Letupan Hospital al-Ahli Arab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Letupan Hospital al-Ahli Arab
Sebahagian daripada perang Israel–Hamas 2023
Tarikh17 Oktober 2023
LokasiGaza, Palestin
Koordinat31°30′18″N 34°27′42″E / 31.50500°N 34.46167°E / 31.50500; 34.46167Koordinat: 31°30′18″N 34°27′42″E / 31.50500°N 34.46167°E / 31.50500; 34.46167
JenisDipertikaikan (serangan udara atau roket tidak jadi)
Kematian471 (dakwaan Kementerian Kesihatan Gaza)[1][a]
Kecederaan314 (dakwaan Kementerian Kesihatan Gaza)[1][a]
Tertuduh Israel (didakwa oleh Kementerian Kesihatan Gaza,[2][3][a] dinafikan oleh IDF)
Fail:Flag of the Islamic Jihad Movement in Palestine.svg Jihad Islam Palestin (didakwa oleh Israel,[4][5] dinafikan oleh PIJ)[6]

Templat:Campaignbox 2023 Israel–Hamas war

Pada 17 Oktober 2023, di tengah-tengah perang Israel–Hamas 2023, suatu letupan berlaku di halaman Hospital al-Ahli Arab yang merupakan tempat perlindungan beribu-ribu rakyat Palestin yang tersingkir. Angka kematian yang disebabkan oleh letupan tersebut didakwa antara 200 orang maut hingga lebih daripada 500 orang maut.[2] Letupan tersebut mengorbankan nyawa yang teramai dalam satu peristiwa di Gaza dalam persengketaan antara Gaza dengan Israel sejak tahun 2008.[7]

Sebab letupan tersebut dipertikaikan. Kementerian Kesihatan Gaza yang dijalankan oleh Hamas berkata letupan tersebut disebabkan oleh serangan udara Israel. Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menafikannya dan menyiarkan rakaman yang mereka dakwa menunjukkan letupan tersebut disebabkan oleh pelancaran roket gagal oleh Jihad Islam Palestin menyasarkan bandar Israel di Haifa. Bukti dakwaan yang disiarkan dalam talian oleh kerajaan Israel kemudian dihapuskan, selepas cap masanya didedahkan tidak benar.[8] Jurucakap Jihad Islam menafikan bertanggungjawab. Tiada kesepakatan pakar tentang sama ada kerosakan disebabkan oleh serangan udara Israel atau roket yang ditembak dari dalam Gaza. Perhatian oleh pakar memperhatikan bangunan hospital yang tidak runtuh, beberapa kereta yang tidak rosak dan ketiadaan kawah dalam, faktor yang tidak biasanya tekal dengan serangan udara Israel.[9] Risikan Pentagon menandakan Jihad Islam Palestin salah tembak di hospital. [10]

Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad berkata, tindakan tidak berperikemanusiaan Israel menyerang hospital itu jelas menunjukkan bangsa Zionis tersebut melakukan satu kezaliman luar biasa ke atas rakyat Palestin. Tegas beliau, perbuatan rejim Zionis itu bertentangan dan melanggar undang-undang antarabangsa yang tidak membenarkan hospital atau pusat perubatan diserang semasa peperangan.[11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Kementerian Kesihatan Gaza dijalankan oleh pentadbiran Hamas dari Genting Gaza.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Israel-Hamas war: 471 Palestinians killed and more than 314 wounded in hospital blast, Hamas health ministry says". The Irish Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2023. Dicapai pada 18 Oktober 2023.
  2. ^ a b Ibrahim, Arwa; Siddiqui, Usaid; Mohamed, Edna; Hatuqa, Dalia; Stepansky, Joseph. "Hundreds of casualties as Israel hits Gaza hospital sheltering thousands". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2023. Dicapai pada 17 Oktober 2023.
  3. ^ Jobain, Nayib; Kullab, Samya; Nessman, Ravi; Lee, Matthew (17 Oktober 2023). "After blast kills hundreds at Gaza hospital, Hamas and Israel trade blame as rage spreads in region". AP News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2023. Dicapai pada 17 Oktober 2023.
  4. ^ Fabian, Emanuel (17 Oktober 2023). "IDF says assessment shows failed Islamic Jihad rocket launch caused Gaza hospital blast". The Times of Israel. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2023. Dicapai pada 17 Oktober 2023.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :1 tidak disediakan
  6. ^ Al-Mughrabi, Nidal (17 Oktober 2023). "Hundreds killed at Gaza hospital amid conflicting claims". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2023. Dicapai pada 17 Oktober 2023.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Guardian tidak disediakan
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan auto4 tidak disediakan
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan verify tidak disediakan
  10. ^ "Biden Cites Pentagon Intelligence on Gaza Blast". WSJ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Oktober 2023.
  11. ^ AYUB, MOHAMAD HISYAMUDDIN (20 Oktober 2023). "Serang hospital, Israel adalah pengganas - Tun Mahathir". Sinar Harian.

Templat:2023 Israel–Hamas war