MK Land

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MK Land Holdings Berhad
Nama dahuluPerfect Food Industries Bhd (1978–1999)
Jenis/bentuk sahAwam
IndustriHartanah, perumahan
Ditubuhkan
  • 2 Ogos 1978; 45 tahun yang lalu (1978-08-02) sebagai Perfect Food Industries
  • 27 Ogos 1999; 24 tahun yang lalu (1999-08-27) sebagai MK Land Holdings
PengasasMustapha Kamal Abu Bakar[1][2]
Ibu pejabatJalan PJU 8/5H Perdana Business Center, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia
Tokoh pentingFelina Mustapha Kamal (Pengerusi Eksekutif)
Hasil RM21.19 juta (2021)[3]
Pendapatan bersih RM13.27 juta (2021)[3]
Syarikat indukKumpulan EMKAY
Tapak webwww.mkland.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

MK Land Holdings Berhad ialah syarikat hartanah dan perumahan Malaysia.[4] Syarikat ini mempunyai portfolio pelbagai projek, termasuk pembangunan kediaman dan komersial, hotel dan penginapan, taman tema air, cabang pendidikan dan pelaburan hartanah. Ia merupakan anak syarikat Kumpulan EMKAY yang diasaskan oleh usahawan hartanah, Mustapha Kamal Abu Bakar.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perfect Food Industries[sunting | sunting sumber]

MK Land Holdings ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd. yang terbabit dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan.[5][6]

Syarikat itu mula membina kilangnya di Alor Gajah, Melaka pada 1980 yang memulakan pengeluaran komersil setahun kemudian dengan pemasangan barisan pengeluaran biskut automatik RM2.2 juta pertamanya yang dibeli dari Eropah. Biskut itu dipasarkan di bawah jenama Julie's.[6]

Pada Julai 1987, didorong oleh permintaan yang semakin meningkat untuk biskut jenama popularnya Julie's, Perfect Food membeli barisan pengeluaran biskut automatik kedua yang berharga kira-kira RM3.8 juta.[6]

Syarikat ini disenaraikan di Bursa Malaysia (dahulu dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur atau BSKL) pada Jun 1992.[6]

Selepas penyenaraiannya di BSKL, ia ditukar nama kepada sebagai Perfect Food Industries Bhd pada 1997.[7]

MK Land dan permulaan operasi[sunting | sunting sumber]

Perfect Food Industries dinaik taraf menjadi syarikat hartanah dan ditukar nama kepada MK Land Holdings Berhad pada 27 Ogos 1999,[5][8] bagi mecerminkan dengan tepat peralihan perniagaan teras kumpulan kepada pembangunan hartanah.[9]

Pada Oktober 1999, syarikat ini mengumumkan akan melaksanakan pembangunan dua projek perumahan di Lembah Klang dan Bukit Merah Laketown di Bukit Merah, Taiping, Perak.[10]

Pada 10 Julai 2000, MK Land mengumumkan pengambilalihan empat syarikat bernilai RM2 bilion.[11] Empat syarikat yang diambilalih ialah Saujana Triangle Sdn Bhd, MK Development Sdn Bhd, MKN Properties Sdn Bhd dan Mallika Holdings Sdn Bhd.[12] Pengambailalihan ini akan membolehkan syarikat itu memiliki kepelbagaian produk, lokasi serta campuran unik dalam sektor hartanah.[13]

Pada Disember tahun yang sama, MK Land memperoleh jualan RM992 juta bagi dua projek hartanah yang dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan lebih banyak kediaman mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah.[14]

Pada Jun 2003, MK Land menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review Sdn Bhd dengan harga RM6,739,674 selepas Mustapha Kamal bercadang mahu menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan.[5]

Di bawah kepimpinan Mustapha Kamal, MK Land menjadi sebuah syarikat pengurusan hartanah yang berjaya membangunkan kawasan yang dahulunya agak terpencil dan tidak mendapat perhatian kepada kawasan elit yang lengkap dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi.[5]

Tidak hanya terbabit dalam bidang hartanah, MK Land juga terkenal dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown Resort dan Langkawi Lagoon.[5]

MK Land juga terbabit dalam tenaga boleh diperbaharui dengan pembangunan loji fotovolta (PV) solar berskala besar 10.95 megawatt (MW) di Kerian, Perak. Ia telah melantik Solarvest Holdings Bhd sebagai penyedia penyelesaian kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk projek itu.[15]

MK Land FC[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2000, MK Land telah menubuhkan kelab bola sepak yang dinamakan MK Land FC. Kelab ini telah bermain di dalam Liga FAM Malaysia 2003 dan menjadi naib juara. Mereka kemudiannya dinaikkan ke Liga Premier Malaysia 2004 bersama dengan PKNS FC.[16][17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Faizatul Farhana Farush Khan (18 Mac 2014). "'Pak Cik' Mustapha: Rajin kunci kejayaan". Berita Harian. Dicapai pada 15 Oktober 2019.
  2. ^ Mehmed Aezhad (12 Mac 2021). "Kenali Tan Sri Mustapha Kamal – Jutawan Hartanah Melayu". Majalah Labur. Dicapai pada 15 Oktober 2021.
  3. ^ a b Adam Aziz (27 September 2021). "MK Land posts highest quarterly profit in six years as property income jumps" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Markets. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  4. ^ Sheila Singam (8 Jun 2001). "MK Land: Housing the masses" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  5. ^ a b c d e f Mohd Zaky Zainuddin (25 Julai 2022). "Negara kehilangan tokoh hartanah Melayu". Berita Harian. Dicapai pada 15 Oktober 2022.
  6. ^ a b c d "From biscuit maker to property developer" (dalam bahasa Inggeris). Business Times. 3 September 1999. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  7. ^ Mona Fairuz Nordin (11 Ogos 1997). "Perfect Food - from biscuits to property" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  8. ^ "MK Land's debut on bourse commendable" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 28 Ogos 1999. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  9. ^ Roziana Hamsawi (3 September 1999). "MK Land aims to be leader in industry" (dalam bahasa Inggeris). Business Times. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  10. ^ Ahmad Shahrul Nizam Muhammad (2 Oktober 1999). "MK Land laksana 3 projek mega". Harian Metro. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  11. ^ "MK Land ambil alih empat syarikat". Berita Harian. 11 Julai 2000. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  12. ^ "Correction" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 12 Julai 2000. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  13. ^ Ahmad Fiesal Othman (24 Julai 2000). "MK Land milik pelbagai produk hartanah". Berita Harian. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  14. ^ Ahmad Fiesal Othman (8 Disember 2000). "Jualan dua projek MK Land RM992j". Berita Harian. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  15. ^ Surin Murugiah (15 Julai 2022). "MK Land diversifies into renewable energy" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Markets. Dicapai pada 21 Oktober 2022.
  16. ^ "MK Land FC jasa Mustapha Kamal terhadap bola sepak". Berita Harian. 25 Julai 2022. Dicapai pada 21 Oktober 2022.
  17. ^ "MK Land FC late Mustapha Kamal's contribution to football" (dalam bahasa Inggeris). Sinar Daily. 25 Julai 2022. Dicapai pada 21 Oktober 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]