Linith Testarossa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Linith Testarossa
Watak Magical Girl Lyrical Nanoha
Kemunculan pertama

Magical Girl Lyrical Nanoha
Profil
Dunia asal

Garden of Time / Taman Waktu
Master Linith ialah

Precia Testarossa
Merupakan guru kepada

Fate testarossa
Informasi
Magic system

Sistem Mid Childa
Bidang kekuasaan

Menghasilkan senjata/Device

Rinis @ (リニス Rinisu?) dan telah diromanized sebagai Linith ialah watak fiksyen dalam siri animasi Magical Girl Lyrical Nanoha yang ditayangkan di ntv7 pada tahun 2007 di Malaysia. Siri animasi ini terbahagi kepada 5 musim iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha, Magical Girl Lyrical Nanoha A's, Magical Girl Lyrical Nanoha Strikers, Magical Girl Lyrical Nanoha Vivid dan Magical Chronicle Lyrical Nanoha Force. Pada musim pertama, Linith ialah seorang Familiar @ Haiwan penjaga dari Garden Of Time @ Taman Waktu, yang ditugaskan untuk mengawasi Fate testarossa. Dalam melaksanakan tugasnya, Linith melakukannya dengan begitu baik sekali sehinggakan dirinya amat menyayangi Fate seperti anaknya sendiri.

Personaliti Linith[sunting | sunting sumber]

Linith merupakan makhluk jadian iaitu tubuhnya terbahagi kepada separuh manusia dan seekor kucing. Linith merupakan penjaga Mountain Cat yang baik hati. Tugasnya ialah mendidik Fate medalami Ilmu Sihir. Linith juga menyayangi Fate seperti anaknya sendiri, malah Linith cemburu kepada Precia kerana Precia merupakan ibu kepada Fate. Linith amat bersyukur kerana berpeluang mengenali Fate dan mendidik Fate. Linith seorang yang sangat berani. Hanya dia sahaja yang berani menentang arahan Precia sekiranya Precia berlaku kejam ke atas Fate. Linith juga berjaya menyedarkan Precia daripada penyakit gila yang dialaminya buat sementara.

Linith di musim pertama[sunting | sunting sumber]

Linith muncul dalam Magical Girl Lyrical Nanoha hanya dalam ingatan Fate sahaja. Linith ialah seekor kucing daripada gunung Mid Childa. Dia selalu memerhatikan Fate, ketika Fate melakukan latihan untuk menguji kuasa sihirnya bersama Bardiche. Tiada rujukan mengatakan bagaimana Linith boleh menjadi Familiar bagi Precia Testarossa. Linith pada awalnya menentang Fate untuk mencipta Arf, tapi mengalah setelah Fate berkeras, dan Linith juga membantu melatih Arf. Setelah latihan Fate dan Bardiche selesai, Linith akan kembali ke bentuk asal, iaitu bentuk seekor kucing.

Linith di musim kedua[sunting | sunting sumber]

Linith muncul lagi di urutan mimpi Fate di akhir Magical Girl Lyrical Nanoha A's, ketika Fate terperangkap dalam Book Of Darkness @ Buku Kezaliman. Linith, Alecia, Precia, Arf dan Fate hidup bahagia dalam mimpi itu. Fate akhirnya sedar bahawa itu hanyalah mimpi, dan Fate memecahkan sumpahan Buku Kezaliman dan berjaya keluar dari mimpi indah itu. Linith tidak muncul di musim seterusnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Tontonan langsung dari ntv7 dan rujukan dari Wikipedia bahasa Inggeris