Pergi ke kandungan

Maher Zain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maher Zain
Zain membuat persembahan di Konya, Turki Mac 2014
Maklumat latar belakang
Nama lahirMaher Mustafa Maher Zain
Juga dikenali
sebagai
Maher (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Kelahiran (1981-07-16) 16 Julai 1981 (umur 44)
Tripoli, Lubnan
AsalSweden
WarganegaraSweden Sunting nilai ini di Wikidata
GenreR&B Sunting nilai ini di Wikidata
PekerjaanPenyanyi, Penulis lirik, Komposer, Pelakon
Alat muzikGitar, suara, piano dan dram Sunting nilai ini di Wikidata
Tahun aktif2009 - kini
Syarikat rakamanAwakening Music
Kegiatan berkaitanAli Magrebi, Hamza Namira, Mesut Kurtis, Raef, Humood Alkhudher, dan Harris J.
Pautan berkaitan
Pautan lainSpotify: 6PUZZX4GCzeFS0GaDWxVwz Apple Music: 335438840 Deezer: 1336994 Last.fm: Maher+Zain MusicBrainz: 70ac6b1c-6070-4e4b-a752-25ad8beeaddf Discogs: 3859924 AllMusic: mn0002772562
Facebook: MaherZain X: MaherZain Instagram: maherzainofficial YouTube (pengguna): MaherZain YouTube: UCMBXjVFU51CJ047U1Wp3JKQ TikTok: maherzainofficial Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Maher Zain (lahir 16 Julai 1981) ialah seorang penyanyi Sweden dan penerbit muzik yang berasal dari Lubnan. Album pertamanya Thank You Allah yang terdiri daripada 13 buah lagu dan dua lagu bonus dirakamkan pada 1 November 2009. Muzik video beliau di laman YouTube telah mengumpul lebih daripada 5 juta tontonan

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Maher Zain lahir pada 1981 di Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika Maher hanya lapan tahun, di mana dia melanjutkan persekolahannya. Maher mendapat papan nada pertama ketika dia hanya sepuluh tahun. Dia kemudiannya memasuki universiti dan mendapat gelaran sarjana muda dalam Kejuruteraan Penerbangan. Ketika masa remajanya, dia selalu menghabiskan masa di sekolahnya dengan rakan-rakan bilamana mereka akan bernyanyi, ber-"rap", menulis dan bereksperimen dengan muzik dalam segala hal.[1]

Setelah terlibat untuk sementara di dunia muzik sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan dengan RedOne, seorang penerbit muzik di dunia muzik di Sweden yang berketurunan Maghribi. Maher mula bekerja dengan RedOne dan kemudian berpindah ke New York. Pada bulan Januari 2009, Maher Zain mula mencipta lagu dan membuat album serta menandatangani kontrak dengan Awakening Records. Maher mendapat inspirasi mengenai muzik daripada ayahnya, yang merupakan penyanyi yang bernyanyi di bandar Mediterranean Tripoli, Lubnan.

Maher telah membuat konsert percuma di Bahrain, dan juga di konsert Spring di Universiti Amerika di Kaherah, Mesir.

Maher Zain & Svante Thuresson

Penghargaan dan anugerah

[sunting | sunting sumber]

Lagu Agama Terbaik untuk tahun 2009 daripada Nujoom FM (stesen radio muzik terbesar di Mesir) untuk "Ya Nabi Salam Alayka".

Pada 14 September 2011, Maher Zain diumumkan sebagai salah seorang calon untuk Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM) bagi kategori "Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara", untuk lagunya "Insha Allah (Malay)".[2]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Penampilan lain

[sunting | sunting sumber]

Maher Zain telah muncul dalam satu sinetron Indonesia bertajuk Insya-Allah. Drama berjumlah 40 episod berkenaan telah ditayangkan sempena Ramadan yang di saluran Astro Oasis dan Astro Mustika HD bermula dari 17 Julai 2012 jam 5.30 petang, serentak dengan penayangannya di stesen televisyem Indonesia SCTV.[3]Dan Pesantren Rock N Roll

  1. ^ Entertainment (2011-08-10). Maher Zain's Hip but Pious Soundtrack to the Arab Spring. The Atlantic dicapai pada 10 Oktober, 2011
  2. ^ http://ohartis.com/2011/09/senarai-pencalonan-aim-18-2011/
  3. ^ Maher Zain bintangi sinetron Diarkibkan 2012-06-28 di Wayback Machine Harian Metro dicapai pada 26 Jun, 2012

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]