Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail | |
---|---|
![]() | |
Menteri Besar Pahang | |
Memegang jawatan 15 Mei 2018 | |
Raja | Sultan Haji Ahmad Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Didahului oleh | Adnan Yaakob |
Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang untuk Jelai | |
Memegang jawatan 21 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Omar Othman |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1 Oktober 1958 |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Sri Burhah Mohammed |
Kediaman | Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang, Jalan Telok Sisek, Kuantan |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail ialah Menteri Besar Pahang[1] dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi kawasan Jelai serta mantan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Pahang. Beliau merupakan ADUN Jelai sejak 2004 dan mewakili BN-UMNO. Pada peringkat parti, beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pahang dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (turut hadir).
Menteri Besar Pahang[sunting | sunting sumber]
Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, 60, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Sultan Abu Bakar. Wan Rosdy mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang ke-14 di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. [2]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Profil MB Pahang
- ^ Astroawani, "ADUN Jelai MB Pahang yang baharu", Mei 15, 2018 15:50 MYT
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() | Rencana berkenaan biografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |