Anugerah Industri Muzik ke-18

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) ialah merupakan acara penganugerahan muzik tahunan anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 November 2011. AIM 18 melakar sejarah kerana menggugurkan kategori album terbaik mengikut genre, berubahnya tempat acara dari Pusat Dagangan Dunia Putra kepada Stadium Putra, dan bertukarnya penyiar rasmi dari ntv7 ke Astro.

AIM18 merupakan kali pertama dianjurkan sepenuhnya oleh RIM tanpa bantuan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), namun PAIMM bertanggungjawab melantik para pengadil. Majlis penganguerahan ini diacarakan oleh Zizan Razak dan AC Mizal, dengan bantuan Diana Danielle dan Awal Ashaari. Anugerah Album Terbaik pula dirangkul oleh Dato' Sheila Majid dengan "The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid". Anugerah Lagu Terbaik pada mulanya dikurniakan kepada Yuna untuk lagu "Penakut", tetapi tidak lebih dua minggu selepas penganjuran majlis AIM18, anugerah berkenaan ditarik balik daripada Yuna dan diberikan pula kepada "Sedetik Lebih" oleh Anuar Zain[1], dalam salah satu kontroversi tergempar yang pernah melanda AIM. (Rujuk Kontroversi - Lagu Terbaik untuk maklumat lanjut.)

Inilah kali pertama penyanyi nombor satu negara , Dato' Siti Nurhaliza tidak menerima pencalonan[2] dalam sebarang kategori dalam AIM setelah memonopoli kebanyakan kategori sejak tahun 1997, kerana beliau tidak mengeluarkan sebarang rakaman muzik sepanjang tempoh kelayakan yang lebih lama daripada biasa (1 Januari 2010 hingga 30 Jun 2011).

Am[sunting | sunting sumber]

Majlis AIM yang sebelum ini dianjurkan sekitar April dan Mei telah dilewatkan ke November disebabkan oleh pembaharuan AIM yang dirancangkan oleh RIM setelah Norman Abdul Halim menjadi Pengerusi persatuan pada tahun 2010. Norman menafikan bahawa kesuraman industri muzik tanahair menjadi punca penundaan itu, sebaliknya berjelas, "Material yang ada sekarang sememangnya cukup dan semakin bertambah. Walaupun album kurang tapi produk digital meningkat dan diiringi dengan penghasilan klip video. Jadi itu bukan punca dilewatkan sebaliknya kita mahu menyuntik pelbagai pembaharuan demi kebaikan."[3] Sehubungan dengan itu, tempoh pencalonan AIM18 dipanjangkan kepada 18 bulan, iaitu dari 1 Januari 2010 hingga 30 Jun 2011.[3]

Seperti yang diumumkan dalam sidang media AIM18 yang pertama di Hotel Maya, Kuala Lumpur pada 28 Jun 2011,[4] penganjuran AIM18 nyata menyaksikan banyak perubahan daripada edisi-edisi yang sebelumnya. Yang paling penting sekali ialah pengguguran anugerah-anugerah album terbaik mengikut genre, maka hanya tinggal satu anugerah Album Terbaik keseluruhan untuk mencerminkan arah aliran pasaran muzik yang tidak menyebelahi jualan album, sebaliknya memberati jualan single secara muat turun digital. Mengulas tentang penyingkiran kategori ini, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri RIM, Rosmin Hashim berkata, "Sambutan kurang menggalakkan daripada segi pencalonan juga menyebabkan RIM mengambil keputusan memberi anugerah kepada satu saja Album Terbaik, mengambil kira kualiti dalam serba-serbi, susunan muzikal, kualiti lagu dan kualiti rakaman, tanpa mengira genre muzik."[5]

Tempat acara AIM juga berpindah dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ke Stadium Putra Bukit Jalil. Menurut Naib Pengerusi RIM, Adrian Lim, "Pertukaran lokasi bertujuan membolehkan lebih ramai peminat dan penyokong artis tanah air menghadirinya, apatah lagi lokasi baru mampu menampung kapasiti lebih besar. Lebih menarik, tiket untuk kemasukan menyaksikan kemuncak AIM18 akan diedarkan percuma."[5] Astro Ria mengambil alih tugas ntv7 selaku penyiar TV rasmi AIM, manakala Era menjadi penyiar radio rasmi.

Sidang media kedua diadakan di Kuala Lumpur untuk mengumumkan senarai finalis AIM18. Sepanjang setahun setengah menerima pencalonan, sebanyak 811 penyertaan diterima iaitu kurang berbanding 927 pada edisi lalu.[6] Penggubah muzik terkenal Ramli M.S. menyandang jawatannya sebagai Ketua Hakim AIM[6] yang menerajui seramai 83 orang juri[7] dalam pemilihan pemenang bagi semua kategori, kecuali Anugerah Khas Artis Mobile Terbaik tajaan Celcom yang diberikan kepada seniman yang paling banyak muat turun lagunya sepanjang tempoh kelayakan.

Penyampai[sunting | sunting sumber]

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Calon dan pemenang[sunting | sunting sumber]

Perhatian: Nama pememang ditebalkan dan diletakkan di tempat atas.

Album Terbaik Lagu Terbaik* Artis Baru Terbaik
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu
Kulit Album Terbaik Rakaman Album Terbaik Video Muzik Terbaik
Lagu Pop Etnik Terbaik Lagu Nasyid Terbaik Lagu Rock Terbaik Lagu Pop Terbaik
  • "Joget Tak Senang Hati" – Adibah Noor
    • "Katakanlah" – Amirah Ali
    • "Santun Berpesan" – Castury feat Ayati Tasrip
    • "HambaMu" – Mawi & Akhil Hayy
    • "Falsafah Laksamana" – Zali Redang
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang
Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara
  • "Got To Go" – Najwa Mahiaddin (Najwa Mahiaddin)
    • "Years From Now" – Aizat Amdan (Aizat & Anas)
    • "Innocence Soul" – Najwa Mahiaddin (Najwa Mahiaddin)
    • "What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure" – Reza Salleh (Reza Salleh)
    • "Stracciatella" – Reza Salleh (Reza Salleh)
Catatan

* Asalnya dianugerahkan kepada lagu "Penakut" oleh Yuna, tetapi ditarik balik dan dianugerahkan pula kepada "Sedetik Lebih".

Anugerah Khas[sunting | sunting sumber]

  • Artis Mobile Terbaik Celcom: 6ixth Sense
  • Anugerah Kembara: Yuna
  • Anugerah Sri Wirama: Beh Suat Pheng, bekas Pengarah Pengurusan EMI Malaysia

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Boikot[sunting | sunting sumber]

Setelah senarai calon diumumkan, AIM18 dilanda kontroversi apabila berdepan dengan ugutan boikot oleh sesetengah seniman yang tidak berpuas hati dengan sistem pencalonan baru yang dibuat oleh pihak penganjur itu.[8] Titik berat ketidakpuasan hati mereka ialah didakwa terdapat beberapa calon yang layak tidak menepati fasal negara asal dalam peraturan AIM18, iaitu setiap album haruslah sekurang-kurangnya 60 peratus dihasilkan oleh anak Malaysia, dihasilkan di Malaysia, dan juga berbahasa Melayu; dan untuk single pula, ia mesti 100 peratus digubah oleh komposer tempatan dan juga di bawah label tempatan.[9]

Menjelaskan persoalan ini, seorang jurucakap PAIMM membuat kenyataan, "Artis atau tenaga kerja luar negara masih layak bertanding seandainya mereka bernaung di bawah label tempatan. Sebaliknya, jika seseorang artis Malaysia itu menyanyikan lagu komposer Malaysia, tetapi bernaung di bawah label luar negara, dia masih tidak layak."[9]

Lagu Terbaik[sunting | sunting sumber]

Pemilihan lagu "Penakut" yang dicipta oleh Yuna, sebagai Lagu Terbaik telah memberikan reaksi yang mengejutkan oleh pelbagai pihak. Hal ini kerana lagu tersebut tidak memenangi sebarang kategori genre lagu, malah lagu ini tewas kepada lagu "Sedetik Lebih" ciptaan Edry Abdul Halim nyanyian Anuar Zain bagi kategori Lagu Pop Terbaik.

Edry (kiri), menerima trofi daripada Yuna (tengah), bersebelahan Anuar Zain (kanan), pada sidang media tersebut

Namun begitu, kemenangan Yuna ditarik balik dan trofi itu diserahkan kepada "Sedetik Lebih" ekoran kesilapan teknikal yang dihadapi oleh pihak penganjur, yang mana para pekerja Ernst & Young, firma audit yang dipertanggungjawabkan untuk mengaudit keputusan AIM18, didapati tersalah tafsir peraturan AIM18.[10] Rupanya panel juri dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan berasingan bagi setiap kategori, yang mana 10 orang juri bagi Lagu Terbaik memberikan markah tertinggi kepada "Penakut" tanpa menghiraukan keputusan 23 orang juri bagi Lagu Pop Terbaik yang menyebelahi "Sedetik Lebih".[7] Menurut laporan berita, pihak penganjur tidak menolak bahawa Yuna mendapat markah tertinggi dalam penjurian tapisan ketiga, namun atas sebab kriteria yang ditetapkan, markah tersebut tidak diambil kira.[11].

Ini merupakan kali pertama kejadian sedemikian berlaku dalam sejarah penganjuran AIM yang sudah mencecah 18 tahun penganjuran, dan juga peristiwa mengaibkan yang membuat orang awam meragui kredibiliti para juri.[7] Pihak penganjur meminta maaf semasa sidang media semalam disusuli dengan penyerahan trofi oleh Yuna kepada Anuar Zain selaku penyanyi lagu tersebut, dan Edry Abdul Halim, selaku pencipta lagu tersebut.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anugerah Lagu Terbaik AIM 18 Ditarik Balik, Sensasi Selebriti, 25 November 2011. Dicapai pada 25 November 2011.
  2. ^ AIM18: Gabungan Artis Baru & Lama, yoyooh!, 19 September 2011. Dicapai pada 25 November 2011.
  3. ^ a b AIM 18 Akan Diadakan Pada Suku Keempat 2011, Murai, 17 Disember 2010. Dicapai pada 14 September 2011.
  4. ^ ke 18 hujung tahun ini!, Era.fm. Dicapai pada 14 September 2011.
  5. ^ a b besar AIM18, Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2011.
  6. ^ a b Top 5 Calon Anugerah Industri Muzik 18, Sensasi Selebriti, 14 September 2011. Dicapai pada 14 September 2011.
  7. ^ a b c Kredibiliti Juri Tercemar, Salah Siapa?, gua.com.my, 25 November 2011. Dicapai pada 26 November 2011.
  8. ^ 18 Diboikot?, Gua.com.my, 21 Oktober 2011. Dicapai pada 12 November 2011.
  9. ^ a b Kontroversi AIM18 berterusan, Kosmo!, 18 September 2011. Dicapai pada 12 November 2011.
  10. ^ Surat Penjelasan Ernst & Young Kepada RIM Berkaitan Penarikan Trofi Yuna, Ohbulan!, 25 November 2011. Dicapai pada 25 November 2011.
  11. ^ Trofi Yuna Ditarik Semula Kerana Kesilapan Pekerja Ernst & Young, ohbulan!, 24 November 2011. Dicapai pada 25 November 2011
  12. ^ Trofi milik Anuar Zain, Harian Metro. Dicapai pada 25 November 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]