Lompat jauh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Olahraga
Lompat jauh
2007 Military World Games long jump.jpg
Pelompat jauh di Sukan Tentera Dunia 2007
Rekod lelaki
Dunia Mike Powell 8.95 m (29 ft 4 14 in) (1991)
Olimpik Bob Beamon 8.90 m (29 ft 2 14 in) (1968)
Rekod wanita
Dunia Galina Chistyakova 7.52 m (24 ft 8 in) (1988)
Olimpik Jackie Joyner 7.40 m (24 ft 3 14 in) (1988)
Acara Lompat Jauh Wanita Akhir – Sukan Universiti Dunia ke-28 2015
Acara lompat jauh Grand Prix GE Money di Helsinki, Julai 2005.
Sebuah penunjuk arah angin dan peranti untuk mengukur kelajuan angin (di sini +2.6 m/s) sepanjang balapan larian.
Halteres digunakan dalam permainan olahraga di Yunani purba.
Lompat jauh berdiri, perincian halaman dari manuskrip tahun 1513 Luzerner Chronik
Emmanuelle Chazal bersaing dalam acara lompat jauh heptatlon wanita akhir semasa Kejohanan Olahraga Perancis 2013 di Stade Charléty di Paris, 13 Julai 2013.
Papan berlepas
Atlet heptatlon Jessica Ennis sedang mendarat dalam acara lompat jauh
Tambak berpasir di mana Bob Beamon mencatat rekod 8.90 m di Bandaraya Mexico, Mexico.

Lompat jauh (Tulisan Jawi: لومڤت جاوه; mengikut sejarah dipanggil sebagai broad jump di Amerika Syarikat) merupakan acara balapan dan padang yang mana atlet menggabungkan kelajuan, kekuatan, dan ketangkasan dalam cubaan melompat sejauh yang boleh dari tempat mula melompat. Seiring dengan lompat kijang, dua acara ini mengukur lompatan untuk jarak sebagai kumpulan yang dirujuk sebagai "melompat melintang". Acara ini mempunyai sejarah dengan Sukan Olimpik Purba dan menjadi acara Olimpik moden bagi lelaki sejak Olimpik pertama pada 1896 dan bagi wanita sejak 1948.

Mereka yang bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu mula, ke bahagian yang diisi pasir atau tanah yang bertindak bagi menyerap lompatan dan juga sebagai penanda tempat jatuh. Jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan tepat di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan.

Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta akan mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yang terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling jauh pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara.

Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut bertanding dan memenangi acara ini.

Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik.

Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.

Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.

Rujukan[sunting | sunting sumber]