The Hunger Games: Catching Fire

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The Hunger Games:
Catching Fire
Catching-Fire poster.jpg
PengarahFrancis Lawrence
Penerbit
  • Nina Jacobson
  • Jon Kilik
Lakon layar oleh
  • Simon Beaufoy
  • Michael deBruyn
BerdasarkanCatching Fire oleh
Suzanne Collins
Dibintangi oleh
Muzik olehJames Newton Howard
SinematografiJo Willems
Disunting olehAlan Edward Bell
Syarikat
penerbitan
Color Force
PengedarLionsgate Films (US/UK) StudioCanal (Jerman) Universal Studios (Itali)
Mula ditayangkan
  • 11 November 2013 
    (London)
  • 22 November 2013 
    (Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan
146 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Perbelanjaan$130–140 juta[2][3][4]
Pecah panggung$865 juta[2]

The Hunger Games: Catching Fire ialah sebuah filem sains fiksyen distopia Amerika Syarikat 2013 berdasarkan novel Suzanne Collins, Catching Fire (2009), siri kedua dalam trilogi The Hunger Games. Filem ini merupakan sekuel kepada The Hunger Games (2012) dan merupakan filem kedua dalam siri filem The Hunger Games, diterbitkan oleh Nina Jacobson dan Jon Kilik serta diedarkan oleh Lionsgate. Francis Lawrence mengarah filem ini dengan lakon layar oleh Simon Beaufoy dan Michael Arndt. Menambah kepada barisan pelakon sedia ada, barisan pelakon pembantu diisi oleh Philip Seymour Hoffman, Jeffrey Wright, Jena Malone, Sam Claflin, Lynn Cohen, Amanda Plummer, Alan Ritchson dan Meta Golding. Penggambaran bermula pada 10 September 2012 di Atlanta, Georgia sebelum berpindah ke Hawaii. Plot Catching Fire mengambil tempat beberapa bulan selepas filem sebelumnya; Katniss Everdeen dan Peeta Mellark telah kembali ke rumah dengan selamat selepas memenangi Hunger Games ke-74. Sepanjang cerita, Katniss dapat merasai bahawa pemberontakan terhadap Capitol sedang meningkat di seluruh daerah.

The Hunger Games: Catching Fire ditayangkan pada 15 November 2013 di Brazil; 20 November di Finland, Sweden dan Norway; 21 November di United Kingdom dan 22 November di Amerika Syarikat. Filem ini mengutip $865 juta di seluruh dunia dan merupakan filem dengan kutipan tertinggi dalam siri The Hunger Games. Filem ini disusuli dengan sekuel dua bahagian The Hunger Games: Mockingjay: Part 1 ditayangkan pada 21 November 2014 di Amerika Syarikat dan Part 2 pada 20 November 2015. Catching Fire menerima ulasan positif dan secara meluas dianggap oleh pengkritik sebagai peningkatan berbanding filem sebelumnya; pujian juga diberikan kepada lakonan Lawrence sebagai Katniss. Ia merupakan filem yang menerima pujian paling meluas dalam siri The Hunger Games menurut laman web Rotten Tomatoes. Filem ini juga menerima banyak pencalonan anugerah.

Plot[sunting | sunting sumber]

Selepas memenangi Hunger Games ke-74, Katniss Everdeen dan Peeta Mellark kembali ke Daerah 12. Presiden Snow melawat Katniss di rumahnya. Kedua-dua mereka membuat perjanjian untuk tidak menipu satu sama lain dan Snow menjelaskan bahawa tindakannya dalam Permainan itu telah merangsang pemberontakan di seluruh daerah. Dia menyuruh Katniss untuk menggunakan lawatan pemenang akan datang untuk meyakinkannya bahawa tindakannya dalam Permainan itu adalah kerana perasaan cinta sebenar terhadap Peeta dan bukannya sebagai satu tentangan terhadap Capitol. Jika tidak, orang yang disayangi Katniss akan dibunuh. Snow menujukkannya klip dimana Gale menciumnya sebagai satu amaran bahawa mereka sedang memerhatinya.

Ketika lawatan bermula, Haymitch Abernathy, mentor Katniss dan Peeta memberi amaran kepada mereka bahawa "lakonan" hubungan mereka mesti berterusan sepanjang hayat mereka. Katniss mencadangkan pertunangan terbuka diantara dirinya dan Peeta yang berlangsung di rumah agam Snow di Capitol.

Kembali di rumah, Katniss memberi amaran kepada Gale Hawthorne tentang ancaman Snow untuk membunuh kedua-dua keluarga mereka. Penjaga keamanan melumpuhkan Daerah 12 dan Gale disebat di tempat awam selepas menyerang Ketua Penjaga Keamanan baru, Romulus Thread yang bertindak menendang salah seorang wanita tua di Daerah 12 tersebut. Snow mengumumkan bahawa Hunger Games ke-75 akan datang, Quarter Quell ketiga akan menampilkan tribute-tribute yang dipilih daripada pemenang sebelumnya. Katniss segera menumpukan dirinya untuk memastikan Peeta selamat dan merekrut bantuan Haymitch untuk berbuat demikian. Ketika pemilihan, Effie Trinket mencabut nama Katniss dan Haymitch tetapi Peeta dengan segera menawarkan diri untuk menggantikan Haymitch.

Ketika membuat persediaan, Haymitch mendedahkan bahawa kesemua tribute marah kerana dikembalikan dalam Permainan itu dan menasihatkan Katniss untuk membuat sekutu. Dalam temubual sebelum Permainan, Katniss memakai gaun pengantin seperti yang diarahkan oleh Presiden Snow tetapi jurugayanya, Cinna mengubah suainya menjadi mockingjay. Peeta mengumumkan bahawa dia dan Katniss secara rahsianya telah berkahwin dan menjangkakan kelahiran bayi, menyebabkan kemarahan dan penonton Capitol mula menjerit meminta Permainan ini dihentikan tetapi tidak berjaya. Sebelum Katniss memasuki arena, Cinna dipukul dengan teruk sehingga mati oleh Penjaga Keamanan sebagai hukuman terhadap pakaian yang diubah suai itu dan mengheretnya dihadapan Katniss yang hanya boleh melihat tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Di dalam Permainan, Katniss bersekutu dengan Finnick Odair dan Mags dari Daerah 4. Peeta terlanggar medan daya menyebabkan jantungnya berhenti berdegup sebelum diselamatkan oleh Finnick. Seharian mereka kehausan, tak lama kemudian bantuan ( sejenis paip yang hanya diletakkan/dicucukkan pada pokok kemudiannya mengeluarkan air yang bersih ) tiba daripada Haymitch. Finnick menawarkan diri untuk berjaga namun Katniss menolaknya kerana tidak percaya akan Finnick kemudiannya Katniss menawarkan diri untuk berjaga sepanjang malam. Ketika Katniss berjaga, dia terperasan akan kabut tanpa menyedari kabut itu beracun. Setelah terkena kabut itu, Katniss dan kumpulannya melarikan diri dan Mags mengorbankan dirinya untuk mengelakkan daripada memperlahankan mereka( kerana keadaan Mags yang tua perlu didukung oleh Finnick ). Ketika diserang oleh mandril, Peeta diselamatkan tribute dari Daerah 6 yang mengorbankan diri untuk menyelamatkannya. Kumpulan ini melarikan diri ke pantai dan terjumpa Tribute Daerah 3, Wiress dan Beetee serta Tribute Daerah 7, Johanna Mason. Wiress mendapati bahawa arena itu direka seperti sebuah jam dengan bahaya tetap setiap jam tetapi dibunuh tidak lama selepas itu oleh Cashmere dan Gloss dari Daerah 1. Mereka kemudiannya dibunuh oleh Johanna dan Katniss.

Beetee mencadangkan untuk menggunakan salah satu daripada bahaya itu, sebatang pokok yang dipanah kilat setiap 12 jam dan segulung wayar untuk merenjat tribute-tribute yang lain. Kumpulan itu berpecah untuk memasang perangkap tetapi ketika berseorangan, Johanna tiba-tiba memukul kepala Katniss dan mengeluarkan pengesan dari lengannya. Katniss kembali ke pokok itu dan menjumpai Beetee yang tidak sedarkan diri bersama wayar dari pokok terikat untuk dijadikan lembing sementara. Gagal untuk mencari Peeta, Katniss hampir menyerang Finnick tetapi Finnick mengingatkanya untuk ingat siapa musuh yang sebenarnya seperti yang dinasihatkan Haymitch sebelum Permainan. Katniss menyambung wayar di anak panah dan memanahnya ke arah medan daya ketika kilat menyambar, menyebabkan kegagalan kuasa yang menjatuhkan medan daya arena itu termasuk sistem pengawasan Capitol.

Katniss terjaga di dalam sebuah pesawat dan menjumpai Haymitch, Beetee, Finnick dan Plutarch Heavensbee, ketua Gamemaker yang didedahkan merupakan seorang pemberontak terhadap Snow. Dia memberitahunya mereka sedang menuju ke Daerah 13, ibu pejabat pemberontakan dan separuh daripada tribute mengetahui rancangan untuk melarikan diri bersama Katniss, yang menjadi simbol pemberontakan yang semakin meningkat. Mereka gagal untuk menyelamatkan Peeta dan Johanna. Katniss yang marah akan Haymitch kerana tidak menyelamatkan Peeta sebaliknya menyelamatkan dirinya disuntik ubat pelali selepas menyerang Haymitch. Dia terjaga dengan Gale disisinya yang meyakinkan Katniss bahawa keluarganya terselamat tetapi memberitahu bahawa Daerah 12 telah dimusnahkan oleh Capitol

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Pra-pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Lionsgate mengumumkan bahawa adaptasi filem Catching Fire akan ditayangkan dengan nama The Hunger Games: Catching Fire pada 22 November 2013,[5] sebagai sekuel kepada adaptasi filem The Hunger Games dimana fotografi utama mengambil tempat pada bulan September 2012. Simon Beaufoy dilantik untuk menulis skrip filem ini dan menulis dua draf[6] sebelum meninggalkan projek ini selepas Gary Ross, pengarah The Hunger Games memutuskan untuk tidak mengarah filem sekuel. Tarikh penggambaran diselaraskan diantara Lionsgate and 20th Century Fox untuk membolehkan Jennifer Lawrence menjalani penggambaran X-Men: Days of Future Past pada bulan Januari 2013.[7]

Pada 10 April 2012, ia telah diumumkan bahawa Gary Ross, pengarah The Hunger Games tidak akan kembali kerana jadual ketat.[8] Bennett Miller, Joe Cornish, Francis Lawrence dan Juan Antonio Bayona dipertimbangkan untuk mengarah filem baru ini.[9] Pada 19 April 2012, ia telah diumumkan bahawa Francis Lawrence telah ditawarkan jawatan pengarah untuk filem ini. Menurut beberapa sumber, adaptasi ini perlu selesai penggambaran menjelang bulan Disember 2012 untuk memastikan jadual Jennifer Lawrence tidak terganggu.[10] Apabila X-Men: Days of Future Past kehilangan pengarah asal mereka[11] dan penggambaran untuk filem ini ditangguhkan sehingga bulan April 2013,[12] Jennifer Lawrence tidak lagi perlu menjalani penggambaran pada bulan Januari 2013 dan tarikh penggambaran untuk The Hunger Games: Catching Fire dipanjangkan sehingga bulan Mac (termasuk beberapa rehat kerana cuti perayaan dan musim anugerah).[13] Lionsgate secara rasminya mengumumkan Francis Lawrence sebagai pengarah Catching Fire pada 3 Mei 2012.[14] Dua hari kemudian, ia telah dilaporkan bahawa Michael Arndt (Toy Story 3, Little Miss Sunshine) berada dalam perbincangan untuk menulis semula skrip Catching Fire.[15] Pada 24 Mei 2012, filem ini dinamakan semula sebagai The Hunger Games: Catching Fire[16] dan Arndt telah disahkan sebagai penulis baru skrip.[17]

Pemilihan pelakon[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Julai 2012, ia telah diumumkan bahawa Jena Malone akan melakonkan watak Johanna Mason,[18] Amanda Plummer sebagai Wiress dan Philip Seymour Hoffman sebagai Plutarch Heavensbee.[19] Pada bukan Ogos 2012, ia telah diumumkan Lynn Cohen telah dipilih untuk watak Mags.[20] Alan Ritchson telah dipilih untuk watak Gloss pada 9 Ogos,[21] Sam Claflin sebagai Finnick Odair pada 22 Ogos[22] dan Jeffrey Wright sebagai Beetee pada 7 September.[23]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Lawrence, Hutcherson dan Hemsworth sekali lagi mewarnakan rambut mereka untuk filem ini. Lawrence kembali menjalani latihan memanah manakala pelakon pembantu menjalani latihan untuk babak arena.[24]

Produksi secara rasminya bermula pada 10 September 2012 dan penggambaran seleasi untuk beberapa pelakon pada 21 Disember 2012.[25] Selepas rehat Krismas, penggambaran disambung kembali selama dua minggu semasa pertengahan bulan Januari untuk beberapa pelakon utama[26] dan ditangguhkan seketika untuk musim anugerah. Fotografi utama bersambung kembali dan selesai pada bulan Mac 2013.[27] Penggambaran pada mulanya mengambil tempat di Atlanta, Georgia dan kemudiannya berpindah ke Hawaii untuk penggambaran babak arena.[28] Jennifer Lawrence mengesahkan bahawa beliau akan terbang ke Hawaii pada 25 Februari, sehari selepas beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-85 untuk penggambaran 9 hari terakhir bersama-sama Claflin dan Hutcherson.

Pada lewat bulan Mac, penggambaran mengambil tempat di Universal Studios.[29] Penggambaran semula dijadualkan pada 13 April di Atlanta. Penggambaran juga mengambil tempat di Goat Farm Arts Center.[30][31]

Francis Lawrence telah menganggarkan satu jam filem ini akan menumpukan babak arena.[32]

Kostum[sunting | sunting sumber]

Sarah Burton, pengarah kreatif di Alexander McQueen memberikan koleksi McQueen kepada pereka kostum, Trish Summerville.[33] Summerville bekerjasama dengan pereka Indonesia, Tex Saverio ketika mereka gaun pengantin Katniss untuk temubual Quarter Quell.[34]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Penyanyi British, Ed Sheeran merekodkan tiga lagu untuk runut bunyi tetapi Lionsgate menolak tawaran itu.[35] Pada 14 Mei 2013, Alexandra Patsavas telah disenaraikan dalam kredit sebagai penyelia muzik, menggantikan T Bone Burnett dari filem pertama. Coldplay diumumkan sebagai artis pertama yang akan ditampilkan dalam album runut bunyi Catching Fire dengan lagu "Atlas" yang dikeluarkan pada 6 September 2013.[36] Christina Aguilera mengumumkan bahawa lagunya, "We Remain" akan menjadi sebahagian daripada album runut bunyi filem ini.[37] Artis-arits lain yang ditampilkan dalam album termasuk Of Monsters and Men dengan lagu "Silhouettes", Sia feat. The Weeknd & Diplo dengan lagu "Elastic Heart", The National dengan lagu "Lean", The Weeknd dengan lagu "Devil May Cry", Imagine Dragons dengan lagu "Who We Are", Lorde dengan lagu "Everybody Wants to Rule the World", The Lumineers dengan lagu "Gale Song", Ellie Goulding dengan lagu "Mirror", Patti Smith dengan lagu "Capitol Letter", Santigold dengan lagu "Shooting Arrows at the Sky", Mikky Ekko dengan lagu "Place for Us", Phantogram dengan lagu "Lights" dan Antony and the Johnsons dengan lagu "Angel on Fire".[38]

Skor muzik[sunting | sunting sumber]

The Hunger Games: Catching Fire Original Motion Picture Score
Skor filem oleh James Newton Howard
Dikeluarkan pada25 November 2013
GenreRunut bunyi
SyarikatUniversal Republic
Kronologi James Newton Howard
The Hunger Games: Original Motion Picture Score The Hunger Games: Catching Fire Original Motion Picture Score The Hunger Games: Mockingjay - Part 1 Original Motion Picture Score

Pada bulan Oktober 2012, James Newton Howard mengesahkan bahawa beliau akan kembali untuk mencipta skor muzik filem ini.[39] Album skor muzik dikeluarkan pada 25 November 2013. Kesemua lagu ditulis dan dicipta oleh James Newton Howard kecuali "We're a Team" (ditulis oleh ahli band Coldplay: Guy Berryman, Jonny Buckland, Will Champion dan Chris Martin.) [40]

No. Tajuk Masa
1. "Katniss"   1:42
2. "I Had to Do That"   2:22
3. "We Have Visitors"   3:01
4. "Just Friends"   1:29
5. "Mockingjay Graffiti"   1:44
6. "The Tour"   5:56
7. "Daffodil Waltz"   0:26
8. "Waltz in A (Op. 39, No. 15)"   0:43
9. "Fireworks"   3:05
10. "Horn of Plenty"   0:36
11. "Peacekeepers"   5:55
12. "Prim"   2:08
13. "A Quarter Quell"   2:05
14. "Katniss is Chosen"   3:18
15. "Introducing the Tributes"   1:29
16. "There's Always a Flaw"   1:48
17. "Bow and Arrow"   1:07
18. "We're a Team"   1:52
19. "Let's Start"   2:02
20. "The Games Begin"   4:43
21. "Peeta's Heart Stops"   2:10
22. "Treetops"   1:22
23. "The Fog"   4:58
24. "Monkey Mutts"   4:44
25. "Jabberjays"   1:33
26. "I Need You"   3:57
27. "Broken Wire"   3:53
28. "Arena Crumbles"   1:43
29. "Good Morning Sweetheart"   3:07
Jumlah masa:
1:14:58

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]

The Hunger Games: Catching Fire menerima ulasan positif daripada pengkritik. Laman web Rotten Tomatoes memberikan filem ini rating 89% berdasarkan ulasan dari 253 pengkritik profesional dengan purata rating 7.6/10.[41] Ia merupakan filem sains fiksyen/fantasi dengan rating tertinggi tahun itu di laman web tersebut.[42] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 76 (menunjukkan "ulasan umumnya menggalakkan") berdasarkan 49 ulasan.[43] Menurut undian yang dijalankan oleh CinemaScore, purata gred yang diberikan penoton untuk filem ini adalah A berdasarkan skala A+ ke F.[44]

Box office[sunting | sunting sumber]

The Hunger Games: Catching Fire mengutip $424,668,047 di Amerika Utara dan $440,343,699 di negara-negara lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $865,011,746.[2] Di peringkat antarabangsa, ia merupakan filem dengan kutipan ke-41 tertinggi sepanjang zaman, filem dengan kutipan tertinggi dalam siri The Hunger Games,[45] filem dengan kutipan tertinggi diedarkan oleh Lionsgate dan filem dengan kutipan kelima tertinggi pada tahun 2013.[46]

Di luar Amerika Utara, ia merupakan filem dengan kutipan tertinggi dalam siri The Hunger Games.[45] Negara dengan kutipan tertinggi adalah United Kingdom, Ireland dan Malta ($55.5 juta), Jerman ($43.4 juta) dan Australia ($34.3 juta).[47]

Sekuel[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Julai 2012, Lionsgate mengumumkan bahawa dua filem berdasarkan buku terakhir trilogi The Hunger Games, Mockingjay akan ditayangkan. Filem pertama, The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 ditayangkan pada 21 November 2014 manakala filem kedua, The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 ditayangkan pada 20 November 2015.[48] Fotografi utama untuk kedua-dua bahagian filem bermula pada 23 September 2013 di Atlanta dan selesai pada 20 Jun 2014 di Berlin, Jerman.[49][50]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Hunger Games: Catching Fire (12A)". Lions Gate UK. British Board of Film Classification. 5 November 2013. Dicapai 5 November 2013. 
  2. ^ a b c "The Hunger Games: Catching Fire". Box Office Mojo. Dicapai 13 Ogos 2014. 
  3. ^ "'Hunger Games': Can 'Catching Fire' Burn Brighter Than the Original?". Variety. 29 Oktober 2013. Dicapai 13 November 2013. cost about $140 million 
  4. ^ Ryan Faughnder (November 21, 2013). "'Hunger Games' sequel to catch fire in box-office debut". Los Angeles Times. budget of about $130 million 
  5. ^ Weinstein, Joshua L (8 Ogos 2011). "The Hunger Games Sequel Set for 2013 Release". The Wrap. Dicapai 15 Ogos 2011. 
  6. ^ Orzeck, Kurt (16 Januari 2012). "Simon Beaufoy Working on Script for 'Hunger Games' Sequel". TheWrap.com. Dicapai 29 Januari 2013. 
  7. ^ "'X-Men' Sequel to Shoot in January, Avoiding Conflict for 'Hunger Games' Star Jennifer Lawrence". Hollywood Reporter. 5 April 2012. Dicapai 16 April 2012. 
  8. ^ Rome, Emily. "Gary Ross will not direct second 'Hunger Games' installment 'Catching Fire'". Inside Movies (blog). EW.com. Dicapai 20 September 2012. 
  9. ^ Fleming, Mike. "Lionsgate Getting Close On 'Catching Fire' Director". Deadline.com. Dicapai 29 Januari 2013. 
  10. ^ Rome, Emily. "Francis Lawrence offered 'Catching Fire' director gig". Inside Movies (blog). EW.com. Dicapai 20 September 2012. 
  11. ^ Trumbore, Dave (25 Oktober 2012). "Matthew Vaughn Out as Director of X-MEN: FIRST CLASS Sequel, X-MEN: DAYS OF FUTURE PAST; Bryan Singer May Replace Him". Collider. Dicapai 24 Mac 2013. 
  12. ^ Wigler, Josh (9 November 2012). "'X-Men: Days Of Future Past′ Shoots In April 2013". MTV Splash Page. Dicapai 5 April 2013. 
  13. ^ "Jen looks forward to X-Men reunion". Belfast Telegraph. 10 Januari 2013. Dicapai 5 April 2013. "We're kind of on a little break, we'll go back and finish principal photography in March sometime I think," she said. 
  14. ^ Staskiewicz, Keith (3 Mei 2012). "Francis Lawrence confirmed as 'Catching Fire' director". Entertainment Weekly. Dicapai 3 Mei 2012. 
  15. ^ Kit, Borys (5 Mei 2012). "Michael Arndt in Talks to Re-Write 'Hunger Games' Sequel 'Catching Fire' (Exclusive)". Hollywood Reporter. Dicapai 6 Mei 2012. 
  16. ^ Busis, Hillary (24 Mei 2012). "Update your calendars: Lionsgate renames 'Catching Fire'". Entertainment Weekly. Dicapai 24 Mei 2012. 
  17. ^ "Hunger Games Sequel Officially Titled The Hunger Games: Catching Fire". comingsoon.net. 24 Mei 2012. Dicapai 10 November 2012. 
  18. ^ Kit, Borys. "Jena Malone Chosen as Tribute for 'Catching Fire' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. The Hollywood Reporter. Dicapai 10 Julai 2012. 
  19. ^ Cornet, Roth. "Philip Seymour Hoffman Cast As Plutarch Heavensbee in The Hunger Games: Catching Fire". AMC Theatres. Dicapai 9 Julai 2012. 
  20. ^ Games, Hunger. "Lynn Cohen Hunger Games". Facebook. Dicapai 2 Ogos 2012. 
  21. ^ Adly MacKenzie, Carina (9 Ogos 2012). "'Smallville's' Alan Ritchson joins 'The Hunger Games: Catching Fire' as Gloss". Zap2it. Dicapai 9 Ogos 2012. 
  22. ^ Wigler, Josh. "'Catching Fire' Casts Sam Claflin As Finnick". Dicapai 27 Ogos 2012. 
  23. ^ Sperling, Lindsay (7 September 2012). "Jeffrey Wright Will Play Beetee In The Hunger Games: Catching Fire". WeGotThisCovered.com. Dicapai 20 September 2012. 
  24. ^ Lawrence, Francis. "How Did Jennifer Lawrence and Sam Claflin Get Ready for The Hunger Games: Catching Fire?". Quora. The Slate Group. Dicapai 3 Januari 2014. 
  25. ^ Vary, Adam B. "'The Hunger Games: Catching Fire' begins shooting in Georgia, before moving to Hawaii". Dicapai 10 September 2012. 
  26. ^ "Video: Jennifer Lawrence Says 'A Little Over a Week Left' on Catching Fire". The Hob. 11 Januari 2013. Dicapai 29 Januari 2013. 
  27. ^ "Jennifer Lawrence looks forward to 'X-Men Days of Future Past' says 'great to see everyone'". The Global Dispatch. Dicapai 29 Januari 2013. 
  28. ^ McAllister, Cameron. "'The Hunger Games: Catching Fire' officially begins production in Georgia". Dicapai 10 September 2012. 
  29. ^ "Exclusive: Where Did Catching Fire Film in L.A.?". Welcome to District 12. 1 April 2013. Dicapai 2 Mei 2013. 
  30. ^ "Weekend Filming Locations including information for Blue Bloods in NYC and Catching Fire in Atlanta". On Location Vacations. 13 April 2013. Dicapai 2 Mei 2013. 
  31. ^ "Francis Lawrence Confirms Filming for Catching Fire has Wrapped". Mockingjay.net. 20 April 2013. Dicapai 2 Mei 2013. 
  32. ^ "Francis Lawrence Estimates an Hour of Arena in 'Catching Fire'". Mockingjay.net. 1 Ogos 2013. Dicapai 18 Ogos 2013. 
  33. ^ Snead, Elizabeth. "'Hunger Games: Catching Fire' Gowns Resemble Alexander McQueen Designs". The Hollywood Reporter. The Hollywood Reporter. Dicapai 16 Oktober 2013. 
  34. ^ Vince, Jessica (10 Mac 2013). "Meet Tex Saverio - The Designer Behind Katniss's Wedding Dress In The Hunger Games". daily.co.uk. Dicapai 2 Januari 2014. 
  35. ^ "Click 98.9 Brad Interviews Ed Sheeran". YouTube. 
  36. ^ "'Coldplay Confirmed for Catching Fire Soundtrack'". New song, Atlas, for The Hunger Games: Catching Fire soundtrack. 9 Ogos 2013. Dicapai 14 Ogos 2013. 
  37. ^ "Christina Aguilera Reveals 'Catching Fire' Song". The Hollywood Reporter. 
  38. ^ "The Hunger Games: Catching Fire' Soundtrack Goes Global, as Lionsgate and Republic Records Add Local All-Star Artists for Albums Sold in Select International Territories". Lionsgate. Dicapai 16 Oktober 2013. 
  39. ^ "James Newton Howard to Return for 'The Hunger Games: Catching Fire'". Film Music Reporter. 23 Oktober 2012. Dicapai 23 Oktober 2012. 
  40. ^ "Coldplay written "Atlas" and "We're a Team" for The Hunger Games". 
  41. ^ "The Hunger Games: Catching Fire". Flixster / Rotten Tomatoes. Dicapai November 21, 2015. 
  42. ^ "The 15th Annual Golden Tomato Awards". Rotten Tomatoes. Dicapai 14 Januari 2013. 
  43. ^ "The Hunger Games: Catching Fire Reviews". Metacritic / CBS Interactive. Dicapai 21 November 2015. 
  44. ^ Gelt, Jessica (1 Disember 2013). "'Frozen,' 'Catching Fire' set Thanksgiving-weekend records". Los Angeles Times. Dicapai 1 Disember 2013. 
  45. ^ a b "The Hunger Games Movies at the Box Office". Box Office Mojo. Dicapai 17 Januari 2014. 
  46. ^ "2013 WORLDWIDE GROSSES". Box Office Mojo. Dicapai 17 Januari 2014. 
  47. ^ "The Hunger Games: Catching Fire (2013) - International Box Office Results". Box Office Mojo. Dicapai 17 Januari 2013. 
  48. ^ "The Two-Part 'Hunger Games' Finale 'Mockingjay' Sets Release Dates". movies.com. 10 Julai 2012. Dicapai 11 Julai 2012. 
  49. ^ "'Mockingjay' Movie Starts Filming In Atlanta; Jennifer Lawrence, Liam Hemsworth Spotted On 'The Hunger Games' Set". ibtimes.com. 24 September 2013. Dicapai 25 September 2013. 
  50. ^ "'The Hunger Games' series finishes filming, producer tweets touching photo". hypable.com. 20 Jun 2014. Dicapai 23 Jun 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]