Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Majeedah Bolkiah)
Jump to navigation Jump to search
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri
PasanganYang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil (k.2007)
AnakandaYAM Pengiran Anak Abdul Hafeez
YAM Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah
Nama penuh
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah
KerabatIstana Nurul Iman, Brunei
AyahandaKebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan haji hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Suifuddien Sa'adul Khairi Waadien
BondaKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Binti Almarhum Pengiran Pemancha pengiran Anak Haji Mohamed Alam
AgamaIslam

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah[1] (lahir 16 Mac 1976) merupakan anakanda keempat kepada Hassanal Bolkiah dan isterinya, Pengiran Anak Saleha.

Puteri Majeedah mempunyai a BA (Hons) Administration and Public Policy daripada Universiti Brunei Darussalam. Beliau turut memiliki Master dalam Pembangunan Persekitaran daripada King’s College of the Universiti London.

Puteri Majeedah kini merupakan Pegawai Persekitaran Kanan dan Ketua Jabatan Pengurusan dan Perancangan, Taman dan Rehlah, satu agensi dalam Kementerian Pembangunan. Salah satu tugas Jabatan Pengurusan dan Perancangan adalah bagi menilai Lapuran Penilaian Kesan Persekitaran bagi Pembanginan Tapak Industri Sungai Liang. Majeedah telah menyelia beberapa projek yang berjaya, termasuk Forum Pemuda ASEAN berkenaan Alam Semulajadi, yang diadakan 8 Januari, 2007.

Majeedah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tugas Khas di unit Alam Semulajadi (Environmental Unit), satu seksyen bagi Kementerian Pembangunan bertanggung jawab bagi hal-ehwal strategi dan polisi alam sekitar, pada 11 Februari, 2002. Antara hasil penulisan beliau termasuk: Environmental Management Guidelines for Quarry Activity; dan Position Paper on Brunei’s Accession to the Basel Convention to Control the Disposal and Transboundary Movement of Hazardous Wastes.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Jun 2007, Puteri Majeedah berkahwin dengan Khairul Khalil. Khairul dianugerahi gelaran kerabat YAM Pengiran Anak

Pasangan diraja ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.

Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez (2008-03-18)18 Mac 2008 Istana Nurul Iman, Brunei 12 tahun dan 10 hari
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah (2010-01-06)6 Januari 2010 Istana Nurul Iman, Brunei 10 tahun, 2 bulan dan 22 hari

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1Brunei Princess Weds in Lavish Ceremony

Brunei