F-35 Lightning II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
F-35 Lightning II
X-35.jpg
Pesawat F-35 Joint Strike Fighter melakukan penerbangan ujian di Pangkalan Tentera Udara Edwards, California
Peranan Pejuang Pelbagai Peranan halimunan
Pengeluar Lockheed Martin Aeronautics
Northrop Grumman
BAE Systems
Penerbangan sulung 15 Disember 2006[1]
Mula digunakan F-35B: 31 Julai 2015 (USMC)[2][3][4]
F-35A: 2 Ogos 2016 (USAF)[5]
F-35C: 2018 (USN)[6]
Status Dalam perkhidmatan
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Kor Marin Amerika Syarikat
Tentera Laut Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja
Dikeluarkan 2006–kini
Jumlah dibina 720+ setakat 1 November 2021[7]
Kos seunit F-35A: $94.6 juta (pengeluaran awal kadar rendah lot 10 (LRIP 10) termasuk enjin F135, pengeluaran penuh pada 2018 dijangka $85 juta)[8]
F-35B: AS$122.8 juta (LRIP 10 termasuk enjin)[8]
F-35C: AS$121.8 juta (LRIP 10 termasuk enjin)[8]
Dibangunkan dari Lockheed Martin X-35

Lockheed Martin F-35 Lightning II adalah sebuah pesawat satu tempat duduk, berenjin tunggal, pelbagai peranan yang mempunyai ciri-ciri halimunan yang boleh melaksanakan pelbagai misi seperti sokongan udara dekat, pengeboman taktikal, dan penguasaan udara. F-35 mempunyai tiga versi yang berbeza; pertama versi berlepas dan mendarat secara konvensional, kedua versi berlepas jarak dekat dan mendarat secara menegak, dan ketiga versi untuk operasi di atas kapal pengangkut pesawat.

F-35 dibangunkan daripada pesawat X-35, merupakan satu produk daripada program Joint Strike Fighter. Pembangunannya dibiayai oleh Amerika Syarikat, dengan United Kingdom dan negara-negara lain menyediakan pembiayaan tambahan.[9] ia telah direka dan dibina oleh pihak industri aeroangkasa yang diketuai oleh firma-firma utama seperti Lockheed Martin, Northrop Grumman dan BAE Systems.[9] Pesawat demonstrasi terbang pada 2000,[10][pautan mati] dengan penerbangan sulung dilakukan pada 15 Disember 2006.[11]

Pada tahun 2018, pesawat F-35 telah digunakan dalam pertempuran buat pertama kalinya,[12] apabila Tentera Udara Israel menerbangkan F-35I ke "seluruh Timur Tengah",[13] dan melaksanakan serangan udara pertama di dunia ke atas dua medan pertempuran yang berbeza.[13]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Keperluan[sunting | sunting sumber]

Model ujian F-35 diletakan dalam terowong angin sepanjang 16 kaki di Pusat Pembangunan Kejuruteraan Arnold.

Program JSF diadakan untuk mengantikan pelbagai jenis pesawat dengan masa yang sama penurunan kos pembangunan, pengeluaran operasi dapat dijayakan. Ini boleh diatasi dengan membina tiga versi pada pesawat yang sama, dan berkongsi kira-kira 80% persamaan daripada komponen bahagiannya:

  • F-35A, versi berlepas dan mendarat konvensional (CTOL).
  • F-35B, versi berlepas dilandasan pendek dan pendaratan menegak (STOVL).
  • F-35C, versi yang akan beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat.

F-35 telah direka untuk menjadi sebuah pesawat penyerang utama di dunia sehingga tahun. Ia bertujuan menjadikan keupayaan keupayaan udara-ke-udara jarak dekat dan jauh pesawat ini kedua terbaik selepas F/A-22 Raptor.[14] Keperluan spesifik F-35 adalah: keupayaan pertempuran udara-ke-udaranya empat kali lebih cekap berbanding pesawat sebelumnya, lapan kali lebih cekap dalam pertempuran udara-ke-darat, dan tiga kali lebih cekap dalam pengawasan dan menghapuskan pertahanan udara musuh. Keupyaan ini akan dicapai dengan mempunyai jarak operasi yang lebih baik dan saiz lebih kecil logistical footprint Diarkibkan 2007-03-14 di Wayback Machine berbanding pesawat sebelumnya.[15]

Kelainan[sunting | sunting sumber]

Negara-negara peserta:
  Pelanggan utama:  Amerika Syarikat
  Rakan Tier 1: Flag of the United Kingdom.svg United Kingdom
  Rakan Tier 2:  Itali Belanda
  Rakan Tier 3:  Australia Kanada DenmarkFlag of Norway.svg Norway
  Rakan Kerjasama Keselamatan:  Israel Singapura
  Jualan Ketenteraan Luar (FMS):  Belgium JepunFlag of South Korea.svg Korea Selatan Poland
Konfigurasi F-35
Tiga versi utama: CTOL untuk berlepas dan mendarat secara konvensional, STOVL untuk pelepasan pendek dan pendaratan menegak, dan CV untuk versi kapal pengangkut pesawat
F-35A
F-35A milik Tentera Udara A.S semasa penerbangan, 2013
Video menunjukan sebuah F-35B milik Kor Marin A.S melakukan pendaratan menegak di atas kapal USS Wasp pada 3 Oktober 2011
Versi F-35 dalam penerbangan
Versi F-35 yang terbang dalam formasi. F-35C (kiri) mempunyai sepasang sayap yang lebih besar berbanding dua buah F-35B

Pada awalnya, F-35 telah direka dengan tiga buah versi - F-35A (sebuah versi konvensional); F-35B (sebuah versi STOVL yang boleh dioperasikan di darat atau kapal pengangkut); dan F-35C (sebuah versi menggunakan CATOBAR di atas kapal pengangkut). Sejak itu, beberapa rekabentuk telah dilakukan ke atas versi spesifik untuk beberapa negara seperti Israel dan Kanada, selain konsep rekabentuk awal bagi versi naik taraf ke atas F-35A, yang mana akan menjadi F-35D.

F-35A[sunting | sunting sumber]

F-35A merupakan sebuah versi berlepas dan mendarat konvensional (CTOL) yang bertujuan untuk kegunaan Tentera Udara Amerika Syarikat dan tentera udara negara-negara lain. Ia merupakan versi terkecil, teringan dengan keupayaan sehingga 9 g, iaitu tertinggi dalam semua versi.

Meskipun F-35A kini boleh melaksanakan pengisian bahan api di udara dengan menggunakan kaedah boom and receptacle, pesawat ini boleh diubah untuk pengisian minyak dengan kaedah probe-and-drogue sekiranya diminta oleh pelanggan.[16][17] Sebuah pod drag chute boleh dipasang pada F-35A, di mana Tentera Udara Diraja Norway merupakan pengguna pertama yang menggunakannya.[18]

F-35B[sunting | sunting sumber]

Versi pelepasan pendek dan pendaratan menegak (STOVL) pesawat adalah versi F-35B. Meskipun saiznya sama dengan versi A, versi B mengorbankan sekitar satu per tiga isipadu bahan api berbanding versi A untuk menempatkan SDLF.[19][20] Versi ini juga terhad sehingga 7 g.[21] Tidak seperti versi lain, F-35B tidak mempunyai cangkuk pendaratan. Kawalan "STOVL/HOOK" akan mengaktifkan perubahan daripada penerbangan normal kepada menegak.[22] F-35B juga boleh melakukan pendaratan dan pelepasan pendek dan/atau menegak (V/STOL).[23]

F-35C[sunting | sunting sumber]

Versi F-35C telah direka untuk operasi pelepasan terbantu manjanik tetapi pendaratan ditangkap di atas kapal pengangkut pesawat. Berbanding dengan F-35A, F-35C memiliki sayap yang lebih besar dengan bahagian hujung sayap boleh lipat, permukaan kawalan lebih besar untuk meningkatkan kawalan halaju rendah, giar pendaratan lebih kuat di sebabkan tekanan pendaratan terbantu di atas kapal pengangkut, sepasang giar hidung roda berkembar, dan cangkuk ekor yang lebih kuat untuk digunakan bersama kabel pencangkuk. Luas sayap yang lebih besar membolehkan halaju pendaratan direndahkan, dan pada masa yang sama meningkatkan jumlah beban muatan dan jarak operasi. Versi F-35C juga terhad sehingga 7.5 g.

F-35I "Adir"[sunting | sunting sumber]

F-35I Adir (Bahasa Ibrani: אדיר‎, bermakna "Awesome",[24] atau "Mighty One"[25]) adalah sebuah versi F-35A dengan pengubahsuaian unik yang dilakukan oleh Israel. Asalnya, A.S enggan membenarkan perubahan ini dilakukan sebelum membenarkan Israel untuk mengintegrasikan sistem peperangan elektroniknya sendiri, termasuk penderia dan penyesak. Komputer utama mempunyai satu fungsi "plug-and-play" untuk penambahan sistem-sistem; di mana cadangannya termasuk sebuah pod penyesak luar, dan peluru berpandu udara ke udara baharu buatan Israel, serta bom-bom panduan dan ruang senjata dalaman.[26][27] Seorang pegawai kanan IAF berkata bahawa sifat halimunan pada F-35 mungkin akan diatasi dalam masa 10 tahun berbanding 30 hingga 40 tahun jangka hayat perkhidmatannya, oleh itu Israel berkeras untuk menggunakan sistem-sistem peperangan elektronik mereka sendiri.[28] Israel Aerospace Industries (IAI) telah menimbangkan satu konsep versi F-35 dengan dua tempat duduk; seorang eksekutif IAI memetik: "Diketahui terdapat permintaan untuk versi dua tempat duduk tidak hanya dari Israel tetapi juga dari tentera udara lain".[29] IAI merancang untuk mengeluarkan tangki bahan api konformal.[30]

Cadangan kelainan[sunting | sunting sumber]

F-35D[sunting | sunting sumber]

Satu kajian akan kemungkinan tingkat upaya ke atas F-35A menjelang tahun 2035 bagi menyasarkan Konsep Operasi Masa Depan Tentera Udara Amerika Syarikat.[31][32]

CF-35[sunting | sunting sumber]

CF-35 adalah satu cadangan versi untuk Kanada yang berbeza dengan F-35A dengan penambahan satu payung drogue dan kemungkinan satu prob pengisian bahan api menyerupai F-35B/C.[18][33] Pada tahun 2012, satu pendedahan bahawa CF-35 akan memiliki sistem pengisian bahan api yang sama digunakan pada F-35A.[34] Satu cadangan pilihan adalah penerima pakai prob pengisian bahan api pada F-35C dan halaju pendaratan yang lebih rendah; bagaimanapun, laporan Pegawai Belanjawan Parlimen memetik prestasi dan beban muatan terhad pada F-35C adalah harga yang terlalu tinggi untuk dibayar.[35] Berikutan dengan Pilihanraya Persekutuan 2015, Parti Liberal yang mana telah berkempen untuk berikrar untuk membatalkan pembelian F-35,[36] telah menubuhkan kerajaan baharu dan melancarkan satu persaingan terbuka untuk mengantikan armada CF-18 Hornet sedia ada.[37]

Spesifikasi (F-35 Lightning II)[sunting | sunting sumber]

F-35 Lightning II berlepas buat pertama kalinya pada 15 Disember 2006.
Persenjataan F-35A dan F-35C.

Data dari ringkasan program F-35,[38] Statistik F-35 JSF[39]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 50 kaki 6 in (15.37 m)
  • Rentang sayap: 35 kaki 0 in (10.65 m)
  • Tinggi: 17 kaki 4 in (5.28 m)
  • Sayap luas: 459.6 kaki² (42.7 m²)
  • Berat kosong: A; 29,036 lb B; 32,161 lb C; 32,070 lb (13,170 kg A; 14,588 kg B; 14547 kg C;)
  • Berat berisi: 44,400 lb (20,100 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 60,000 lb (27,200 kg)
  • Loji kuasa:Pratt & Whitney F135 turbofan lepas pembakaran
  • Janakuasa kedua: 1× General Electric/Rolls-Royce F136 turbofan lepas pembakaran, >40,000 lbf (178 kN) (dalam pembangunan)
  • Kipas angkatan (STOVL): 1× Rolls-Royce Sistem Pengangkat dibekalkan oleh sama ada janakuasa F135 atau F136, 18,000 lbf (80 kN)
  • Bahan api dalaman: F-35A: 18,480 lb (8,382 kg); F-35B: 14,003 lb (6,352 kg); F-35C: 20,085 lb (9,110 kg)

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: Mach 1.6+[39] (1,200 bsj, 1,931 km/j)
  • Jarak: A: 1,200 batu nautikai; B: 900 batu nautika; C: 1400 batu nautika[39] (A: 2,200 km; B: 1,667 km; C: 2,593 km) menggunakan bahan api dalaman
  • Jejari bertempur: 600 batu nautika (690 batu, 1,110 km)
  • Kadar kenaikan: Rahsia (Tidak didedahkan kepada pihak awam)
  • Beban sayap: 91.4 lb/kaki² (446 kg/m²)
  • Tujahan/berat:
    • Dengan bahan api penuh: A: 0.89; B: 0.92; C: 0.81[39]
    • Dengan 50% bahan api: A: 1.12; B: 1.10; C: 1.01[39]

Had g[40]

  • F-35A/B/C: 9 g

Persenjataan

Avionik

Perbezaan antara versi
F-35A
CTOL
F-35B
STOVL
F-35C
CATOBAR
Panjang 50.5 ka (15.4 m) 50.5 ka (15.4 m) 50.8 ka (15.5 m)
Lebar sayap 35 ka (10.7 m) 35 ka (10.7 m) 43 ka (13.1 m)
Luas sayap 460 ft² (42.7 m²) 460 ft² (42.7 m²) 620 ft² (57.6 m²)
Berat kosong[46] 28,999 lb (13,154 kg) 32,472 lb (14,729 kg) 34,581 lb (15,686 kg)
Bahan api dalaman 18,498 lb (8,391 kg) 13,326 lb (6,045 kg) 19,624 lb (8,901 kg)
Berat berlepas maksimum 70,000 lb (31,800 kg) class 60,000 lb (27,200 kg) class 70,000 lb (31,800 kg) class
Jarak >1,200 nmi (2,200 km) >900 nmi (1,700 km) >1,200 nmi (2,200 km)
Jejari tempur menggunakan
bahan api dalaman[47]
669 nmi (1,239 km) 505 nmi (935 km) 670 nmi (1,241 km)
Tujahan/berat
 • bahan api penuh:
 • 50% bahan api:

0.87
1.07

0.90
1.04

0.75
0.91

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Blue 000080 pog.svg Pengguna F-35A
Blue 00ffff pog.svg Pengguna F-35B
Cyan pog.svg Pengguna F-35A dan F-35B
Blue 0080ff pog.svg Pengguna F-35A, F-35B dan F-35C
Salah sebuah daripada dua buah pesawat pertama F-35A milik RAAF pada Disember 2014
Empat buah kumpulan pertama pesawat F-35B milik RAF semasa penerbangan untuk penyerahan di RAF Marham, Jun 2018
F-35C milik USN melaksanakan misi pendaratan sentuh-dan-terbang di atas kapal USS Abraham Lincoln
 Australia
 Belgium
 Denmark
 Israel
  • Tentera Udara Israel – 27 buah telah diserahkan setakat Mei 2021 (F-35I "Adir").[53] Termasuk sebuah pesawat ujian F-35 untuk ujian peningkatan nilai senjata dan peralatan elektronik buatan Israel, dengan designasi (AS-15).[54][55][56][57][58] 50 buah telah dipesan dengan keseluruhan 75 buah dirancang untuk dibeli.[57]
 Itali
  • Tentera Udara Itali – 12 buah F-35A telah diserahkan setakat Mei 2020.[59] Sebuah F-35B telah s=diserahkan setakat Oktober 2020, di mana Itali merancang untuk memesan sebanyak 60 buah F-35A dan 15 buah F-35B untuk kegunaan Tentera Udara Itali.[60][61]
  • Tentera Laut Itali – 2 buah telah diserahkan setakat Oktober 2020. 15 buah F-35B dirancang untuk Tentera Laut Itali.[60][61]
 Jepun
 Belanda
Flag of Norway.svg Norway
  • Tentera Udara Diraja Norway – 25 buah F-35A telah diserahkan dan beroperasi, yang mana 7 buah darinya berpangkalan di A.S untuk tujuan latihan pada Mei 2020[69] dari 52 buah F-35A yang dirancang.[70]
 Poland
Flag of South Korea.svg Korea Selatan
 Singapura
Flag of Turkey.svg Turki
  • Tentera Udara Turki – 4 buah F-35A telah diserahkan ke Pangkalan Tentera Udara Luke untuk tujuan latihan pada Julai 2018.[79][80] 30 buah telah dipesan,[81] dari sejumlah 120 buah yang dirancang.[82][83] Pembelian masa depan telah dihalang oleh A.S. di mana kontrak pembelian telah dibatalkan pada awal tahun 2020.[84]
 Emiriah Arab Bersatu
  • Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu - Sehingga 50 buah F-35A dirancang.[85] Tetapi pada 27 Januari, 2021, pentadbiran Biden menggantung sementara jualan F-35 kepada UAE.[86] Selepas meneliti rancangan jualan ini, pentadbiran Biden mengesahkan akan meneruskan perjanjian pada 13 April 2021.[87]
 United Kingdom
 Amerika Syarikat

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Jun 2014, enjin sebuah F-35A terbakar sejurus sebelum memulakan latihan penerbangan di Pangkalan Tentera Udara Eglin. Juruterbangnya berjaya melepaskan diri tanpa sebarang kecederaan. Bahagian enjin daripada pesawat yang terbakar telah dijumpai di atas landasan, menunjukan kegagalan enjin.[96] Kemalangan ini menyebabkan semua latihan dihentikan pada 25 Jun, dan kesemua penerbangan dihentikan pada 3 Julai.[97][98][99] Armada pesawat dibenarkan terbang kembali pada 15 Julai dengan beberapa kekangan dalam julat penerbangan.[100] Penemuan awal mencadangkan gosokan berlebihan pada bilah kipas enjin yang menyebabkan peningkatan tekanan dan hakisan yang akhirnya mengakibatkan kegagalan besar pada kipas.[101]

Kejadian terhempas pertama kali berlaku pada 28 September 2018 melibatkan sebuah F-35B milik Kor Marin A.S berhampiran dengan Stesen Udara Kor Marin Beaufort, Carolina Selatan; di mana juruterbangnya berjaya melenting keluar dengan selamat.[102][103] Punca kemalangan di sebabkan oleh sebuah tiub minyak yang gagal berfungsi; kesemua pesawat F-35 dihentikan pada 11 Oktober untuk pemeriksaan tiub pada seluruh armada pesawat. [104] Pada hari berikutnya, pesawat F-35 milik Tentera Udara A.S dan Tentera Laut A.S kembali ke status diterbangkan selepas pemeriksaan.[105]

Pada 9 April 2019, sebuah F-35A milik Pasukan Pertahanan Diri Jepun yang ditumpangkan di Pangkalan Udara Misawa hilang daripada radar kira-kira 84 batu (135 km) ke timur Prefecture Aomori semasa melakukan satu misi latihan di Lautan Pasifik. Juruterbangnya, Mejar Akinori Hosomi, telah meradio niat beliau untuk membatalkan latihan sebelum hilang.[106][107] Tentera laut AS dan Jepun melakukan pencarian ke atas pesawat dan juruterbang yang hilang, menemui serpihan di permukaan air yang mana mengesahkan kejadian terhempas; mayat Hosomi telah ditemui pada bulan Jun.[108][109][110] Bertindak balas, Jepun mengantung armada 12 buah pesawat F-35A.[111][107] Terdapat spekulasi bahawa China atau Rusia mungkin cuba untuk mengambilnya; Kementerian Pertahanan Jepun mengumumkan bahawa tiada "aktiviti dilaporkan" dari kedua-dua negara.[107] F-35 dilaporkan tidak menghantar sebarang isyarat bantuan; juruterbang pula tidak melakukan sebarang cubaan manuver menyelamatkan diri apabila pesawat menjunam dengan kadar yang pantas.[106][112] Laporan kemalangan menyatakan kemalangan di sebabkan oleh spatial disorientation yang dialami oleh juruterbang.[113]

Pada 19 Mei 2020, sebuah F-35A milik Skuadron Pejuang ke-58, Tentera Udara AS terhempas sementara ingin mendarat di Eglin AFB. Juruterbang melenting keluar dan berada dalam keadaan stabil.[110] Kemalangan diakibatkan oleh gabungan kesilapan juruterbang ekoran kepenatan, isu pada rekabentuk sistem oksigen, persekitaran kompleks pesawat, gangguan disebabkan kegagalan fungsi paparan lekapan helmet, serta kegagalan sistem kawalan penerbangan untuk bertindak balas dengan input dari juruterbang.[114]

Pada 29 September 2020, sebuah F-35B milik Kor Marin AS telah terhempas di Kaunti Imperial, California, selepas berlanggar dengan sebuah pesawat KC-130 semasa melakukan pengisian minyak di udara. Juruterbang F-35B mengalami kecederaan semasa melenting keluar manakala KC-130 berjaya membuat pendaratan cemas.[115]

Pada 17 November 2021, sebuah F-35B milik Tentera Udara Diraja terhempas semasa melakukan operasi rutin di Mediterranean. Juruterbangnya diselamatkan ke HMS Queen Elizabeth. Satu penyiasatan dimulakan.[116] Laporan-laporan awal mencadangkan bahawa beberapa "penutup dan pelindung enjin" tidak ditanggalkan sebelum berlepas.[117][118] Pada 23 Jun 2014, enjin sebuah F-35A terbakar sejurus sebelum memulakan latihan penerbangan di Pangkalan Tentera Udara Eglin. Juruterbangnya berjaya melepaskan diri tanpa sebarang kecederaan. Bahagian enjin daripada pesawat yang terbakar telah dijumpai di atas landasan, menunjukan kegagalan enjin.[119] Kemalangan ini menyebabkan semua latihan dihentikan pada 25 Jun, dan kesemua penerbangan dihentikan pada 3 Julai.[97][98][99] Armada pesawat dibenarkan terbang kembali pada 15 Julai dengan beberapa kekangan dalam julat penerbangan.[100] Penemuan awal mencadangkan gosokan berlebihan pada bilah kipas enjin yang menyebabkan peningkatan tekanan dan hakisan yang akhirnya mengakibatkan kegagalan besar pada kipas.[120]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Penerbangan sulung F-35, TeamJSF.com. Dicapai: 10 Oktober 2007.
  2. ^ Story, Courtesy (31 July 2015). "U.S. Marines Corps declares the F-35B operational". www.marines.mil. Headquarters Marine Corps. Dicapai pada 31 July 2015.
  3. ^ Reed Business Information Limited. "US Marines stick to F-35B dates despite new problems". flightglobal.com. Dicapai pada 25 May 2015.
  4. ^ "F-35B on track for operational readiness despite software challenges". janes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2015. Dicapai pada 25 May 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "U.S. Air Force eyes future F-35 engine and arms upgrades". Reuters. 7 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-15. Dicapai pada 25 May 2015.
  6. ^ "The Current Status of the F-35, in Three Charts". Intercepts – Defense News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-02. Dicapai pada 2016-06-22.
  7. ^ "F-35 Lightning II Program Status and Fast Facts" (PDF). F35.com. Lockheed Martin. 3 November 2021. Dicapai pada 3 November 2021.
  8. ^ a b c "Agreement Reached on Lowest Priced F-35s in Program History". F-35 Lightning II. Dicapai pada 3 February 2017.
  9. ^ a b F-35 Joint Strike Fighter (JSF) Lightning II – Rakan kongsi antarabangsa, GlobalSecurity.org
  10. ^ Kenyataan Lockheed Martin
  11. ^ "ujian penerbangan F-35 menunjukan kejayaan", ABC News, 16 Disember 2006.
  12. ^ Kubovich, Yaniv (2018-05-22). "Israel Launched World's First Air Strike Using F-35 Stealth Fighters, Air Force Chief Says". Haaretz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-22.
  13. ^ a b IAF Commander: Israel First To Use F-35 Jet In Combat By Anna Ahronheim, Jerusalem Post, May 22, 2018
  14. ^ Keupayaan F-35, Lockheed Martin.
  15. ^ F-35 Joint Strike Fighter (JSF) Lightning II di laman web GlobalSecurity.org.
  16. ^ Waldron, Greg (2 August 2012). "In Focus: Tokyo casts wary eye on Chinese airpower developments". Flight International.
  17. ^ Ewing, Philip (19 June 2012). "Lockheed's comprehensive Q&A on the F-35". DoD Buzz. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 August 2012.
  18. ^ a b "F-35 Lightning Drag Chute". Code One Magazine. 13 August 2014. Dicapai pada 20 January 2020.
  19. ^ Hancock, Ben D. (1997). "The STOVL Joint Strike Fighter in Support of the 21st Century Marine Corps". U.S. Marine Corps – melalui Global Security.
  20. ^ Bly, Peter (14 June 2011). "Constructability of a High Temperature Concrete Pad" (PDF). Geotechnical & Structures Laboratory, US Army Engineer Research & Development Center (ERDC). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 April 2012. Dicapai pada 15 April 2014.
  21. ^ Norris, Guy (24 April 2014). "Pilot reaction to flying the F-35B". Aviation Week & Space Technology. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2014. Dicapai pada 15 September 2014.
  22. ^ "F-35B STOVL-mode Flight". Defence Aviation. March 2010. Dicapai pada 25 November 2010.
  23. ^ Kjelgaard, Chris (21 December 2007). "From Supersonic to Hover: How the F-35 Flies". Space.com.
  24. ^ "Jet's name is just plane 'Awesome'". The Times of Israel. 18 April 2013.
  25. ^ "Israel's first F-35 Lightning II takes flight". Lockheed Martin. 26 July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2017. Dicapai pada 4 August 2016.
  26. ^ Ben-David, Alon (27 August 2010). "Israel To Buy F-35s With Cockpit Mods". Aviation Week.[pautan mati]
  27. ^ Ben-David, Alon; Butler, Amy & Wall, Robert (7 July 2011). "Israel, U.S. Strike F-35 Technology Deal". Aviation Week.[pautan mati]
  28. ^ David, Eshel; Fulghum, David (6 August 2012). "Israel, U.S. Agree To $450 Million In F-35 EW Work". Aviation Week. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 May 2013.
  29. ^ Trimble, Stephen (22 January 2010). "Israel sets sights on two-seater F-35". Flight International.
  30. ^ Egozi, Arie (11 January 2008). "Israel to boost range of future F-35 fleet". Flight International.
  31. ^ "AF releases Future Operating Concept". Secretary of the Air Force Public Affairs Command Information. 15 September 2015.
  32. ^ Eaglen, Mackenzie; Berger, Rick (15 September 2015). "20 technologies that will keep the US Air Force flying high". American Enterprise Institute.
  33. ^ Daly, Brian (1 September 2010). "Harper, Ignatieff spar over fighter jets". Calgary Sun. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 March 2014. Dicapai pada 2 March 2014.
  34. ^ Berthiaume, Lee (20 Disember 2012). "Military will contract out air-to-air refuelling if Canada goes with F-35". Canada.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 March 2014. Dicapai pada 2 March 2014.
  35. ^ Yalkin, Tolga R.; Weltman, Peter (10 Mac 2011). "An Estimate of the Fiscal Impact of Canada's Proposed Acquisition of the F-35 Lightning II Joint Strike Fighter" (PDF). Office of the Parliamentary Budget Office. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2 March 2014.
  36. ^ "A New Plan For a Strong Middle Class" (PDF). Liberal Party of Canada. 5 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 October 2015. Dicapai pada 5 October 2015.
  37. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan canada_exit tidak disediakan
  38. ^ Ringkasan program F-35 (PDF)
  39. ^ a b c d e f g F-35 Joint Strike Fighter Media Kit Statistics (ZIP, 98.2 KB)
  40. ^ Spesifikasi F-35 Lightning II, di laman web Globalsecurity.org
  41. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan clipped-fin tidak disediakan
  42. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan JSFrange tidak disediakan
  43. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mbda spear tidak disediakan
  44. ^ Ewing, Philip. "The Navy’s advanced weapons shopping list" Diarkibkan 6 September 2012 di Wayback Machine. Military.com, 3 July 2012.
  45. ^ "Nuclear Posture Review Report" (PDF). defense.gov. Washington, D.C.: US Department of Defense. April 2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 December 2014.
  46. ^ "FY2016 DOT&E Report – F-35 Joint Strike Fighter Aircraft (F-35)" (PDF). dote.osd.mil. 2017. m/s. 15.
  47. ^ "FY2019 President's Budget Selected Acquisition Report (SAR) – F-35 Joint Strike Fighter Aircraft (F-35)". scribd.com.
  48. ^ Waldron, Greg (27 December 2020). "RAAF F-35As achieve initial operational capability". Flight Global.
  49. ^ "F-35A Lightning II". Australian Air Force. 14 June 2018.
  50. ^ Emmott, Robin (25 Oktober 2018). "Belgium picks Lockheed's F-35 over Eurofighter on price". Reuters. Brussels. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2018.
  51. ^ "Luchtmachtbasissen moeten verbouwd worden voor F-35: 275 miljoen euro". Het Nieuwsblad (dalam bahasa Belanda). 8 July 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2019.
  52. ^ "Agreement on Procurement for New Fighters" (PDF). Danish Ministry of Defence (dalam bahasa Denmark). Dicapai pada 9 June 2016.
  53. ^ Gross, Judah Ari. "Israel receives 3 more F-35 fighter jets". www.timesofisrael.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-05-14.
  54. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IsraelF35i tidak disediakan
  55. ^ Mathew, Arun. "Unique F-35I Test Aircraft Arrives in Israel". DefPost. Dicapai pada 7 January 2021.
  56. ^ Gross, Judah Ari. "Two more F-35 fighter jets land in Israel, bringing IAF's declared total to 16". The Times of Israel.
  57. ^ a b Ahronheim, Anna (November 26, 2018). "Air Force Bolsters Stealth Power as More F-35I Fighter Jets Land in Israel". The Jerusalem Post.
  58. ^ Hunter, Jamie; Newdick, Thomas (10 August 2020). "Israel Now Has Two Combat Ready F-35 Squadrons". The Drive.
  59. ^ Kington, Tom (May 28, 2020). "Italy defense minister commits to F-35 after calls to suspend program". Defense News. Dicapai pada 13 January 2021.
  60. ^ a b Kington, Tom (October 21, 2020). "Italy's Navy-Air Force tussle over the F-35 comes to a head". Defense News. Dicapai pada 2021-01-14.
  61. ^ a b "F-35 Lightning II: Creating Jobs. Securing Italy's Future" (PDF). F35.com. Lockheed Martin. February 2017. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 July 2017. Dicapai pada 2021-01-14. Aeronautica Militare is programmed to receive 60 F-35A CTOLs and 15 F-35B STOVLs, while Marina Militare is programmed to acquire 15 F-35B STOVLs.
  62. ^ Gady, Franz-Stefan (1 April 2019). "Japan Air Self Defense Force Stands Up First F-35A Lightning II Fighter Squadron". The Diplomat.
  63. ^ Kelly, Tim; Kubo, Nobuhiro (21 February 2018). "Exclusive: Japan to buy at least 20 more F-35A stealth fighters". Reuters. Dicapai pada 21 February 2018.
  64. ^ Harding, Robin (18 December 2018). "Japan to expand military with 100 more F-35 stealth fighters". Financial Times. Dicapai pada 10 January 2019.
  65. ^ Vliegbasis Leeuwarden [@VlbLeeuwarden] (25 March 2021). "Welcome @VlbLeeuwarden F-017!!!" (Tweet). Dicapai pada 29 March 2021 – melalui Twitter.
  66. ^ a b "World Air Forces 2014" (PDF). Flight Global Insight. 2014. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 February 2014.
  67. ^ "Netherlands Orders Eight F-35s". Aviation Week. Dicapai pada 25 May 2015.
  68. ^ "Defence spending to be stepped up, more tanks and F-35 jets". DutchNews.nl. Dicapai pada 15 December 2018.
  69. ^ Dalløkken, Per Erlien (2020-05-26). "Flere jagerfly til Ørland: Nå har Norge mottatt halve F-35-flåten". Teknisk Ukeblad (dalam bahasa Norway). Dicapai pada 2020-08-12.
  70. ^ "Northrop Grumman completes center fuselage for first Norwegian F-35 aircraft". F-35 Lightning II. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 June 2017. Dicapai pada 31 March 2015.
  71. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan pl_order tidak disediakan
  72. ^ Vavasseur, Xavier (2020-09-04). "South Korea to Double Down on F-35 and Procure STOVL Variant for LPX-II". Naval News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-09.
  73. ^ Waldron, Greg. "USA approves $675 million support package for Korean F-35s". Flight Global. Dicapai pada 13 January 2021.
  74. ^ Waldron, Greg (December 18, 2019). "F-35A formally enters South Korean service". Flight Global.
  75. ^ "South Korea plans to buy 20 additional F-35 aircraft: report". Reuters. 20 December 2017.
  76. ^ Farley, Robert (2 January 2018). "Who Wants to Operate Carrier-Based F-35Bs in Asia? Apparently, Japan and South Korea". The Diplomat.
  77. ^ "S. Korea begins procedures to introduce F-35B fighters for light aircraft carrier". Yonhap News Agency. 5 August 2020.
  78. ^ "Singapore – F-35B Short Take-Off and Vertical Landing (STOVL) Aircraft". Defense Security Cooperation Agency. 9 January 2020. Dicapai pada 12 January 2020.
  79. ^ "Türk pilotlar F-35 eğitimine başlıyor" [Turkish pilots start F-35 training]. Hürriyet. 3 July 2018. Dicapai pada 2020-11-06.
  80. ^ "Turkish F-35 delivered to training base in Arizona, official says". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-04.
  81. ^ "F-35 teslimat töreni başladı" [F-35 delivery ceremony started]. kokpit.aero (dalam bahasa Turki). 2018-06-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-21.
  82. ^ "Turkey to Order Four More F-35 Fighter Jets". F-35.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2019. Dicapai pada 24 November 2016.
  83. ^ "Turkey Plans More F-35 Orders After Receiving First Batch in 2018". Haaretz. Reuters. 28 October 2016.
  84. ^ Pawlyk, Oriana (2019-06-16). "Trump: Turkey Will Be Out of F-35 Fighter Jet Program After S-400 Buy". Military.com (dalam bahasa Inggeris).
  85. ^ "White House moves forward with sale of F-35s to UAE". Al-Jazeera. 2020-11-04.
  86. ^ "Biden suspends F-35 sale to UAE". Daily Sabah. 2021-01-27.
  87. ^ Axelrod, Tal (13 April 2021). "Biden to move ahead with $23 billion UAE weapons sale approved by Trump". The Hill. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2021. Dicapai pada 14 April 2021.
  88. ^ Sharma, Aakriti (2020-12-02). "More F-35 Stealth Jets Join The British Royal Air Force After PM Boris Johnson's Defense Budget Hike". Eurasian Times.com. Dicapai pada 2021-01-16.
  89. ^ "Further five F-35 fighter jets land at new RAF Marham home". ITN News. 4 August 2018.
  90. ^ "Lockheed Martin-Built F-35 Comes Home to RAF Marham". F35.com. Lockheed Martin. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2020. Dicapai pada 19 June 2018.
  91. ^ "UK receives final F-35 test aircraft". Janes Defence Weekly. 53 (16). 20 April 2016.
  92. ^ Urban, Mark (24 November 2015). "Defence Review: Fighting old battles?". BBC News. Dicapai pada 24 November 2015.
  93. ^ https://ukdefencejournal.org.uk/uk-looking-at-60-maybe-up-to-around-80-f-35b-jets/
  94. ^ "Global Participation: United States". F35.com. Dicapai pada 30 April 2014.
  95. ^ a b Reim, Garrett (18 April 2018). "DOD reveals F-35 multiyear procurement strategy to start in 2021". Flight Global.
  96. ^ Shalal, Andrea (27 June 2014). "Engine pieces found on runway after F-35 fire – sources". Reuters.Com (US Edition). Thomson Reuters. Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-15. Dicapai pada 2 July 2014.
  97. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan The Los Angeles Times tidak disediakan
  98. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan latimes.com tidak disediakan
  99. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Penton Media tidak disediakan
  100. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan BREAKING: F-35 Cleared For Flight tidak disediakan
  101. ^ "Kendall: Fan-Blade Rubbing Cause of F-35 Fire". Defense News. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2014. Dicapai pada 21 September 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  102. ^ "F-35B Lightning II fighter jet crashes, pilot ejects in South Carolina". Stripes.com. Dicapai pada 28 September 2018.
  103. ^ Sonne, Paul (2018-09-28). "F-35 crashes for the first time in the jet's 17-year history, pilot ejects safely". The Washington Post.
  104. ^ Macias, Amanda; Breuninger, Kevin (11 October 2018). "Pentagon grounds Lockheed Martin's F-35 jets after South Carolina crash". CNBC.
  105. ^ Losey, Stephen (12 October 2018). "Some Air Force, Navy F-35s resume flying after grounding". Air Force Times.
  106. ^ a b "F-35 stealth fighter that crashed off Japan didn't send distress signal before Pacific plunge". The Japan Times. 11 April 2019.
  107. ^ a b c Yeo, Mike (12 April 2019). "F-35A crash: Japan's defense minister addresses security concerns, procurement plans". Defense News.
  108. ^ "Report: New Japanese F-35s made seven emergency landings leading up to crash in the Pacific". NEWSREP (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-19.
  109. ^ "Japan Finds Wreckage From F-35 Fighter Jet, but Pilot Is Still Missing". The New York Times. 10 April 2019.
  110. ^ a b "F-35A stealth fighter crashes upon landing at Eglin AFB; pilot is in stable condition". Stars and Stripes. 19 May 2020.
  111. ^ "Japanese F-35 fighter jet disappears over Pacific during exercise". Kyodo News. 10 April 2019.
  112. ^ Kelly, Tim (11 April 2019). "Daunting salvage task awaits Japanese F-35 investigators baffled by crash". Reuters.
  113. ^ Lendon, Brad; Wakatsuki, Yoko (10 June 2019). "Japan F-35 fighter crash: Pilot suffered 'spatial disorientation'". CNN. Dicapai pada 2019-06-11.
  114. ^ "United States Air Force Aircraft Accident Investigation Board Report" (PDF). Dicapai pada 26 October 2020.
  115. ^ Martinez, Luis (30 September 2020). "Marine F-35 jet crashes after clipping wings with refueling plane". ABC News.
  116. ^ "Probe after British F-35 fighter crashes in Mediterranean". 17 November 2021 – melalui www.bbc.co.uk.
  117. ^ Allison, George (24 November 2021). "Carrier F-35 crash potentially caused by 'rain cover' being left on". UK Defence Journal. Dicapai pada 26 November 2021.
  118. ^ Haynes, Deborah (30 November 2021). "Leaked footage shows moment British F35 jet crashes into Mediterranean during HMS Queen Elizabeth carrier take-off". Sky News. Dicapai pada 30 November 2021.
  119. ^ Shalal, Andrea (27 June 2014). "Engine pieces found on runway after F-35 fire – sources". Reuters.Com (US Edition). Thomson Reuters. Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-15. Dicapai pada 2 July 2014.
  120. ^ "Kendall: Fan-Blade Rubbing Cause of F-35 Fire". Defense News. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2014. Dicapai pada 21 September 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "N" ada tetapi tag <references group="N"/> yang sepadan tidak disertakan