Liam Hemsworth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Liam Hemsworth
Liam Hemsworth November 2014.jpg
Hemsworth pada tahun 2014
Kelahiran (1990-01-13) 13 Januari 1990 (umur 28)
Melbourne, Australia
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2007–sekarang
Saudara Chris Hemsworth (abang)
Luke Hemsworth (abang)
Elsa Pataky (kakak ipar)

Liam Hemsworth (lahir 13 Januari 1990)[1] ialah seorang pelakon Australia. Beliau melakonkan watak Josh Taylor dalam opera Neighbours dan sebagai Marcus dalam siri televisyen kanak-kanak, The Elephant Princess. Pada tahun 2010, beliau membintangi filem Amerika Syarikat, The Last Song dan pada tahun 2012, beliau membintangi sebagai Gale Hawthorne dalam siri filem The Hunger Games sebuah adaptasi novel bersiri, Suzanne Collins. Abang Hemsworth, Luke dan Chris juga merupakan seorang pelakon.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Hemsworth dilahirkan di Melbourne, Australia, kepada Leonie dan Craig Hemsworth.[2][3][4] Abang Hemsworth, Luke dan Chris juga merupakan seorang pelakon. Pada bulan Mac 2009, Hemsworth berpindah ke Amerika Syarikat untuk mengejar kerjaya di sana.

Karier lakonan[sunting | sunting sumber]

2007–10[sunting | sunting sumber]

Hemsworth memulakan kariernya pada tahun 2007 dengan penampilan tetamu dalam Home and Away dan McLeod's Daughters.[5] Pada bulan Julai 2007, Hemsworth mula menjalani pengambaran untuk Neighbours.[6] Watak Hemsworth, Josh Taylor merupakan sebuah watak berulang daripada tahun 2007 sehingga 2008. Pada tahun 2008, Hemsworth mula berlakon dalam rancangan televisyen kanak-kanak, The Elephant Princess, melakonkan watak "Marcus".[5][7] Hemsworth kemudiannya mempunyai peranan dalam siri televisyen, Satisfaction dan membintangi filem British, Triangle.[5] Beliau juga membuat penampilan dalam Knowing.

Pada tahun 2009, Hemsworth dipilih untuk berlakon dalam filem 2010, The Expendables, tetapi karakternya dikeluarkan daripada skrip (Hemsworth kemudiannya membintangi The Expendables 2). Disney mengumumkan bahawa Hemsworth telah mendapat watak Will Blakelee dalam filem 2010, The Last Song, berdasarkan novel Nicholas Sparks dengan tajuk yang sama.[8] Hemsworth kemudiannya muncul dalam video muzik Cyrus, "When I Look at You"[9] yang direkodkan pada 16 Ogos 2009.[10]

Ia telah diumumkan bahawa Hemsworth berada dalam rundingan untuk membintangi Arabian Nights.[11] Beliau juga dilaporkan bahawa telah ditawarkan watak utama dalam Northern Lights. Hemsworth membintangi muzik video "Colder Weather" oleh Zac Brown Band.[12]

2011–sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada 4 April 2011, Lionsgate mengumumkan bahawa Hemsworth akan melakonkan watak Gale Hawthorne dalam The Hunger Games yang ditayangkan pada tahun 2012.[13] Pada bulan Jun 2011, beliau terikat dengan Love and Honor yang juga dibintangi Aimee Teegarden dan Teresa Palmer.[14]

Pada tahun 2013, Hemsworth muncul dalam Empire State bersama Emma Roberts dan Paranoia juga dibintangi Harrison Ford, Gary Oldman dan Amber Heard.

Beliau menyambung wataknya sebagai Gale Hawthorne dalam tiga filem sekuel kepada The Hunger Games, The Hunger Games: Catching Fire, ditayangkan pada bulan November 2013, The Hunger Games: Mockingjay - Part 1, ditayangkan pada bulan November 2014 dan The Hunger Games: Mockingjay - Part 2, ditayangkan pada bulan November 2015.

Pada bulan Mac 2015, Hemsworth diumumkan oleh pengarah, Roland Emmerich sebagai sebahagian daripada barisan pelakon sekuel Independence Day.[15]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Semasa menjalani pengambaran The Last Song pada bulan Jun 2009, Hemsworth memulakan hubungan dengan Miley Cyrus.[16] Selepas tiga tahun mempunyai hubungan bersama, pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka pada bulan Jun 2012.[17] Mereka tinggal bersama di Los Angeles[18] tetapi mengakhiri hubungan mereka pada bulan September 2013.[19]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Peranan Nota
2007 Home and Away Siri TV (1 episod)
2007 McLeod's Daughters Damo Siri TV (1 episod: Leaving the Nest)
2007 Neighbours Josh Taylor Siri TV (25 episod)
2008 The Elephant Princess Marcus Siri TV (26 episod)
2009 Satisfaction Marc Siri TV (2 episod)
2009 Knowing Spencer
2009 Triangle Victor
2010 The Last Song Will Blakelee
2012 The Hunger Games Gale Hawthorne
2012 The Expendables 2 Billy "The Kid" Timmons
2013 Love and Honor Mickey Wright
2013 Paranoia Adam Cassidy
2013 Empire State Chris Potamitis
2013 The Hunger Games: Catching Fire Gale Hawthorne
2014 Cut Bank Dwayne McLaren
2014 The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 Gale Hawthorne
2015 The Muppets Diri sendiri Siri TV (1 episod: "Bear Left Then Bear Write")
2015 The Dressmaker Ted McSwiney
2015 The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 Gale Hawthorne
2015 By Way of Helena David Kingston
2016 Independence Day: Resurgence Jake Morrison

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Liam Hemsworth Biography: Actor (1990–)". Biography.com / Fyi (A&E Networks). Dicapai 19 November 2014. 
  2. ^ "Cyrus 'saw in new year on Phillip Island'". Herald Sun. 4 January 2010. Dicapai 27 February 2010. 
  3. ^ Rapkin, Mickey (28 November 2011). "The Hunger Games' Liam Hemsworth Has No Idea What's About to Hit Him: Cover Stars". Details. Dicapai 18 August 2013. 
  4. ^ "Why the Hemsworth brothers have the hottest genes in Hollywood". NewsComAu. 
  5. ^ a b c "Liam Hemsworth". Mark Morrisey & Associates. Dicapai 27 February 2010. 
  6. ^ "Hemsworth bros face off". Herald Sun. 13 July 2007. Dicapai 28 February 2010. 
  7. ^ "The Elephant Princess". Jonathan-m-shiff.com.au. The Elephant Princess. Dicapai 28 February 2010. 
  8. ^ Conn, Leslie (19 May 2009). "Casting for Miley Cyrus movie under way". Savannah Morning News. Dicapai 18 July 2009. 
  9. ^ "Savannah, 'The Last Song' featured in Miley Cyrus music video". Savannah Morning News. 12 September 2009. Diarkibkan daripada asal pada 2 January 2010. Dicapai 12 September 2009. 
  10. ^ Shankman, Adam (16 August 2009). "Twitter / Adam Shankman: Just wrapped "When I Look..." Twitter. Dicapai 17 August 2009. 
  11. ^ "Comic Book & Sci-Fi Movie News – Heat Vision – The Hollywood Reporter". Heatvisionblog.com. 14 August 2013. Dicapai 18 August 2013. 
  12. ^ "Two-Time GRAMMY Winners Zac Brown Band Premiere "Colder Weather" Video Tomorrow at 11am ET on ZacBrownBand.com". Higherrockmusic.com. Dicapai 18 August 2013. 
  13. ^ "Hunger Games Casting News: Lionsgate Confirms That The Roles Of Peeta & Gale Have Been Officially Cast! – Hunger Games". Hungergamesmovie.org. 4 April 2011. Dicapai 18 August 2013. 
  14. ^ Trumbore, Dave (25 June 2011). "Liam Hemsworth Goes AWOL; Teresa Palmer, Austin Stowell, and Aimee Teegarden Also in Talks to Join". Collider. Dicapai 28 February 2012. 
  15. ^ "Roland Emmerich on Twitter". Twitter. 
  16. ^ "Miley Cyrus Discusses Her Chemistry With Liam Hemsworth On 'Ellen'". MTV. 25 March 2010. Dicapai 25 March 2010. 
  17. ^ "Miley Cyrus, Liam Hemsworth Are Engaged". People. 6 June 2012. 
  18. ^ Webber, Stephanie (14 September 2013). "Miley Cyrus Stops Following Fiance Liam Hemsworth on Twitter". Us Weekly. Dicapai 16 September 2013. 
  19. ^ "Miley Cyrus and Liam Hemsworth End Engagement". People. 16 September 2013. Dicapai 16 September 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]