Lubuk Mandi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lubuk Mandi terletak di mukim Rusila, Marang,Terengganu, pantai timur Semenanjung Malaysia. Kawasan terdekat ialah Bukit anak Reng dan Bukit Cerong Pinang dan disaliri oleh Sungai Lubuk Mandi.

Perlombongan emas[sunting | sunting sumber]

Pada 12 November 1988 , Lubuk Mandi terkenal sebagai kawasan perlombongan emas matang oleh penduduk sekitarnya hingga menyebabkan berlaku kemalangan dan kematian di kalangan pendulang. Pendulang mesti bijak mengayak dulang atau kuali untuk mendapatkan emas. Mereka mengikis, menghakis dan merobohkan tebing sedkiit demi sedikit tanpa memikirkan keselamatan dan risiko tanah runtuh. Pokok getah yang selama ini menjadi sumber rezeki bertukar kepada emas.

Akhbar Utusan Malaysia menyiarkan berita Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Amar Di Raja (sekarang Tan Sri) Haji Wan Mokhtar Ahmad tentang pendulang haram itu. Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Dato' Bentara Luar Dato' Seri Haji Omar Pilus dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Setia Wangsa Haji Abdul Rahman Nasir dan Pegawai Daerah Marang, Haji Saad Boto' menyatakan tentang potensi emas oleh syarikat Malaysian Mining Corporation (MMC).

Aktiviti perlombongan yang dijalankan oleh penduduk kampung akhirnya diserahkan kepada syarikat swasta iaitu Bidalan Mayang Sdn Bhg, anak syarikat Malaysia Mining Sdn bhd. Kilang emas Lubuk Mandi terletak di Jalan Bukit Kor, 21600 Marang. Ia tidak lagi dimiliki oleh PMINT.

Pada 2001, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar, Haji Wan Abdul Muttalib Embong pernah menyatakan kawasan lombong Lubuk Mandi dibuka semula kepada rakyat. Kerajaan PAS Terengganu ketika itu turut membuka semula lokasi emas di Dungun sebagai 'ganti' kehilangan royalti minyak.[1]

Kisah perlombongan di Lubuk Mandi ini dirakam dalam novel Imam karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain secara tersirat. Buku 'Tragedi Lubuk Mandi' oleh Mohamad Jusoh juga mengisahkan bagaimana pendulang emas terperangkap dalam lubang-lubang lombong emas. Pada hari Jumaat, bulan Ramadan, penduduk digemparkan dengan kejadian tanah runtuh di Lubuk Mandi. Pasukan penyelamat dari Bomba dan PDRM serta helikopter turut bergegas ke sana.

Rujukan[sunting | sunting sumber]