan bergerak lebih lambat meningkatkan penghasilan lendir laut dan terjadinya susunan dalam gumpalan-gumpalan besar.[9] Lendir laut pertama kali dilaporkan pada tahun 1729 dan sejak lama dipandang sebagai gangguan bagi industri perikanan dan populasi pesisir.[9] Baru-baru ini, lendir laut muncul tidak hanya sebagai gangguan, tetapi juga sebagai bahaya besar. Gumpalan lendir laut dapat menampung bakteria seperti E. coli yang mengancam flora dan fauna laut, serta manusia yang terdedah kepada air yang tercemar. Lendir laut juga dapat melapisi insang makhluk laut yang ada di dalamnya, memotong oksigen, dan membunuh mereka.[9] Kerana sifatnya yang berlendir kental, berbusa, dan menutupi permukaan, lendir laut mengancam kehidupan laut, seperti ikan, mamalia laut, dan terumbu karang.[3]

Pada Jun 2021, lendir laut terlihat di sepanjang wilayah Laut Marmara, yang menghubungkan Laut Hitam ke Laut Aegea.[5] Lendir laut telah menyebar melalui laut selatan Istanbul yang meliputi pelabuhan, garis pantai, dan petak permukaan.[10] Kapal-kapal yang melintasi Laut Marmara kini terpaksa mengharungi limpahan lumpur abu-abu, dan sejumlah nelayan tak bisa berlayar karena lendir merusak motor kapal dan jaring mereka. Para penyelam melaporkan, sejumlah besar ikan dan spesies laut lain mati kerana kekurangan oksigen. Selain itu, menurut Profesor Bayram Ozturk dari Pusat Penyelidikan Lautan Turki, beberapa spesies menjadi terancam, termasuk tiram, kerang, tapak sulaiman.[4]

Pencegahan[sunting | sunting sumber]

Pencegahan jangka pendek yang dapat dilakukan ialah mengumpulkan lendir laut dari permukaan laut dan meletakkan penghalang di permukaan laut untuk menghambat penyebarannya.[11] Pencegahan jangka panjang yang perlu dilakukan ialah meningkatkan dan memastikan rawatan kumbahan,[4] mencipta kawasan perlindungan laut,[11] dan memperlahankan perubahan iklim.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Uğurtaş, Selin (2021-05-25). "Turkey struck by 'sea snot' because of global heating". The Guardian. Dicapai pada 2021-05-26.
  2. ^ David Gilson (October 13, 2009). "Sea Snot: Climate Change Gets Gross". Dicapai pada 2013-05-20.
  3. ^ a b c Lokadata.ID. "Wabah "ingus laut" muncul kembali di Turki, akibat polusi dan perubahan iklim". Lokadata (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-06-17.
  4. ^ a b c "Turki berjanji selesaikan wabah 'ingus laut'". BBC News Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 2021-06-06. Dicapai pada 2021-06-17.
  5. ^ a b SABAH, DAILY (2021-05-30). "Sea snot continues to expand in Marmara Sea". Daily Sabah (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-06-17.
  6. ^ SABAH, DAILY (2021-06-10). "Sea snot plaguing Turkey's Marmara Sea may be converted into gas". Daily Sabah (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-06-17.
  7. ^ Danovaro, Roberto; Fonda Umani, Serena; Pusceddu, Antonio (2009-09-16). "Climate Change and the Potential Spreading of Marine Mucilage and Microbial Pathogens in the Mediterranean Sea". PLoS ONE. 4 (9). doi:10.1371/journal.pone.0007006. ISSN 1932-6203. PMC 2739426. PMID 19759910.
  8. ^ Istanbul, Selin Uğurtaş in (2021-05-25). "Turkey struck by 'sea snot' because of global heating". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-06-17.
  9. ^ a b c "Giant, Mucus-Like Sea Blobs on the Rise, Pose Danger". archive.ph. 2012-07-12. Dicapai pada 2021-06-17.
  10. ^ "Foto: Pembersihan 'Ingus Laut' Untuk Selamatkan Laut Marmara, Turki". kumparan (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-06-17.
  11. ^ a b c "Turkey launches 'sea snot' clean-up to save Sea of Marmara". Reuters. 2021-06-08. Dicapai pada 2021-06-17.