Chris Hemsworth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Chris Hemsworth
Chris Hemsworth SDCC 2014 (cropped).jpg
Hemsworth pada tahun 2014
Kelahiran (1983-08-11) 11 Ogos 1983 (umur 34)
Melbourne, Victoria, Australia
Kediaman Byron Bay, New South Wales, Australia
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2002–sekarang
Pasangan Elsa Pataky (kahwin 2010–kini) «start: (2010)»"Marriage: Elsa Pataky to Chris Hemsworth" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Chris_Hemsworth)
Anak 3
Ibu bapa Craig Hemsworth
Leonie Hemsworth
Saudara

Chris Hemsworth (lahir 11 Ogos 1983)[1][2] ialah seorang pelakon Australia. Beliau dikenali dengan peranannya sebagai Kim Hyde dalam siri TV Australia, Home and Away (2004) dan sebagai Thor dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe, Thor (2011), The Avengers (2012), Thor: The Dark World (2013) dan Avengers: Age of Ultron (2015). Beliau juga muncul dalam Star Trek (2009), A Perfect Getaway (2009), The Cabin in the Woods (2012), Snow White and the Huntsman (2012), Red Dawn (2012) dan Rush (2013).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Hemsworth dilahirkan di Melbourne,[3] kepada Leonie dan Craig Hemsworth.[4][5] Beliau dibesarkan di Melbourne dan Bulman, Wilayah Utara. Beliau menghadiri sekolah tinggi di Kolej Heathmont[3] sebelum keluarganya sekali lagi berpindah ke Wilayah Utara dan kemudiannya berpindah ke Pulau Phillip.[6] Abangnya, Luke dan adiknya, Liam juga seorang pelakon.

Karier[sunting | sunting sumber]

2002–10[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2002, Hemsworth membintangi dua episod siri televisyen fantasi, Guinevere Jones sebagai Raja Arthur. Beliau juga membuat penampilan dalam Neighbours dan satu episod Marshall Law.

Pada tahun 2004, Hemsworth menjalani uji bakat untuk Home and Away untuk watak Robbie Hunter tetapi tidak mendapat watak itu. Beliau dipanggil semula untuk watak Kim Hyde dan berpindah ke Sydney untuk menyertai barisan pelakon, muncul dalam 171 episod siri itu.[7] Beliau meninggalkan barisan pelakon Home and Away pada 3 Julai 2007.

Hemsworth merupakan peserta musim kelima Dancing with the Stars Australia, berpasangan dengan penari profesional, Abbey Ross. Musim ini ditayangkan buat pertama kali pada 26 September 2006 dan selepas enam minggu, Hemsworth tersingkir (7 November 2006).

Pada tahun 2009, Hemsworth melakonkan watak George Kirk, dalam babak pembukaan filem J. J. Abrams, Star Trek. Beliau melakonkan watak Kale dalam filem thriller, A Perfect Getaway pada tahun yang sama. Beliau melakonkan watak Sam dalam filem 2010, Ca$h, yang merupakan filem pertamanya apabila beliau tiba di Amerika Syarikat.

2011–sekarang[sunting | sunting sumber]

Hemsworth (kanan) bersama Tom Hiddleston di Comic-Con Antarabangsa San Diego 2010

Beliau dikenali dengan peranannya sebagai superhero Marvel Comics, Thor dalam filem 2011, Thor. Hemsworth menyambung wataknya dalam filem 2012, The Avengers.[8]

Beliau membintangi filem seram, The Cabin in the Woods yang dirakam tidak lama selepas tayangan Star Trek tetapi tidak ditayangkan sehingga tahun 2012. Ia membawa Hemsworth menjalani uji bakat untuk watak Thor atas desakan Joss Whedon.[9] Juga pada tahun itu, Hemsworth membintangi bersama Kristen Stewart dalam Snow White and the Huntsman sebagai Huntsman. Beliau juga melakonkan watak Jed Eckert dalam filem 2012, Red Dawn.[9] Hemsworth received the part of Thor two days after being hired for Red Dawn.[9]

Pada tahun 2013, Hemsworth membintangi Rush bersama Daniel Brühl dan menyambung wataknya sebagai Thor dalam Thor: The Dark World.[10][11] Pada tahun 2015, Hemsworth membintangi Blackhat bersama Viola Davis[12] dan menyambung wataknya sebagai Thor untuk kali keempat dalam Avengers: Age of Ultron.[13] Hemsworth kembali ke set Home and Away pada bulan November 2014 untuk menjalani penggambaran babak sebagai seorang pelakon tambahan dan bukannya sebagai karakter Kim Hyde.[14][15] Beliau muncul dalam episod yang disiarkan pada 19 Mei 2015.[15] Juga pada tahun 2015, beliau membintangi filem komedi, Vacation.[16] Filem terakhirnya pada tahun 2015 adalah In the Heart of the Sea, berdasarkan buku dengan tajuk yang sama oleh Nathaniel Philbrick. Hemsworth melakonkan watak Owen Chase.[17]

Hemsworth dijadual untuk menyambung wataknya sebagai Thor dalam Thor: Ragnarok, dijadual ditayangkan pada tahun 2017,[18] Avengers: Infinity War Part 1 (2018) dan 2 (2019).[19]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Hemsworth mula mempunyai hubungan dengan pelakon Sepanyol, Elsa Pataky pada awal tahun 2010[20] dan mereka berkahwin pada bulan Disember 2010.[21] Mereka mempunyai tiga orang anak: anak perempuan, India Rose (l. Mei 2012)[22] dan anak kembar, Tristan dan Sasha (l. Mac 2014).[23] Pada tahun 2015, beliau dan keluarganya berpindah dari Los Angeles ke Byron Bay di negara asalnya, Australia.[24][25]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Hemsworth di Festival Filem Tribeca pada bulan April 2012
Filem
Tahun Tajuk Peranan Nota
2009 Star Trek George Kirk
2009 Perfect Getaway, AA Perfect Getaway Kale
2010 Ca$h Sam Phelan
2010 Ollie Klublershturf vs the Nazis Chad Filem pendek
2011 Thor Thor
2012 The Cabin in the Woods Curt Vaughan
2012 The Avengers Thor
2012 Snow White and the Huntsman The Huntsman
2012 Red Dawn Jed Eckert
2013 Star Trek Into Darkness George Kirk Suara sahaja
2013 Rush James Hunt
2013 Thor: The Dark World Thor
2015 Blackhat Nicholas Hathaway
2015 Avengers: Age of Ultron Thor
2015 Vacation Stone Crandall
2015 In the Heart of the Sea Owen Chase
2016 The Huntsman: Winter's War The Huntsman
2016 Ghostbusters Kevin
Chris Hemsworth di Sydney pada tahun 2013
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Nota
2002 Guinevere Jones Raja Arthur 2 episod
2002 Neighbours Jamie Kane Episod 4,069
2002 Marshall Law The Kid Episod: "Domestic Bliss"
2003 Saddle Club, TheThe Saddle Club The New Vet Episod: "Tenderfoot"
2004 Fergus McPhail Craig Episod: "In a Jam"
2004–07 Home and Away Kim Hyde 185 episod
2006 Dancing with the Stars Diri sendiri/Peserta Tempat ke-5
2015 Saturday Night Live Hos Episod: "Chris Hemsworth/Zac Brown Band"
2015 Saturday Night Live Hos Episod: "Chris Hemsworth/Chance The Rapper"
Permainan video
Tahun Tajuk Peranan suara Nota
2011 Thor: God of Thunder Thor

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chris Hemsworth Bio". UsMagazine.com. Dicapai pada 16 October 2013. 
  2. ^ "Thor's Chris Hemsworth Turns a Year Older". People.com (video). 11 August 2011. ...celebrates his 28th 
  3. ^ a b Lovece, Frank (29 September 2011). "Chris Hemsworth: Not a Thor Loser". FilmFestivalTraveler.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2011. Dicapai pada 7 October 2011. 
  4. ^ "Cyrus 'saw in new year on Phillip Island' ". Herald Sun. Australia. 4 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2011. Dicapai pada 27 February 2010. 
  5. ^ Rapkin, Mickey (March 2012). "The Hunger Games' Liam Hemsworth Has No Idea What's About to Hit Him". Details. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2012. 
  6. ^ "Chris Hemsworth on Jimmy Kimmel Live! Part 1". Jimmy Kimmel Live! via YouTube. 5 May 2011. 
  7. ^ Finke, Nikki (18 May 2009). "More 'Thor': Marvel Studios Casts UK Actor Tom Hiddleston as Villain Loki". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2011. 
  8. ^ McDaniel, Matt (2 May 2012). "'Avengers' star Tom Hiddleston told Chris Hemsworth to really hit him". Yahoo! Movies. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 May 2012. Dicapai pada 15 May 2012. 
  9. ^ a b c Kirk, Jeremy; Whedon, Joss (20 September 2012). "34 Things We Learned From 'The Cabin in the Woods' Commentary". FilmSchoolRejects.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2012. Dicapai pada 10 October 2012. 
  10. ^ Flemming, Mike (30 June 2011). "Marvel And Disney Setting 'Thor 2' For Winter 2013; Chris Hemsworth's Back but Kenneth Branagh Won't Return". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2011. Dicapai pada 1 July 2011. 
  11. ^ Chitwood, Adam (11 July 2011). "Chris Hemsworth in Talks to Play Formula 1 Driver James Hunt in Ron Howard's 'Rush'". Collider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2011. Dicapai pada 7 October 2011. 
  12. ^ Travis Reilly (26 July 2014). "Chris Hemsworth First Look on Set of Michael Mann Hacker Thriller 'Blackhat' Revealed". The Wrap. Dicapai pada 12 August 2014. 
  13. ^ Vejvoda, Jim (29 August 2013). "James Spader to Play Ultron in the Avengers Sequel". IGN. Dicapai pada 29 August 2013. 
  14. ^ "Chris Hemsworth returns to Summer Bay!". TV Week. 26 November 2014. Dicapai pada 20 May 2015. 
  15. ^ a b Moran, Jonathon (18 May 2015). "Chris Hemsworth returns to Summer Bay with Home and Away cameo". The Daily Telegraph. Dicapai pada 20 May 2015. 
  16. ^ "Chris Hemsworth & Charlie Day Taking a 'Vacation' with Ed Helms". FirstShowing.net. 
  17. ^ "Chris Hemsworth/Jane's Addiction; Episode #11.69". Jimmy Kimmel Live!. 4 November 2013. ABC. Jimmy: You're on some crazy diet right now I heard because of this movie you're shooting. Chris: ...and we have to get rather skinny, we're on about 500 or 600 calories a day 
  18. ^ Strom, Marc (28 October 2014). "Thor Brings Ragnarok to the Marvel Cinematic Universe in 2017". Marvel.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2014. Dicapai pada 28 October 2014. 
  19. ^ Chitwood, Adam (April 14, 2015). "Chris Hemsworth Reveals the 3 Marvel Movies Left on His Contract". Collider. 
  20. ^ Macaluso, Beth Anne (12 June 2012). "Chris Hemsworth's Wife Elsa Pataky Gives Birth to Daughter India!". Us Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2012. Dicapai pada 17 November 2012. 
  21. ^ Jordan, Julie (28 December 2010). "Thor Star Chris Hemsworth Gets Married". People. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2011. Dicapai pada 7 October 2011. 
  22. ^ Fleeman, Mike (12 May 2012). "Chris Hemsworth and Elsa Pataky Welcome Daughter India Rose". People. Dicapai pada 21 March 2014. 
  23. ^ Mandell, Andrea (21 March 2014). "It's twin boys for Chris Hemsworth and Elsa Pataky!". USA Today. 
  24. ^ "Still calls Australia home! Chris Hemsworth moves his family Down Under permanently as he no longer needs to be based in Los Angeles to secure work". Daily Mail. 13 January 2015. Dicapai pada 23 November 2015. 
  25. ^ Kehagias, Melissa (27 September 2014). "Chris Hemsworth has bought himself a $7 million Byron Bay home". The Sunday Telegraph (Australia). Dicapai pada 23 November 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]