Pergi ke kandungan

Leong Yu Man

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Leong Yu Man
梁耀雯
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
(Perpaduan, Pelancongan & Kebudayaan :
sejak 14 Disember 2022)
[note 1]
Menyandang jawatan
2 Disember 2022
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Menteri BesarWan Rosdy Wan Ismail
Didahului olehShahaniza Shamsuddin
(Perpaduan & Budaya)
Mohd Sharkar Shamsudin
(Pelancongan)
Kawasan pilihan rayaTriang
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang
bagi Triang
Menyandang jawatan
5 Mei 2013
Didahului olehLeong Ngah Ngah
(PRDAP)
Majoriti5,009 (2013)
6,454 (2018)
6,219 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Leong Yu Man

(1985-06-22) 22 Jun 1985 (umur 40)
PahangMalaysia Triang, Pahang, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Gabungan politik
lain
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Pakatan Harapan (PH)
(sejak 2015)
Ibu bapaLeong Ngah Ngah (bapa)
PendidikanSekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Triang 1
(1992–1997)
Sekolah Menengah Kebangsaan Triang
(1998–2002)
Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh
(2003–2004)
Tempat belajarUniversiti Putra Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pemakanan dan kesihatan komuniti)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanAhli pemakanan
(2009–2013)
Leong Yu Man
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional梁耀雯
Tulisan Cina Ringkas梁耀雯

Leong Yu Man (Cina ringkas: 梁耀雯Cina tradisional: 梁耀雯pinyin: Liáng Yàowén; lahir 22 Jun 1985) merupakan seorang ahli politik dan bekas ahli pemakanan Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail sejak Disember 2022 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) bagi kawasan Triang sejak Mei 2013. Beliau merupakan ahli, Setiausaha Pengelola Negeri Pahang dan Ketua Wanita Bahagian Bera bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan sebelum ini Pakatan Rakyat (PR). Beliau ialah EXCO wanita tunggal, ahli termuda dan satu-satunya wakil DAP dalam EXCO Pahang serta salah seorang daripada hanya dua EXCO PH dan berbangsa Cina dalam kerajaan negeri Pahang bersama ADUN Teruntum Sim Chon Siang. Beliau juga merupakan anak kepada Pengerusi DAP Negeri Pahang dan bekas ADUN Triang, Leong Ngah Ngah. Beliau mencipta sejarah sebagai wanita Cina pertama dan wakil DAP pertama yang dilantik sebagai Ahli EXCO Negeri Pahang.[1]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (sejak 2022)

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Pahang 2022 telah menyaksikan Dewan Undangan Negeri Pahang tergantung buat kali pertama dalam sejarah negeri itu. ADUN Jelai, Wan Rosdy daripada BN telah dilantik semula sebagai Menteri Besar Pahang selepas BN dan PH membentuk kerajaan negeri campuran pada 28 November 2022. Pada 2 Disember 2022, Leong telah dilantik sebagai Ahli EXCO Negeri Pahang oleh Menteri Besar Wan Rosdy. 12 hari kemudian, pada 14 Disember 2022, Leong mula memegang portfolio Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan, mengambil alih dua portfolio pertama daripada bekas ADUN Kuala Sentul, Shahaniza Shamsuddin dan satu lagi portfolio daripada bekas ADUN Lanchang, Mohd Sharkar Shamsudin.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (sejak 2013)

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Pahang 2013

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2013, Leong membuat penampilan sulung dalam pilihan raya apabila dicalonkan oleh PR untuk bertanding di kerusi Triang yang telah disandang oleh bapanya, Leong Ngah Ngah sejak 1990. Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang untuk penggal pertama selepas menewaskan calon BN, Tan Tin Loon dengan majoriti 5,009 undi.

Pilihan raya negeri Pahang 2018

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2018, Leong telah dicalonkan semula oleh PH untuk mempertahankan kerusi Triang. Beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut dan telah dipilih semula sebagai ADUN Triang untuk penggal kedua selepas menewaskan Tan daripada BN dalam pertembungan semula dengan majoriti 6,454 undi.

Pilihan raya negeri Pahang 2022

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2022, Leong sekali lagi dicalonkan oleh PH untuk mempertahankan kerusi Triang dan telah dipilih semula sebagai ADUN Triang untuk penggal ketiga. Beliau mempertahankan kerusi tersebut selepas menewaskan Yee Cheng Hwa daripada BN dan Izzuddin Zulkifli daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 6,219 undi.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Pahang[2]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2013 N38 Triang Leong Yu Man (DAP) 10,076 66.54% Tan Tin Loon (GERAKAN) 5,067 33.46% 15,385 5,009 83.04%
2018 Leong Yu Man (DAP) 11,222 70.18% Tan Tin Loon (GERAKAN) 4,768 29.82% 16,414 6,454 81.73%
2022 Leong Yu Man (DAP) 10,816 57.02% Yee Cheng Hwa (MCA) 4,597 24.23% 18,970 6,219 73.27%
Izzuddin Zulkifli (BERSATU) 3,557 18.75%
  1. ^ Memegang portfolio 12 hari selepas mengangkat sumpah jawatan.
  1. ^ "LEONG YU MAN". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Februari 2024.
  2. ^ "The Star Online GE15 Pahang". The Star. Dicapai pada 10 Julai 2022. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.