Pergi ke kandungan

Astro Mustika HD

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Astro Mustika HD
Negara Malaysia
Ibu pejabatKuala Lumpur Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
Saluran saudaraAstro Ria
Astro Prima
Astro Oasis
Tara HD
Hello
Go Shop 118
Go Shop 120
Astro Warna
Astro Box Office Movies Tayangan Hebat
Astro Citra
Astro Bella
Astro Maya HD
Bintang
Pelangi
Sejarah
Dilancarkan21 Mei 2012
Ditutup1 Oktober 2018
Digantikan olehAstro Citra HD
Pautan
Laman webwww.gempak.com

Astro Mustika HD ialah saluran televisyen satelit ke udara yang dimiliki oleh Astro dan dilancarkan pada 21 Mei 2012 dalam pek "Mustika" (dibubarkan dan bergabung dengan Primary Pack pada November 2021). Astro Mustika HD merupakan saluran Melayu Astro pertama yang disiarkan dalam definisi tinggi (HD) yang menampilkan filem tempatan, telenovela, komedi, konsert, dan sebagainya dari semua saluran Melayu Astro termasuklah Astro Ria, Prima, Oasis, Warna, Citra dan Bella (sebelum program dari Astro Ria, Prima dan Oasis bersiaran di Astro Maya HD).

Ia mengantikan saluran interaktif mesej pertama Astro, Astro @15 yang telah ditamatkan pada 1 Mei 2012, sekali gus Astro menawarkan pratonton secara percuma kepada pelanggan Astro B.yond yang tidak mempunyai pakej Mustika atau HD Pack sehingga 31 Julai 2012.[1]

Hampir 6 tahun bersiaran, Astro Mustika HD akhirnya ditamatkan pada 30 September 2018 kerana saluran dari pek Mustika bakal berdefinisi tinggi secara kendiri (lagi-lagi Astro Warna sejak Mei 2017). Walau bagaimanapun, Mustika HD telah digantikan dengan saluran HD kendiri serentak Astro Citra pada sebulan kemudian, juga nombor saluran tersebut dipindahkan dari saluran 134 ke saluran 126 dan seterusnya berpindah ke saluran 108 pada 1 April 2020 akibat Astro mengutamakan saluran HD dihadapan.[2]

Rancangan Tv

[sunting | sunting sumber]

Drama Terbitan Astro

[sunting | sunting sumber]
  • Kusinero Cinta (26 Mei 2014 - 8 Oktober 2014)
  • Bercakap Dengan Jin (4 November 2014 - 27 Januari 2015)

Biografi istimewa karier 6 pengarah tersohor di Malaysia sempena projek Karya 12.

Bil Judul Tarikh Tayangan Pengarah Lakonan Lagu Tema Nota
1 Wau Kasih 30 April 2016 Sabri Yunus Pekin Ibrahim, Sharifah Sakinah, Sabri Yunus Mengisahkan tentang kisah pengorbanan seorang ayah untuk membantu keluarga namun ianya disalah erti oleh anak-anaknya.
2 Pangkalan Batu 6 1 April 2016 Remy Ishak, Fathia Latiff, Haleeda Mazlin, Anne Abdullah "Srikandi Cintamu" M. Nasir
3 Chalie 7 Mei 2016 Bernard Chauly Cristina Suzanne Stockstill, Akhmal Nazri, Nadiah Aqilah "Tenanglah" Takahara Suiko Jiwa wanita amat susah untuk difahami kisah Chalie yang menghadapi konflik diri sehingga menyebabkan dia terpaksa berpisah dengan suami tercinta. Namun dia mula melalui pelbagai cabaran tanpa suaminya.
4 Eropah, Here I Am 8 Mei 2016 Bront Palarae, Lila Baklesi, Nur Fazura
5 Syahadah Yang Hilang 14 Mei 2016 Ghaz Abu Bakar Lisa Surihani, Shafiq Kyle, Didie Alias Kisah kasih sayang seorang ibu yang sanggup mewarisi saka kecantikan keturunan kerana ingin menyelamatkan anaknya.
6 Lampu Merah 15 Mei 2016 Ucoop, Nora Danish, Pablo Amirul, Didie Alias "Romeo" nyanyian Stacy Si lelaki sukakan si perempuan, tanpa sedar yang si perempuan itu psiko & obses dengan cintanya. Cara untuk selamatkan diri hanya dengan jatuh cinta dengan si perempuan semula.
7 Alien Janda Baik 21 Mei 2016 Yusry Abdul Halim Ben Amir, Mimi Ernida, Cat Farish, A.R. Badul
8 Rongples Rongtaim 22 Mei 2016 Kamal Adli, Tauke Jambu, Bell Ngasri, Chew Kim Wah, Alvin Martin, Chelsia Ng, Ayahanda Rani Kulup Kisah mengenai sebuah kemalangan yang berlaku di simpang jalan di antara 3 kereta melanggar Raja Report Malaysia telah menyebabkan huru-hara berlaku.
9 Roti Canai Love Story 28 Mei 2016 Michael Ang Amerul Affendy, Chelsia Ng
10 Kulit 29 Mei 2016 Fizz Fairuz, Sharifah Sakinah, Zaidi Omar Puteri Balqis, Nabila Huda, Ellie Suriaty Satu demi satu pembunuhan misteri berlaku di sebuah perkampungan di Kelantan, di mana kulit mangsa akan di ambil dan dipercayai untuk dijadikan wayang kulit.
11 Balapan 4 Jun 2016 Osman Ali Fikree Bakri, Fimie Don
12 Bidadari 5 Jun 2016 Aiman Hakim Ridza, Tya Ariffin, Beto Kusyairy, Lia Natalia, Wan Hanafi Su, Normah Damansuri Seorang gadis terperangkap di antara dua dunia percintaan, sebuah cinta suci dari alam realiti dan juga cinta yang penuh misteri dan kehitaman dari alam mistik.

Telenovela

[sunting | sunting sumber]
  • Emperatriz
  • Pasión Morena
  • Pobre Diabla Daniela
  • Forever Yours
  • Infamia
  • Quererte Asi
  • Primera Dama
  • Mama Mechona
  • Grachi

Istimewa Hari Ramadan & Raya Aidilfitri

[sunting | sunting sumber]

Program Astro Mustika

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Astro lancar saluran Mustika HD Senasasi Selebriti (17 Mei 2012). Diperoleh pada 1 Oktober 2012.
  2. ^ Astro tamatkan siaran saluran Mustika HD dan Bella The Vocket (30 September 2018). Dicapai pada 1 Oktober 2018.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]