Lockheed Martin Aeronautics

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lockheed Martin Aeronautics Company adalah sebuah unit utama bagi firma Lockheed Martin yang beribu pejabat di Fort Worth, Texas.

Lockheed Martin Aeronautics juga berpangkalan di Marietta, Georgia dan Palmdale, California. Palmdale juga merupakan pejabat bagi Advanced Development Programs (ADP), yang juga dikenali sebagai "Skunk Works". Pelbagai sub-pemasangan dikeluarkan di lokasi-lokasi seperti di Florida, Mississippi, Pennsylvania dan West Virginia.

Syarikat ini memiliki sejarah yang panjang bersama bekas firma Lockheed dan Martin Marietta. Meskipun penubuhan Lockheed Martin pada 1995 berdasarkan penggabungan sama rata, sumbangan terbesar ke atas Lockheed Martin Aeronautics bersumberkan produk-produk dari Lockheed. Ini termasuklah pesawat-pesawat pengangkut seperti C-5, C-130 dan C-141 serta F-2, F-16 (dibeli daripada General Dynamics), F-117, F-22 dan F-35 Lightning II.

Projek terpenting firma Lockheed Martin Aeronautics setakat ini adalah F-35 Lightning II (JSF). Dengan nilai potensi sebanyak AS$ 200 bilion, pesanan awal pesawat sejumlah kira-kira 3,000 buah tidak termasuk pesanan hampir pasti bagi pasaran eksport. Pesawat penguasaan udara, F-22, walaupun kecil dari segi jumlah pesanan, masih memberi kepentingan kepada Lockheed Martin (dan Boeing).

Lockheed Martin Aeronautics memiliki pendapatan melebihi sedikit AS$ 1 bilion dan memiliki seramai 27,000 pekerja pada 2003.

Produk[sunting | sunting sumber]

  • C-130 Hercules
    Pertama kali dibangunkan oleh Lockheed Corporation pada 1950-an, pesawat Hercules masih lagi dikeluarkan sehingga kini dengan model C-130J. Pesawat ini dikeluarkan di kemudahan milik Lockheed Martin di Marietta, Georgia.
  • C-141 StarLifter
    Pertama kali diterbangkan pada 1963, Starlifter merupakan sebuah pesawat pengangkut udara strategik. C-141 juga dikeluarkan di Marietta.
  • C-5 Galaxy
    C-5 merupakan pesawat pengangkut udara strategik terbesar dalam inventori Tentera Udara Amerika Syarikat. Galaxy dikeluarkan di Marietta dan di sini juga program pemodenan ke atas sistem avionik dan enjin dilakukan.
  • F-117 Nighthawk
    Pesawat halimunan, F-117 merupakan hasil usaha Skunk Works. Membuat penerbangan sulung pada 1981, pesawat ini telah dihentikan khidmatnya bagi memberi laluan kepada F-22.
  • F-16 Fighting Falcon
    F-16 telah membuat penerbangan sulung pada Disember 1976, pada mulanya dibangunkan dan dikeluarkan oleh General Dynamics. Pada 1993, Lockheed Corporation membeli divisyen General Dynamic di Fort Worth, iaitu pengeluar pesawat F-16.
  • F-22 Raptor
    Merupakan sebuah pesawat penguasaan udara termaju, F-22 dikagumi di atas prestasi yang menakjubkannya.
  • S-3 Viking
    Selain berperanan sebagai pesawat anti-kapal selam untuk Tentera Laut A.S, Viking juga menyediakan pengawasan permukaan kepada kapal pengangkut pesawat.
  • T-50 Golden Eagle
    T-50 merupakan sebuah pesawat latihan jet lanjut yang dikeluarkan dengan kerjasama di antara Lockheed Martin dan Korea Aerospace Industries (KAI). Dua syarikat ini kemudian menubuhkan T-50 International Company bagi memasarkan pesawat ini di pasaran eksport.
  • U-2
    U-2 adalah sebuah pesawat pengintip altitud tinggi satu tempat duduk dan berenjin tunggal, pertama kali membuat penerbangan pada tahun 1955.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]