Pergi ke kandungan

Logic (pemuzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logic
Logic di belakang pentas di Orlando
Logic di Jelajah Verge Campus pada 2014
Maklumat latar belakang
Nama lahirSir Robert Bryson Hall II
Juga dikenali
sebagai
Young SinatraBobby TarantinoPsychological Sunting nilai ini di Wikidata
Kelahiran22 Januari 1990
Rockville, Maryland, Amerika Syarikat
AsalGaithersburg, Maryland, Amerika Syarikat
WarganegaraAmerika Syarikat Sunting nilai ini di Wikidata
GenreHip hop
PekerjaanPenyanyi rap, penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, penyiar dalam talian, penggiat YouTube dan pemuzik Sunting nilai ini di Wikidata
Alat muzik
Tahun aktif2009–aktif
DiskografiLihat: Logic discography (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
Anggota keluarga/pasangan
Suami/isteriBrittney Noell (en) Terjemah
Jessica Andrea Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan berkaitan
Tapak sesawanglogicmerch.com Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainIMDB: nm5225554 TV.com: people/bobby-hall-i
Facebook: logic Instagram: logic Youtube: UC4EDjfs78AhVgpBqE3WFGJg Youtube: logic TikTok: logic Twitch: Logic Souncloud: logic_official Spotify: 4xRYI6VqpkE3UwrDrAZL8L Apple Music: 30865945 Deezer: 72660 Tidal: 3533999 Last fm: Logic Musicbrainz: 713e751f-3ddb-4b77-b3b1-9e6f2e953ad5 Songkick: 614453 Discogs: 3283864 Allmusic: mn0000829633 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sir Robert Bryson Hall II[a] (lahir 22 Januari 1990), lebih dikenali dengan nama pentas Logic ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan penerbit rakaman dari Amerika Syarikat. Dibesarkan di Gaithersburg, Maryland, Logic mula berminat dengan muzik sejak zaman remaja dan menceburi bidang tersebut pada awal tahun 2009 dengan melancarkan Logic: The Mixtape dan pita adun berjudul Young, Broke & Infamous pada 2010. Beliau menandatangani dengan Visionary Music Group, sebelum melancarkan tiga pita adun lagi untuk tiga tahun.

Pita adun keempat beliau Young Sinatra: Welcome to Forever (2013), mendapat pujian daripada pengkritik dan Logic mendapat kontrak rakaman dengan Def Jam Recordings. Beliau kemudiannya melancarkan album studi penampilan sulung Under Pressure pada Oktober 2014, yang debut di kedudukan keempat di carta Billboard 200 Amerika Syarikat, yang kemudiannya memperoleh pensijilan emas oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA), setelah album tersebut berjaya terjual melebihi 171 ribu salinan. Album studio kedua Logic, The Incredible True Story dikeluarkan pada November 2015, banyak menerima ulasan positif daripada para pengkritik dan album itu juga menerima pensijilan emas di Amerika Syarikat selepas lebih daripada 185 ribu salinan album berjaya dijual. Logiv melancarkan pita adun kelimanya Bobby Tarantino pada tahun 2016.

Album studio ketiga Logic, Everybody (2017) muncul pertama kalinya dengan kedudukan teratas di carta Billboard 200. Ia terjual terjual untuk 247 ribu unit setara album, di mana 196 ribu adalah jualan album sebenar.[4] Album tersebut melahirkan single 10 teratas antarabangsa yang pertama sebagai artis utama, "1-800-273-8255", yang berjaya mencecah kedudukan ketiga di Billboard Hot 100.[5] Pada Mac 2018, Logic mengeluarkan pita adun keenam, Bobby Tarantino II, susulan kepada pita adun 2016 beliau. Pita tersebut memperoleh nombor satu di Billboard 200, terjual sebanyak 119 ribu unit setara album pada minggu pertama.[6]

  1. ^ "Sir" adalah sebahagian daripada namanya, bukannya gelaran kehormat.[2][3]
  1. ^ "Logic Announces "Elysium" Label" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Jun 2017.
  2. ^ "Logic Biography". thefamouspeople.com (dalam bahasa Inggeris). The Famous People. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  3. ^ Case, Wesley (21 Jun 2013). "Logic: From Gaithersburg to Def Jam and Hollywood". Baltimore Sun (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Ogos 2013.
  4. ^ Caulfield, Keith (15 Mei 2017). "Logic's 'Everybody' Album Hits No. 1 on Billboard 200". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mei 2017.
  5. ^ "Logic - Chart History" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 September 2017.
  6. ^ "Logic Earns His Second Consecutive No. 1 Album With 'Bobby Tarantino II'". Genius (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]