Malaysia LNG Sdn Bhd

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Loji Malaysia LNG Sdn Bhd dibina di atas tanah kawasan seluas 223 hektar dan juga menduduki tanah yang dimiliki oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu seluas 82 hektar bagi menyediakan kelengkapan untuk operasi pemunggahan dan perkapalan .

Urutan Peristiwa[sunting | sunting sumber]

  • 1971 penemuan gas asli di perairan Sarawak yang agak besar simpanannya. Antaranya ialah lapangan gas Luconia Tengah di luar pantai Sarawak. Terdapat kira-kira 509 ribu juta meter padu gas asli.
  • 1972 rundingan untuk perjanjian usahasama antara Malaysia dan Shell telah bermula peringkat demi peringkat.
  • 1976 rundingan Petronas dengan Mitsubishi tentang bagaimana projek gas asli cecair tersebut patut dimulakan. Rundingan dengan Mitsubishi kerana Mitsubishi telah mengadakan kerjasama dengan Shell dalam pengeluaran gas asli cecair di Brunei .
  • Shell Internationale Petroleum Maatsscappij (SIPM) telah dilantik sebagai perunding teknik. 50 sumber kewangan untuk projek ini diperolehi dari pasaran 'Eurodollar'.
  • 1978 tenaga kerja MLNG hanya berjumlah 28 orang. Ramai yang enggan pindah ke Bintulu. Penduduk Sarawak juga enggan pergi ke Bintulu kerana kekurangan kemudahan infrastruktur. Bintulu sebuah tempat yang sangat terpencil yang menimbulkan masalah penghantar peralatan dari semua sumber di selurub dunia. Tapi tahun 1983, tenaga kerja berjumlah 500 orang.
  • Februari 1979 pemberian kontrak penyediaan tapak yang melibatkan pembersihan , penggalian parit , pendataran dan pemasangan pagar tapak loji.
  • 13 September 1979 Perjaniian jual Beli Gas Asli Cecair dipersetujui.
  • Mei 1980 kerja-kerja pembinaan MNLG bermula walaupun kawasan tempat tinggal sudah dibina terlebih dahulu.
  • Februari 1981 hampir suku dari kerja-kerja pembinaan di tapak MLNG di Tanjung Kidurong telah siap. Ia termasuklah pengkjalan gas asli cecair , stesen penyejuk pengambilan air , tangki-tangki simpanan gas asli cecair , saluran paip gas asli cecair , kompleks perumahan MLNG , pejabat pentadbiran , rumah kelab dan lain-lainkemudahan .
  • 7 Ogos 1982 pengaliran pertama gas yang dibekalkan dari pelantar E11 dilakukan dengan jayanya. Bekalan gas mengalir pada kadar 11.3 juta meter padu sehari.
  • Disember 1982 Pelabuhan Bintulu telah siap untuk digunakan bagi penghantaran gas asli cecair yang pertama ke Jepun.
  • 19 Januari 1983 pelaksanaan projek gas asli cecair , Malaysia LNG Sdn Bhd di Tanjung Kidurong, Bintulu, [Sarawak]] bernilai RM7,200 juta.
  • 27 Januari 1983 kelima-lima pam di Pelabuhan Bintulu menjalankan operasi pengepaman ke kapal-kapal tangki gas asli cecair. Kapal tangki gas asli cecair disea dari MISC . MISC pula telah menandatangani Perjanjian Operasi dengan Shell Tankers dari United Kingdom bagi membekalkan anak kapal tangki gas asli dan melatih pegawai perkapalan tempatan.