T-50 Golden Eagle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
T-50 Golden Eagle
Sebuah FA-50 ,ilik Tentera Udara Republik Korea membawa peluru berpandu udara ke udara AIM-9
Peranan T-50: Pesawat latihan
TA-50: Pesawat latihan lanjut
FA-50 Blok 10: Pesawat pejuang serang ringan
FA-50 Blok 20: Pesawat pejuang serang ringan multirole
National origin Korea Selatan / Amerika Syarikat
Pengeluar Korea Aerospace Industries / Lockheed Martin
Penerbangan sulung 20 Ogos 2002[1]
Pengenalan 22 Februari 2005[2]
Status Dalam perkhidmatan
Pengguna utamas Tentera Udara Republik Korea
Tentera Udara Indonesia
Tentera Udara Filipina
Tentera Udara Iraq
Dikeluarkan 2001–kini
Jumlah dibina 200[3]

T-50 Golden Eagle (골든이글) (Bahasa Melayu : Helang Emas) adalah pesawat latihan supersonik hasil kerjasama Amerika Syarikat-Korea Selatan untuk awal kurun ke-21. Ia dibangunkan oleh Industri Aeroangkasa Korea dengan kerjasama Lockheed Martin [4] Program ini termasuk pembangunan pesawat A-50, atau T-50 LIFT, sebagai versi pesawat serangan ringan.

Walaupun pada masa ini tentera A.S tidak mempunyai sebarang rancangan untuk memperoleh pesawat ini, nama pengenalan rasmi T-50A MDS telah diberi kepada pesawat Golden Eagle, oleh sebab yang demikian nama pengenalan ini tidak akan merujuk pada model pesawat lain.[5]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Program T/A-50 adalah satu program untuk mengantikan pelbagai pesawat latihan dan serangan ringan. Ini termasuk pesawat T-38 dan F-5B yang digunakan sebagai pesawat latihan dan pesawat sokongan udara dekat Cessna A-37B; yang sedang berada dalam perkhidmatan dengan Tentera Udara Korea Selatan. Program ini pada asalnya bertujuan untuk membangunkan pesawat latihan asli yang berkemampuan untuk terbang pada kelajuan supersonik sebagai latihan dan persediaan kepada para juruterbang sebelum bersedia untuk menerbangkan pesawat KF-16.[6] Pesawat T-50 telah menjadikan Korea Selatan sebagai negara ke-12 yang berjaya mengeluarkan pesawat jet pejuang yang lengkap.[7] Beberapa pesawat Korea Selatan termasuk pesawat latihan asas pacuan-kipas KT-1 yang dikeluarkan oleh Samsung Aerospace (sekarang sebahagian daripada KAI), dan pesawat KF-16 yang diberi lesen pengeluaran. Kebanyakan sistem utama dan teknologi disumbangkan oleh Lockheed Martin, bagaimanapun, secara umum pesawat T/A-50 dikatakan mirip akan konfigurasi pesawat KF-16.

Pembangunan pesawat ini telah dibiayai oleh Lockheed Martin sebanyak 13%, 17% oleh Korea Aerospace Industries, dan 70% oleh kerajaan Korea Selatan.[8] KAI dan Lockheed Martin pada masa ini sedang menjalankan program pemasaran bersama untuk pelbagai variasi pesawat T-50 di peringkat antarabangsa.

Program induk, diberi kod KTX-2, bermula pada tahun 1992, akan tetapi Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengantung program KTX-2 pada tahun 1995 disebabkan oleh masalah kewangan. [9] Pembangunan awal reka bentuk bermula pada tahun 1999. KTX-2 telah dinamakan semula sebagai T-50 Golden Eagle pada Februari 2000, dengan pemasangan akhir pada pesawat pertama T-50 bermula pada 15 Januari, 2001. Penerbangan sulong pesawat T-50 dilakukan pada bulan Ogos 2002, dan penilaian operasi awal dilakukan daripada28 Julai hingga 14 Ogos, 2003. Tentera Udara Korea Selatan telah menganugerahkan kontrak pengeluaran T-50 sebanyak 25 buah pesawat pada Disember 2003, dengan penghantaran pesawat dijangka antara tahun 2005 hingga 2009.

Versi lain bagi pesawat T-50 Golden Eagle adalah pesawat serangan ringan A-50, dan pesawat yang lebih maju iaitu FA-50. Pesawat versi A-50 adalah versi yang dilengkapi dengan persenjataan untuk pesawat T-50 yang bertindak sebagai pelantar stabil untuk senjata jatuhan bebas dan panduan tepat. Pesawat FA-50 adalah pesawat A-50 yang diubahsuai dan dilengkapkan dengan Radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) dan lingkaran data taktikal yang masih belum ditentukan. Diantara sebahagian daripada program persaraan pesawat A-37 yang akan dilengkapkan pada tahun 2015, 60 buah pesawat A-50 akan mula berkhidmat untuk Tentera Udara Korea Selatan pada tahun 2011.[10]

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk pesawat T-50 Golden Eagle adalah berasal dari pesawat Lockheed Martin F-16 Fighting Falcon,[11] dan kedua-dua pesawat ini mempunyai persamaan dalam penggunaan secara ekonomi pesawat berenjin tunggal, kelajuan, saiz, kos, dan julat sistem persenjataan. Program ini pada asasnya hanya memfokuskan pada pembangunan jet latihan untuk juruterbang pesawat F-16, sejak kebanyakan tentera udara di dunia, termasuk Tentera Udara Republik Korea, menggunakan pesawat F-16 sebagai unsur utama dalam populasi pesawat pejuang mereka.

Pesawat T-50 dilengkapkan dengan sistem kedudukan global terbenam/sistem penerbangan inersia Honeywell H-764G dan radar altimeter HG9550. Pesawat versi A-50 mengunakan radar APG-67 daripada Lockheed Martin. Pesawat ini adalah merupakan pesawat latihan pertama yang mengunakan kawalan antaramuka digital terbang dengan wayar.[12] Pesawat ini boleh membawa sehingga 2 juruterbang, dipasangkan dengan kanopi yang tinggi dan susunan kerusi secara tandem yang membolehkan juruterbang mempunyai penglihatan yang lebih luas, yang mana ia sangat penting sekiranya ingin mengunci sasaran pesawat musuh. Kokpit pesawat juga dipasang dengan Sistem Pengeluaran Oksigen Diatas Pesawat (OBOGS).

Had ketinggian pesawat ini adalah 48,000 kaki, dan rangka pesawat telah direka untuk bertahan sehingga 8,000 jam-penerbangan. Terdapat 7 tangki bahan api dalaman dengan muatan 2,655 liter, 5 didalam bahagian fiuslaj dan 2 di bahagian sayap. Tambahan bahan api sebanyak 1,710 liter boelh dibawa dengan menggunakan 3 tangki luaran.

Pesawat T-50 Golden Eagle menggunakan enjin tunggal General Electric F404 kipas turbo yang dilengkapi dengan Kawalan Kuasa Penuh Enjin Digital (FADEC). Enjin ini terdiri daripada kipas 3-peringkat, 7 paksi penyusunan peringkat, dan pembakar lanjut. Pesawat ini berupaya untuk mencapai tahap super kruis pada kelajuan Mac 1.05, dan dengan tujuhan maksimum 78.7 kN (17,700 lbs) dengan penggunaan pembakar lanjut. Kelajuan maksimum pesawat ini adalah Mac 1.5.

Sistem persenjataan[sunting | sunting sumber]

Satu meriam 20 mm M61 Vulcan buatan General Dynamics dengan 205 butir peluru suapan lurus tanpa-penyambung boleh dilekapkan secara dalaman dibelakang kokpit. Peluru berpandu penjejak haba AIM-9 Sidewinder pula boleh dipasang pada setiap rel hujung sayap, dan lebih banyak peluru berpandu boleh dibawa dengan menggunakan tenggekan dibawah sayap. Peluru berpandu udara ke permukaan yang bersuaian adalah termasuk peluru berpandu AGM-65 Maverick, pelancar roket LAU-3 dan LAU-68, bom berangkai CBU-58 dan Mk-20, serta bom kegunaan am Mk-82, Mk-83, dan Mk-84. Pesawat ini juga boleh membawa sehingga 3 tangki luaran.

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Sebuah T-50B daripada pasukan aerobatik Black Eagles pada tahun 2012

Republik Korea[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, skuadron pertama dengan pesawat TA-50, versi serangan ringan bagi T-50, mula beroperasi dengan Tentera Udara Republik Korea (ROKAF).[13] Pasukan aerobatik Black Eagles pula menggunakan versi T-50B. Pada tahun 2014, FA-50 diaturgerak secara rasminya dengan ROKAF di mana Presiden Park Geun-hye mengetuai satu upacara dengan demonstrasi penerbangan untuk menunjukan keupayaan pesawat ini. 20 buah pesawat FA-50 membentuk sayap udaranya sendiri. 60 buah pesawat FA-50 telah dipesan oleh ROKAF.[14] Pada 9 Oktober 2014, sebuah FA-50 berjaya melakukan ujian tembakan dengan menggunakan sebuah peluru berpandu AGM-65 Maverick ke atas sasaran statik, iaitu sebuah kapal yang tidak digunakan.[15]

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Versi T-50I untuk Tentera Udara Indonesia

Indonesia telah menimbang T-50, bersama-sama empat buah pesawat lain untuk mengantikan pesawat latihan BAE Systems Hawk Mk 53 dan pesawat serangan OV-10 Bronco.[16] Pada bulan Ogos 2010, Indonesia mengumumkan bahawa T-50, Yak-130 dan L-159 merupakan calon-calon yang masih bersaing bagi membekalkan 16 buah pesawat latihan lanjutnya.[17] Pada Mei 2011, Indonesia telah menandatangani sebuah kontrak untuk memesan 16 buah pesawat T-50 bernilai AS$400 juta.[18] Pesawat ini akan dilengkapi dengan pilon senjata dan meriam, menjadikan ia sebagai sebuah pesawat dengan keupayaan serangan ringan.[19][20] Golden Eagle akan mengantikan pesawat Hawk Mk 53 dalam perkhidmatan Tentera Udara Indonesia.[21] Versi milik Indonesia akan diberi designasi sebagai T-50i. Penghantaran akan bermula pada bulan September 2013.[22] Pasangan terakhir pesawat T-50i telah diserahkan pada bulan Januari 2014.[23]

Iraq[sunting | sunting sumber]

Iraq berunding untuk membeli pesawat latihan T-50, dengan pertama kalinya dengan rasminya dan terbuka menyatakan minat semasa persidangan Iraq-Korea di Seoul pada 24 Februari 2009.[24] Pada April 2010, Iraq membuka semula persaingan pesawat latihan-pejuang lanjut sebanyak 24 buah pesawat, di mana TA-50 turut bertanding.[25] Pada Disember 2013, Iraq memngumumkan telah menandatangani sebuah kontrak bagi membeli 24 buah pesawat FA-50 dengan designasi T-50IQ, dengan peralatan tambahan dan latihan juruterbang untuk 20 tahun akan datang.[26][27] Penghantaran akan bermula pada bulan April 2016, dengan kesemua pesawat akan dihantar dalam tempoh 12 bulan.[28][29]

Filipina[sunting | sunting sumber]

Versi FA-50PH milik Tentera Udara Filipina

Tentera Udara Filipina telah memilih 12 buah pesawat KAI TA-50 bagi memenuhi keperluannya dalam tugas serangan ringan dan pesawat latihan-pejuang lanjut. Jabatan Pertahanan Kebangsaan (DND) telah mengumumkan pemilihan jenis pesawat pada bulan Ogos 2012.[30] Dana untuk 12 buah pesawat telah diluluskan oleh Kongres pada September 2012,[31] tetapi pada akhir bulan Januari 2013, pihak media negara melaporkan bahawa ianya adalah untuk pesawat FA-50, bukannya pesawat TA-50 yang dilaporkan sebelumnya, telah dipilih untuk dibeli.[32]

Pada Oktober 2013, Presiden Aquino mengatakan bahawa DND telah hampir memuktamadkan perjanjian FA-50,[33] dan pada 19 Oktober 2013, Presiden Aquino dan Presiden Park Geun-hye daripada Korea Selatan telah menandatangani sebuah perjanjian persefahaman (MoU) dengan cadangan untuk perolehan ini.[34] Pada 13 Februari 2014, Presiden Aquino meluluskan skim pembayaran untuk membeli 12 buah pesawat latihan-pejuang lanjut dengan bajet bernilai P18.9 bilion ($415.7 juta).[35] Pada 28 Mac 2014, Jabatan Pertahanan Kebangsaan Filipina telah menandatangani sebuah kontrak untuk membeli 12 buah pesawat serangan ringan, FA-50 bernilai P18.9 bilion (AS$421.12 juta).[36][37]

Penghantaran bermula pada November 2015 dan dijangka akan selesai pada akhir 2017.[38][39] Empat buah pesawat FA-50PH pertama yang diserahkan telah dipamerkan pada 1 Disember 2016.[40]

Rancangan untuk melengkapkan 3-4 buah daripada 12 buah pesawat dengan keupayaan pemintasan jarak melangkaui ufuk (BVR).[41] Pada Mac 2015, Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI) melaporkan bahawa Filipina merancang untuk memesan tambahan pesawat FA-50,[42][43] yang mana disokong dengan rancangan penerbangan 2028 oleh Tentera Udara Filipina yang mana menyenaraikan tambahan 12 buah pesawat FA-50 yang dirancang pada masa depan.[44]

Pada 26 Januari 2017, Tentera Udara Filipina telah menggunakan pesawat FA-50PH dalam pertempuran buat pertama kali apabila dua buah pesawat melakukan serangan waktu malam ke atas tempat persembunyian pejuang di wilayah Butig, Lanao del Sur, Mindanao.[45][46]

Thailand[sunting | sunting sumber]

Pada September 2015, kerajaan Thailand telah memilih KAI T-50 untuk pasukan tentera udaranya berbanding pesawat Hongdu L-15 buatan China bagi mengantikan pesawat latihan L-39 Albatros yang telah usang. 4 buah pesawat T-50TH dijangka akan diserahkan pada Mac 2018.[47][48]

Kemungkinan jualan[sunting | sunting sumber]

Tentera Udara Sepanyol berminat dalam satu perjanjian kerjasama dengan Korea Selatan untuk menggunakan pesawat latihan termasuk T-50.[49]

Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencari sebanyak 35–40 buah pesawat latihan-pejuang. Pada bulan Februari 2009, UAE telah memilih M-346 berbanding T-50.[50] Pada bulan Januari 2010, UAE telah membuka semula persaingan untuk pesawat latihan.[51] Pada tahun 2011, ia disahkan bahawa pesawat T-50 masih bersaing dalam perolehan di UAE.[52]

Di A.S., T-50 adalah salah satu pesaing bagi Program T-X dalam Tentera Udara Amerika Syarikat dengan peluang untuk menjual antara 300 hingga 1,000 buah pesawat.[53][54]

Azerbaijan menyatakan minat mereka untuk membeli pesawat latihan T-50.[55]

Brunei menunjukan minat untuk membeli FA-50.[56]

Korea Selatan juga merancang untuk menawarkan FA-50 kepada Colombia dan Peru.[57][58]

Tentera Udara Pakistan menimbang untuk membeli pesawat latihan pejuang lanjut KAI T-50 untuk memberi nafas baru kepada program lathan tentera udaranya.[59]

Vietnam menimbang untuk membeli pesawat pejuang ringan FA-50 daripada A.S dan Korea Selatan.[60]

Taiwan menimbang untuk mengantikan armada pesawat latihan AT-3 dan F-5 dengan 66 buah pesawat latihan lanjut, Tentera Udara Taiwan mengeluarkan satu pemohonanan untuk maklumat (RFI) dan dua buah firma telah menjawab termasuk Lockheed Martin untuk T-50 dan Alenia Aermacchi untuk M-346. Pesawat ini dijangka akan dikeluarkan dengan berlesen di Taiwan bersama-sama dengan firma kongsi tempatan. Nilai keseluruhan kontrak dianggarkan Dolar New Taiwan 69 bilion (AS$2.2 bilion).[61] Walaubagaimanapun, Taiwan memutuskan untuk membina 66 buah pesawat latihan supersonik XT-5 Blue Magpie berdasarkan model pesawat pejuang buatan Taiwan bernilai NT$68.6 bilion di sebalik memilih T-50 atau M-346. [62]

Pesawat ini juga ditawarkan kepada Croatia, yang mana memutuskan untuk mengantikan armada pesawat MiG-21BIS usangnya.[63]

Tentera Udara Argentina sedang menilai FA-50 sebagai sebuah platform baru yang berpotensi.[64]

Bidaan yang gagal[sunting | sunting sumber]

Singapura telah melakukan penilaian ke atas T-50, Alenia Aermacchi M-346 buatan Itali dan BAE Systems Hawk untuk program kontrak perolehan pesawat latihan bernilai AS$500 juta bagi sejumlah 12–16 buah pesawat.[65] Akhirnya pada Julai 2010, Kementerian Pertahanan Singapura telah memilih pesawat M-346 berbanding T-50 dan BAE Hawk.[66]

Israel mula menilai T-50 bagi kemungkinan mengantikan pesawat latihan Douglas TA-4H Skyhawk sejak tahun 2003.[67] Pada 16 Februari 2012, Israel mengumumkan keputusannya untuk membeli 30 buah pesawat M-346.[68][69]

Pada Oktober 2015, A.S. menolak penjualan kepada Uzbekistan sebanyak 12 buah pesawat KAI T-50 berdasarkan enjin dan beberapa sistem avionik buatan A.S.[70][71]

Kelainan[sunting | sunting sumber]

Satu kumpulan TA-50 dipamerkan di pangkalan udara ROKAF

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Peta dengan pengguna T-50 dalam warna biru
 Indonesia
Iraq
 Korea Selatan
 Filipina
  • Tentera Udara Filipina – 12 buah pesawat FA-50PH dipesan[38][82][83] Kesemua 12 buah pesawat telah diserahkan pada 31 Mei 2017.[84] Mengikut laporan pada tahun 2017, Filipina ingin menambah 12 buah pesawat lagi.[85]
 Thailand
  • Tentera Udara Diraja Thai – Sejumlah 12 buah pesawat T-50TH dipesan; 4 buah T-50TH sebagai pesawat latihan lanjut yang akan diserahkan pada Mac 2018.[73] Selain 8 buah T-50TH yang dipesan pada bulan Julai 2017.[86][87]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Turutan

Senarai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Korean Aerospace T-50 Golden Eagle". Flug Revue, 8 July 2004. copy archived 11 June 2008.
  2. ^ First T-50 Golden Eagles Delivered to Korean Air Force; Only Supersonic Trainer in Production Today Diarkibkan 6 Februari 2009 di Wayback Machine. Lockheed Martin, 22 February 2006.
  3. ^ The Political Economy of Change and Continuity in Korea: Twenty Years after the Crisis, Springer (2018), P. 115
  4. ^ http://times.hankooki.com/lpage/nation/200701/kt2007010720311111990.htm Korea dan AS berbincang untuk mengawasi rancangan jualan
  5. ^ http://www.designation-systems.net/usmilav/412015-L(addendum).html#_Note_T50A Nama pengenalan MDS dilaman web Designation-Systems.Net
  6. ^ http://www.defenseindustrydaily.com/2005/04/south-korea-to-show-off-t50-trainer/index.php Defense Industry Daily 04/05, artikel berkenaan T-50
  7. ^ http://news.empas.com/show.tsp/cp_kt/20021030n04111/?kw=wingspan%20%3Cb%3E%26%3C%2Fb%3E Artikel Empas News
  8. ^ http://www.airforce-technology.com/projects/t-50/ Artikel Airforce Technology
  9. ^ http://www.globalsecurity.org/military/world/rok/ktx-2.htm Artikel Global Security berkenaan program KTX-2
  10. ^ http://news.naver.com/news/read.php?mode=LOD&office_id=023&article_id=0000225486&secion_id=001&menu_id=001 국산 공격기‘A-50’ 2011년 실전 배치 - Naver News
  11. ^ http://www.vectorsite.net/avf16_4.html Laman VectorSite: Terbitan pesawat F-16: Ching Kuo / F-2 / Golden Eagle]
  12. ^ http://www.globalsecurity.org/military/world/rok/t-50.htm Ulasan Global Security
  13. ^ "Air Force to deploy 20 TA-50 light attack aircraft by next year".
  14. ^ "The Chosun Ilbo (English Edition): Daily News from Korea – Korea Deploys Home-Grown FA-50 Fighter Jets".
  15. ^ "South Korean KAI FA-50 successfully test-fired an AGM-65 Maverick guided missile".
  16. ^ "Indonesian air force seeks to revive light attack, trainer procurements". Flightglobal.com, 14 January 2010. Retrieved on 26 July 2013.
  17. ^ "Indonesia shortlists T-50 for trainer jet requirement". Koreatimes.co.kr, 9 August 2010. Retrieved on 26 July 2013.
  18. ^ a b "Export T-50 advanced trainer to Indonesia" (Siaran akhbar). Korea Aerospace Industries, LTD. (KAI). 2011-05-25. Dicapai pada 2014-06-20.
  19. ^ "Indonesia Orders 16 T-50s From Korea". Aviation Week
  20. ^ Sung-Ki, Jung. "Indonesia To Buy 16 S. Korean T-50 Trainers" Diarkibkan 2013-01-21 di archive.today. Defense News, 26 May 2011. Retrieved on 26 July 2013.
  21. ^ T-50 "Perkuat TNI AU". AntaraNews.com, 9 April 2011. Retrieved on 5 June 2011.
  22. ^ a b Waldron. "Indonesia receives first pair of T-50i advanced jet trainers". Flight International, 13 September 2013. Retrieved on 30 September 2013.
  23. ^ [1]
  24. ^ "Iraq Asks for Korea's T-50 Trainer Jets". Korea Times, 15 March 2009. Retrieved 30 March 2009.
  25. ^ "Iraq's New Trainer-Fighters: FA-50 Bounces the Czech". Defense Industry Daily, 12 December 2013.
  26. ^ "Iraq signs $1.1 bn deal to buy S. Korean fighters". Yahoo! News. AFP. 12 December 2013. Dicapai pada 12 December 2013.
  27. ^ a b "KAI has signed the contract with Iraq for exportin" (Siaran akhbar). Korea Aerospace Industries, LTD. (KAI). 2013-12-12. Dicapai pada 2014-06-20.
  28. ^ Iraqi air force orders 24 KAI T-50s – Flightglobal.com, 12 December 2013
  29. ^ a b "S. Korea to export 24 FA-50 light attackers to Iraq".
  30. ^ Cohen, Michael. "Philippines confirms T/A-50 purchase"(langganan diperlukan). Janes Defence Weekly, Vol 49, Issue 32, 8 August 2012.
  31. ^ "Philippines defence budget gets green light"(langganan diperlukan). Janes Defence Weekly, 21 September 2012.
  32. ^ "PH to buy 12 S. Korean fighter jets". Agence France-Presse c/o ABS-CBN News. 30 January 2013. Dicapai pada 30 January 2013.
  33. ^ Ramos, Marlon. "PH buying SK fighter jets".
  34. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-21. Dicapai pada 2017-03-24.
  35. ^ "Palace OKs payment scheme for S. Korean fighter jets".
  36. ^ "KAI won a contract to export 12 FA-50s to the Phil" (Siaran akhbar). Korea Aerospace Industries, LTD. (KAI). 2014-03-28. Dicapai pada 2014-06-20.
  37. ^ Foundation, arirang, Arirang International Broadcasting. "Korean government to sell 12 FA-50 fighter jets to Philippines".
  38. ^ a b "Philippines receives first two FA-50s". IHS Jane's 360. 2 December 2015. Dicapai pada 30 July 2016.
  39. ^ "Philippines Receives 2 New Fighter Jets from South Korea". Thediplomat.com, 1 December 2015.
  40. ^ "Air Force puts up show for 4 new fighter jets". inquirer.net, 2 December 2016.
  41. ^ "philippines eyes bvr upgrades for fa-50".
  42. ^ http://books.sipri.org/files/FS/SIPRIFS1503.pdf
  43. ^ "Phl to buy 24 more combat aircraft from South Korea".
  44. ^ http://www.paf.mil.ph/PAFflightplan2028/PAF%20Flight%20Plan%20Presentation%20Audio%20Dubbed.pptx
  45. ^ https://m.youtube.com/watch?v=aEUKMolndJk
  46. ^ "Bombs drop on terror groups’ lair".
  47. ^ "KAI will export T-50s to Thailand". Korea Times. 17 September 2015. Dicapai pada 30 November 2015.
  48. ^ "Korea to Sell Four T50 Trainer Jets to Thailand". September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08. Dicapai pada 2017-03-24.
  49. ^ "Spain is interested in KAI T-50" Diarkibkan 14 Mei 2011 di Wayback Machine
  50. ^ UAE chooses M-346 as advanced lead-in fighter trainer. Flightglobal.com. Retrieved on 2011-06-05.
  51. ^ "UAE Reopens Talks To Buy T-50 Trainer" Diarkibkan 2013-01-02 di archive.today. Defense News,
  52. ^ "Lee's UAE trip raises hopes for first sale of T-50s". 2 March 2011.
  53. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan fg_re-engining tidak disediakan
  54. ^ Jeong Yong-soo, Nam Koong-wook. "Contractor is nabbed for ripping off the military". Korea JoongAng Daily, 16 April 2011.
  55. ^ "Azerbaijan intends to purchase weapons and military equipment from South Korea". Armyrecognition.com, 29 August 2013
  56. ^ "ASEAN leaders show interest in Korean fighter plane :: KOREA.NET Mobile Site". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-08. Dicapai pada 2017-03-24.
  57. ^ Seoul's vice defense chief to visit Colombia, Peru this week Yonhap News Agency
  58. ^ "The Chosun Ilbo (English Edition): Daily News from Korea – Seoul Eyeing Export of 24 Fighter Jets to Peru".
  59. ^ "Pakistan Eyes T-50 as Trainer Option".
  60. ^ "Vietnam wants Western warplanes to counter China".
  61. ^ "空軍高級教練機轉自製 美、義爭與台廠合作拚690億商機-風傳媒".
  62. ^ http://www.taipeitimes.com/News/front/archives/2017/02/07/2003664491. Missing or empty |title= (bantuan)
  63. ^ "Ratno zrakoplovstvo dobilo novu ponudu" [Air Force Received a New Proposal]. Večernji list (dalam bahasa Croatia). 15 May 2015. Dicapai pada 6 January 2016.
  64. ^ Gareth Jennings (12 September 2016). "Argentina evaluates Korean FA-50 fighter". IHS Jane's Defence Weekly. Dicapai pada 10 November 2016.
  65. ^ "South Korea's Black Eagles to fly KAI T-50". Flightglobal.com, 19 March 2008.
  66. ^ Alenia Aermacchi's M-346 wins Singapore jet trainer race. Janes.com (2010-12-07). Retrieved on 2011-06-05.
  67. ^ "KAI steps up T-50 pitch to Israel". 6 May 2011.
  68. ^ Arie Egozi. "Israel selects Alenia Aermacchi M-346 for trainer deal". Flightglobal.com. Dicapai pada 17 February 2012.
  69. ^ Katz, Yaakov (16 February 2012). "Italy wins IAF with combat trainer jet bid". JPost.
  70. ^ "Negative signs involving KFX, T-50 projects". The DONG-A ILBO.
  71. ^ "US Stops Export of Korean Fighter Jets to Uzbekistan". The Diplomat, 27 October 2015.
  72. ^ a b c d "T-50 Family". KAI. Dicapai pada 11 July 2012.
  73. ^ a b "KAI will export T-50s to Thailand". 17 September 2015. Dicapai pada 10 November 2016.
  74. ^ "Lockheed Martin Publication". Code One Magazine
  75. ^ "KAI makes first delivery of its indigenous FA-50PH". KAI Press Release, 27 November 2015.
  76. ^ News, Defense. "404". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-21. Dicapai pada 10 November 2016.
  77. ^ "KAI Flies First FA-50PH for Philippines Air Force". Korea Aerospace Industries c/o DefenseAerospace.com. 2015-06-23. Dicapai pada 2015-08-08.
  78. ^ "Lockheed Martin presents T-50A". 2016-02-11. Dicapai pada 2016-02-12.
  79. ^ "KJCLUB". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-23. Dicapai pada 2017-03-24.
  80. ^ http://www.tni.mil.id/view-58177-t-50i-golden-eagle-siap-kawal-nkri.html
  81. ^ Binnie, Jeremy (16 March 2017). "Iraq takes delivery of first South Korean jets". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 March 2017. Dicapai pada 18 March 2017.
  82. ^ http://www.rappler.com/nation/165522-philippine-air-force-fighters-modernization
  83. ^ http://www.update.ph/2017/03/look-air-force-formally-accepts-2-fa-50ph-jets/15078
  84. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan JanesPhilipinesComplete tidak disediakan
  85. ^ http://www.sunstar.com.ph/manila/local-news/2017/06/02/duterte-eyes-12-more-fighter-jets-military-545344
  86. ^ http://www.asiatoday.co.kr/view.php?key=20170730010014765
  87. ^ Yeo, Mike (11 July 2017). "KAI scores additional Thai T-50 orders for $258M". Defense News. Melbourne, Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2017. Dicapai pada 14 July 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]