Aman Ramli Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
A.R Tompel
Filem-Abu Nawas-1961.jpg
Aman Ramli Bin Jaafar atau lebih dikenali sebagai A R Tompel dalam filem Abu Nawas, 1961
Kelahiran Aman Ramli Jaafar
24 Oktober 1918(1918-10-24)
Tanjung Balai, Asahan, Indonesia Indonesia
Meninggal dunia 30 Januari 1973 (umur 54)
Setapak, Kuala Lumpur Kuala Lumpur,  Malaysia
Perkuburan Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Pekerjaan Pelakon, Pelawak, Pengarah, Penulis Skrip
Tahun aktif 1948 - 1972
Agama Islam
Pasangan P.Suriati (bercerai)
Salmah Ismail (bercerai)
Jah Ismail (bercerai)
Ruminah Sidek
hdhhd
gggg
Anak Armaya Aman Ramli/AR Badul (anak)
Adlin Aman Ramlie (anak)
Amran Tompel (anak)
Armali Aman Ramli (anak)
Azlan Aman Ramli (anak)
Anuar Aman Ramli (anak)

Aman Ramli Bin Jaafar atau lebih dikenali sebagai A R Tompel merupakan seorang pelakon filem Melayu bersama dengan P. Ramlee dan Ibrahim Din dalam filem Do Re Mi.

Aman Ramli Jaafar dilahirkan pada 24 Oktober tahun 1918 di Tanjung Balai, Asahan, Indonesia. Sebelum menyertai bidang lakonan, Aman Ramli sudah pun bergiat aktif dalam kumpulan bangsawan.

Beliau telah Kembali ke Rahmatullah pada 30 Januari 1973,apabila beliau terlibat dalam satu kemalangan Jalan Raya di Setapak, Kuala Lumpur. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Jejak beliau kini diteruskan oleh 6 anaknya, Armaya Aman Ramli (A. R. Badul), Adlin Aman Ramli, Amran Tompel Aman Ramli , Armali Aman Ramli, Azlan Aman Ramli & Anuar Aman Ramli.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Pengarah
  • Penulis Skrip
  • Pelakon

Filem Arahan[sunting | sunting sumber]

  • Perkahwinan Rahsia
  • Norma
  • Sesal Tak Sudah
  • Chinta Murni
  • Sehati Serasa
  • Seniati
  • Abu Nawas (1960)

Filem Lakonan[sunting | sunting sumber]

Antara filem lakonan beliau ialah:-

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Telefilem biopik bertajuk Saloma yang ditayangkan pada 28 Ogos 2014 di Astro First telah mengundang bantahan dari seluruh ahli keluarga Allahyarham kerana telefilem itu memperlihatkan sisi negatif pelakon popular zaman kegemilangan filem P. Ramlee itu. Dalam cerita itu, watak Tompel, yang dilakonkan Azhan Rahi, digambarkan sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab ketika dia mengahwini Saloma, lakonan Nabila Huda. Sehubungan itu, satu sidang media diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan waris Tompel yang terdiri daripada Amran; pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramli; A.R. Badul; Ruminah Sidek; bekas isteri Tompel, Zaiton Ismail serta 30 waris yang lain menuntut Astro menghentikan tayangan telefilem berkenaan dan mendakwa gambaran mengenai watak Tompel dalam cerita itu adalah tidak tepat. Menurut salah seorang anak Allahyarham, Adlin, setakat ini mereka telah menuntut pihak Astro selaku penyiar supaya menarik balik tayangan telefilem berkenaan namun tiada sebarang maklumbalas dari syarikat berkenaan. Beliau melahirkan perasaan kesal apabila kisah bapanya, A.R. Tompel, yang dipaparkan dalam telefilem itu berunsur tohmahan dan banyak kesalahan fakta sehingga menjejaskan tanggapan masyarakat seolah-olah bapanya itu adalah punca Saloma menderita. Adlin berkata demikian, mengenai telefilem terbitan syarikat produksi Kus Semangat Aktor milik Melissa Saila[1] yang dipercayai memberi impak buruk kepada mereka.

Tambahan beliau, telefilem itu bukan sahaja mengaibkan serta menjejaskan kredibiliti dan reputasi bapanya, malah waris Tompel juga turut terpaksa berdepan dengan pelbagai tanggapan dan persepsi buruk daripada kalangan masyarakat kesan daripada penayangan telefilem tersebut. Tambah Adlin lagi, bapanya juga telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis sehingga mengaib dan menjejaskan kredibiliti dan reputasinya. Berikutan itu, Adlin telah mengambil tindakan menerusi peguamnya Azam & Co. dengan menghantar notis kepada Astro untuk segera menghentikan tayangan telefilem itu.[2] Sebagai pelakon yang membawa watak sebagai Tompel dalam telefilem tersebut, nama Azhan Rani yang memegang watak Allahyarham juga turut tidak terkecuali daripada menerima tempias daripada kontroversi yang tercetus. Sementara itu, peguam yang mewakili waris Tompel, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz memberitahu, notis tuntutan telah dihantar kepada Astro pada 26 September lalu.

Pelakon veteran Ruminah Sidek mengakui bekas suaminya, A.R. Tompel merupakan seorang lelaki yang sering menjadi perhatian dan digilai ramai wanita. Bagaimanapun Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, berkata, watak gatal Tompel yang dipaparkan dalam telefilem itu langsung tidak menggambarkan identiti sebenar bekas suaminya itu. Dalam pada itu, Ruminah berkata, terdapat beberapa babak menunjukkan Tompel begitu agresif dalam percubaan cuba memikat Saloma dan seorang wanita lain namun hakikatnya, seniman itu bukanlah seorang yang berani bertindak segera dalam memikat wanita. Sementara itu, Amran berkata, dia berasakan semua itu tidak patut ditayangkan kepada orang ramai kerana boleh menyebabkan maruahnya sebagai anak Tompel terjejas termasuklah waris lain. Badul pula berkata, segala perlakuan bapanya yang divisualkan dalam telefilem itu adalah watak dalam filem lakonannya.

Pautan[sunting | sunting sumber]

A.R Tompel,sinemamalaysia.com.my

  1. Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Terhadap AR Tompel
  2. AR Tompel Punca Saloma Derita Adalah Kisah Palsu