Maroeti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohamad Yatim yang juga dikenali sebagai Maroeti (1918 - 23 Mac 1989) adalah seorang berbakat tinggi yang berasal dari Jakarta. Beliau adalah seorang penyanyi, pemuzik, pelakon dan juga pengarah filem.

Mohammad Yatim
Kelahiran
Raden Maroeti

1918 (1918)
Meninggal dunia23 Mac 1989(1989-03-23) (umur 70–71)
Tempat ditanamTanah Perkuburan Islam, Tanah Abang, Jakarta
Nama lainMaroeti
Pekerjaanpenyanyi, pemuzik, pelakon, pengarah filem
Tahun aktif1946 - 1989
PasanganViolet Sleigh
Iriana Rohimah
Anak-anakJune
IbuRaden Adjeng Ismoyowati
BapaRaden Sunggono
SaudaraRaden Marutok (Meninggal)

Biografi[sunting | sunting sumber]

Mohammad Yatim Atau nama sebenarnya Raden Maroeti dilahirkan pada tahun 1918, berketurunan Nigrat Karton Jogja dan mempunyai 13 adik beradik. Beliau bersaudara kembar dengan Raden Marutok yang meninggal dunia ketika usianya 17 tahun. Ayahnya, Raden Sunggono, ketua stesen keretapi Jakarta, manakala ibunya, Raden Adjeng Ismoyowati, terkenal sebagai Puteri di Solo.

Pada mulanya Maroeti mahu menjadi doktor, tetapi kerana kosnya tinggi beliau terpaksa membatalkan niatnya itu lalu menceburkan dirinya sebagai menyanyi dalam satu kumpulan seni di Jakarta.

Pada tahun 1939, Maroeti berkunjung ke Singapura, yang turut disertai pencipta lagu terkenal Indonesia, Ismail Marzuki, dan S.Abdullah. Ismail Marzuki tersohor kerana lagu ciptaannya "Rayuan Pulau Kelapa", manakala S.Abdullah, kemudian terkenal sebagai penyanyi.[1][2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1946, selepas perang dunia kedua, Maroeti bekerja dengan British Far Eastern Broadcasting Corporation tahun 1947, Dalam usaha untuk meramaikan lagi pengarah di Merdeka Studio, Maroeti telah mendapat tawaran menjadi pengarah di studio yang terletak di Hulu Klang, Kuala Lumpur itu. Agak menarik, L.Krishnan, A.R.Tompel dan Salleh Ghani pernah mengarah filem sebelum berkarya di Merdeka Studio, tetapi Maroeti tidak.[3] Beliau cuma pernah berlakon bersama Kasma Booty dalam filem Chempaka (1948) arahan B.S.Rajhans dan tahun 1949, bekerja dengan Radio Malaya berpangkalan di Singapura.[4] Namun bakatnya sebagai pelakon, penyanyi dan pencipta lagu, dan lagu Jodoh (Ikan Dilaut, Asam Didarat) nyanyiannya bersama Rubiah begitu popular, percubaan dibuat untuk beliau mengarah satu filem dulu, sekiranya berjaya akan diteruskan dengan filem kedua dan ketiga. Filem ke-11 Merdeka Studio itu gagal di box office, dengan itu tercatatlah dalam sejarah filem Malaysia, Jambatan Maut (1963) merupakan satu-satunya filem yang pernah diarahkan oleh Maroeti.[5][6][7] Penglibatan Maroeti dalam filem tidak banyak, cuma dua saja. Hanya setahun, pada tahun 1953, beliau dilantik sebagai Pengarah Musik di Cathay Keris Film.[8] Pada tahun 1950 hingga 1952, beliau bersama pancaragam Malayan Quartet yang turut dianggutai Ahmad Jarr, Benay Aaron dan Syed Kelana bermain musik dikelab malam "Chev Eve" di Bangkok.

Sekembalinya ke Singapura, pada tahun 1953 hingga 1954, Maroeti memegang jawatan pengarah musik Cathay Keris Film. Kemudian pulang ke Jakarta kerana memegang jawatan sebagai pengarah Radio Indonesia dan Redifussion selama 4 tahun. Pada tahun 1958, beliau menjadi pengarah Gembira Rekod yang memasarkan lagu-lagu Indonesia ke Malaya.

Pada pertengahan tahun 1960an, Orkes Maroeti yang dipimpinnya sering ke udara di Radio Singapura hingga ke tahun 1972. Pada pertengahan tahun 1970an, Universiti Malaya telah menawarkan beliau untuk bekerjasama membuat rakaman dan katalog himpunan lagu-lagu keronchong untuk tujuan kajian dan rujukan.

Turut bersamanya, Zubir Said lagu-lagu asli, manakala Orkes Sri Harani dalam bahagian lagu-lagu Ghazal. Maroeti telah berkahwin dengan Violet Sleigh dan berkawin lagi dengan Iriana Rohimah di Jakarta pada tahun 1950, dan mempunyai seorang anak perempuan bernama June. Setelah tugasnya selesai dengan Universiti Malaya, beliau kembali ke Singapura diawal tahun 1980an, dan seringkali beruangalik ke Jakarta menziarahi saudara maranya disana.

Fakta[sunting | sunting sumber]

Maroeti merupakan hero (Chempaka) ketiga filem Melayu setelah tamatnya perang dunia kedua, selepas Salleh Ghani (Seruan Merdeka) dan Bachtiar Effendi (Singapura Di-Waktu Malam). Lagu popular Jodoh (Ikan Dilaut Asam Didarat) dalam filem Dewi Murni dinyanyikan R.Azmi dan Rubiah, bagaimanapun apabila dipiringhitamkan dinyanyikan Maroeti dan Rubiah, kerana R.Azmi menghadapi masalah kontrak.

Lagu Jodoh (Ikan Dilaut Asam Didarat) telah dirakamkan beberapa kali oleh penyanyi-penyanyi lain, tetapi paling menarik nyanyian A.Talib dan Norela Nasir yang digubah semula oleh Ramli Hashim. Sama seperti Maroeti, Chempaka merupakan filem pertama Kasma Booty, dan filem kelima diarahkan oleh B.S.Rajhans selepas Leila Majnun, Menantoe Doeharka, Seruan Merdeka dan Singapura Di-Waktu Malam.[9]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1989, ketika berada di Jakarta, Maroeti jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Namun setelah beberapa minggu dirawat, akhirnya beliau menghembus nafasnya terakhir pada 23 Mac 1989. Jenazahnya telah dikebumikan di Perkuburan Orang Islam di Barek Bivak, Tanah Abang di Jakarta.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
1948 Chempaka Sebagai Pelakon
1963 Jambatan Maut Sebagai Pengarah

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Uncle Murtabak
  • Meenah My Love
  • Papa dan Mama
  • Jodoh (Ikan Dilaut Asam Didarat)
  • Walhasil Balik Asal

Album[sunting | sunting sumber]

Malam Keroncong Asli (Orkes R.Maroeti/1980)[sunting | sunting sumber]

MUKA SATU: A1

  • Gendok Tarimal
  • Bintang Sourabaya
  • Hampa
  • Keronchong 28
  • Gelombang Laut
  • Stambul Dua

MUKA DUA: B1[sunting | sunting sumber]

  • Keronchong Kemayoran
  • Waktu Fajar
  • Keronchong Si Kapok
  • Kenang Kenangan
  • Gambang Semarang
  • Bunga Anggerek

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-18.
  2. ^ Profile Legenda MAROETI | Profile Legenda MAROETI Pada mulanya payah juga untuk menjejak latar belakang beliau. Mujur apabila admin bertemu ramah dengan penyanyi keronchong,... | By Musika - Malaya's Early Music Scene from 1900s to 1965Facebook, dicapai pada 2024-04-18
  3. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-18.
  4. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-18.
  5. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-18.
  6. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-18.
  7. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-18.
  8. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-18.
  9. ^ A.r, Mustafar (2015-05-12). "FILEM KLASIK MALAYSIA: M.YATIM @ MAROETI". FILEM KLASIK MALAYSIA. Dicapai pada 2024-04-18.