Pergi ke kandungan

Bukit Merah Laketown Resort

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bukit Merah Laketown Resort

Bukit Merah Laketown Resort atau 'Bukit Merah Water Park' adalah sebuah pusat rekreasi bertema taman tasik yang menarik dan indah yang dibuka pada tahun 1997 terletak di Tasik Bukit Merah, Gunung Semanggol, daerah Bagan Serai/ Selama ,Perak, Malaysia. Syarikat Emkay / MK Land Hotels & Resorts yang dipunyai Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar telah membangunkan kawasan ini dengan kerjasama kerajaan negeri Perak sebagai kawasan pelancongan. Pengunjung boleh tidur di hotel-hotel dan apartmen dengan harga yang menarik.

Pusat rekreasi ini menyediakan banyak permainan termasuk gondola , taman air dan pulau orang utan. Terdapat juga mini zoo dengan pelbagai spesies haiwan liar yang jarang dijumpai seperti temburung. Taman tema air seluas 4.4 hektar itu mempunyai 14 jenis permainan seperti gelongsor, kolam ombak, 'Giant Wet Bubble', 'Lazy River' dan 'Giant Tube Slides' serta taman air kanak-kanak 'Kids Adventure River' serta 'Kids Perak Mining Pool'. Pengunjung pasti terhibur dengan pertandingan boling kelapa, 'hula hoop', 'limbo rock', 'telaga ping-pong', 'fear factor', aktiviti menyelam, 'chicken dance' serta pertandingan mencari harta karun.

Pulau Orang Utan

[sunting | sunting sumber]

Pelan pemeliharaan Orang Utan di Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dibangunkan sejak tahun 2000. Spesies itu mampu hidup di luar kepulauan Borneo yang menjadi habitat asalnya. MK Land menubuhkan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YPOUBM) bagi menyediakan dana penyelidikan dan pembangunan orang utan.

Orang utan ini akan dipindahkan pula ke 'Pulau BJ' dengan bantuan penyelidik Orang Utan dari Universiti Kyoto, Jepun bagi memantau pelepasan spesies terbabit di pulau seluas 5.6 hektar itu.