Marek Edelman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marek Edelman
מאַרעק עדעלמאַן
Kelahiran1919 or 1922
mungkin Homel, Republik Rakyat Ukraine[1] atau Warsaw, Poland[2]
Meninggal duniaOktober 2, 2009 (90 atau 87)
Warsaw, Poland
DisemadikanTanah Perkuburan Yahudi Warsaw
Kesetiaan Serikat Buruh Yahudi Umum
Pertubuhan Juangan Yahudi
Tentera Rakyat Poland
Tahun perkhidmatan1942–1944
PangkatNaib komander (ŻOB)
PertempuranPerang Dunia Kedua
AnugerahLégion d'honneur[3][4]
Darjah Helang Putih[3]
Universiti Yale, jiazah hormat[3]

Marek Edelman (Bahasa Yiddish: מאַרעק עדעלמאַן; 1919/1922 – 2 Oktober 2009) seorang ahli doktor jantung dan aktivis Poland. Beliau menganggotai Serikat Buruh Yahudi Umum yang memperjuangkan hak pekerja Yahudi senegaranya. Sejurus Schutzstaffel Jerman yang menakluk banyak kawasan Poland melaksanakan Langkah Besar (Grossaktion) yang menahan semua orang Yahudi Warsaw untuk disinggahkan di Perumahan Warsaw sebelum menuju ke Treblinka; beliau menubuhkan bersama Pertubuhan Juangan Yahudi yang terlibat dalam Pemberontakan Ghetto Warsaw dan Kebangkitan Warsaw menentang pihak Nazi.[5]

Beliau menelaah pengajian perubatan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua menjadi seorang pakar jantung. Beliau turut melibatkan diri dalam banyak pertubuhan menentang pemerintahan komunis Republik Rakyat Poland termasuk Solidarność[6] serta mengarang banyak buku mengenai sejarah penentangan Nazi orang Poland.[7]

Tidak seperti banyak orang Yahudi Warsawa yang terlibat dalam Kebangkitan Warsawa yang terkesan dengan pembunuhan ramai ahli keluarga mereka sehingga memilih "berangkat" ke Palestin menduduki petempatan Israel sana, Marek kuat menentang fahaman Zionisme apatah lagi meragui ketahanan rancangan pembentukan negara itu[8][9][10][11] yang dilihat mengkhianati semangat perjuangan membela diri bangsa mereka selain bersimpati dengan nasib orang Palestin,[12][13] beliau sendiri enggan menerima tawaran berhijrah bahkan menyimpan kewarganegaraan Poland beliau mengguris hati keturunan rakan seperjuangannya yang Zionis.[14][15]

Senarai karya[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • I była miłość w getcie (2009, disunting Paula Sawicka) Świat Książki ISBN 978-83-247-1416-2
  • Getto walczy. Udział Bundu w obronie getta warszawskiego (1945) Łódź: Wydawnictwo CK Bund[16]
  • Resisting the Holocaust: Fighting Back in the Warsaw Ghetto (2004) Ocean Press. ISBN 1-876175-52-4, (Excerpt online)
  • Nieznane zapiski o getcie warszawskim (2017). Wydawnictwo Fundacja Zeszytów Literackich, ISBN 9788364091919[17]

Perubatan[sunting | sunting sumber]

  • Ostra nerczyca z bezmoczem w poronieniach zakażonych (bersama Włodzimierz Musiał, 1954)
  • Zawał serca: z doświadczeń Oddziału Intensywnej Terapii Szpitala im. Dr M. Pirogowa w Łodzi (1975) Łódź: Komitet Redakcyjny Posiedzeń Naukowych Oddziału Kardiologii i Reanimacji

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "90. urodziny Marka Edelmana" Gazety Łódzkiej melalui Gazeta.pl.
  2. ^ "Marek Edelman nie żyje"' (Okt 2, 2009), Gazeta.
  3. ^ a b c Scislowska, Monika, "Warsaw ghetto uprising leader Edelman dies at 90", News, Associated Press, dicapai pada November 1, 2015
  4. ^ "Warsaw Ghetto uprising leader Marek Edelman dies at 90". The Daily Telegraph. London, UK. 2009-10-03. Dicapai pada 2009-10-04.
  5. ^ Richie, Alexandra (2013-12-10). Warsaw 1944: Hitler, Himmler, and the Warsaw Uprising (dalam bahasa Inggeris). Farrar, Straus and Giroux. ISBN 9781466848474.
  6. ^ Zychowicz, Piotr (2009-10-02). "Marek Edelman nie zyje". Rzeczpospolita (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 2009-11-03.
  7. ^ Edelman, Marek (2014-02-04). The Ghetto Fights (dalam bahasa Inggeris). Bookmarks. ISBN 9781909026391. See the External Links, below, for the full text.
  8. ^ Boyarin, Jonathan; Boyarin, Daniel (2002). Powers of Diaspora: Two Essays on the Relevance of Jewish Culture. Minneapolis, MN: University of Minnesota Press. m/s. 53. ISBN 0-8166-3596-X.
  9. ^ Kaye/Kantrowitz, Melanie (2007). The Colors of Jews: Racial Politics and Radical Diasporism. Bloomington, IN: Indiana University Press. m/s. 214. ISBN 978-0-253-34902-6.
  10. ^ Zertal, Idith (2005). Israel's Holocaust and the Politics Of Nationhood. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 34–35. ISBN 0-521-85096-7.
  11. ^ Grupinska, Anna (1985). "Talk with Marek Edelman". CZAS.
  12. ^ "Marek Edelman: death of a great man". The Daily Telegraph. London, UK. October 5, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada October 8, 2009.
  13. ^ Paul Foot (August 21, 2002). "Palestine's partisans". The Guardian. London, UK.
  14. ^ Yossi Melman (2009-10-02). "Hero of Warsaw Ghetto uprising, Marek Edelman, dies at 86". Haaretz. Dicapai pada 2023-12-25.
  15. ^ "The last Bundist," Moshe Arens, Haaretz, October 5, 2009.
  16. ^ Na stronie: Bibuła. Polskie wydawnictwa niezależne 1976–1989 r.
  17. ^ "Marek Edelman, Nieznane zapiski o getcie warszawskim". Diakses di Zeszyty Literackie pada Okt 8, 2017-10-08

Pautan luar[sunting | sunting sumber]