Makan uri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ibu kambing makan uri.

Sesetengah haiwan mamalia memakan uri sendiri sebaik sahaja melahirkan anak.

Uri mengandungi sejumlah banyak prostaglandin yang merangsang involusi (kelengkungan atau penembusan ke dalam, atau pengecutan atau pemulihan ke saiz asal) uterus, dan oleh itu membersihkan uterus. Uri juga mengandungi sedikit bahan oksitosin yang melegakan tekanan kelahiran serta membuat otot-otot licin di sekitar sel-sel mama untuk mengendur dan memancurkan susu. Tidak banyak kajian yang bertujuan membuktikan bahawa makan uri ini mendatangkan kesan-kesan hormon tersebut.

Juga difikirkan bahawa tabiat makan uri ini bertujuan untuk menyembunyikan sebarang kesan kelahiran anak daripada pemangsa di rimba. Kebanyakan mamalia beruri mengamalkan makan uri, termasuklah yang maun; kecuali yang tergolong dalam rumpun anjing laut, ikan paus, unta dan (lazimnya) manusia. Tabiat makan uri telah diperhatikan bagi golongan Insectivora, Rodentia, Chiroptera, Lagomorpha, Carnivora, Perissodactyla, Artiodactyla (kecuali unta), dan Primates. Marsupial iaitu mamalia berkantung menyerap dan bukan mengeluarkan uri, maka ia tidak boleh makan uri, tetapi ia ada rajin-rajin menjilat cecair kelahiran yang dirembeskan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mark B. Kristal (2 February 1980), "Placentophagia: A Biobehavioral Enigma", Neuroscience & Biobehavioral Reviews, 4: 141–150, doi:10.1016/0149-7634(80)90012-3, diarkibkan daripada asal pada September 30, 2007, dicapai 2007-12-12