Marvin Ogunjimi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marvin Ogunjimi
Maklumat peribadi
Nama penuh Marvin Ogunjimi
Tarikh lahir (1987-10-12) 12 Oktober 1987 (umur 36)[1]
Tempat lahir Mechelen, Belgium
Ketinggian 1.85 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Strømsgodset
Nombor 75
Kerjaya remaja
1997–1999 Rapid Leest
1999–2001 Roosendaal
2001–2003 Racing Mechelen
2003–2004 Mechelen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2011 Racing Genk 84 (30)
2007–2008Waalwijk (pinjaman) 27 (10)
2011–2014 Mallorca 7 (0)
2012Standard Liège (pinjaman) 3 (0)
2013Beerschot (pinjaman) 10 (1)
2013–2014Oud-Heverlee Leuven (pinjaman) 18 (0)
2014– Strømsgodset 11 (4)
Pasukan kebangsaan
2004–2005 Belgium B18 2 (0)
2006 Belgium B19 8 (0)
2010–2011 Belgium 7 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 2 November 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Oktober 2011

Marvin Ogunjimi (lahir 12 Oktober 1987) merupakan pemain bola sepak Belgium yang kini bermain untuk Strømsgodset. Beliau bermain di posisi penyerang. Beliau juga merupakan keturunan Nigeria.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Ogunjimi membuat penampilan pertama bersama Racing Genk ketika musim 2005–06. Pada 2007, beliau dipinjam ke kelab RKC Waalwijk. Beliau sempat bermain 27 perlawanan serta menjaringkan 10 gol. Ketika kembali ke Genk, beliau membantu Genk menjuarai trofi liga pada musim 2010-11. Pada 14 November 2011, beliau berpindah ke Mallorca. Pada 31 Ogos 2012, beliau berpindah ke Standard Liège secara pinjaman. Pada pertengahan bulan Februari 2014, beliau menandatangani kelab New England Revolution sehingga hujung bulan.

Pada 6 Jun 2014, Ogunjimi menandatangani kelab Strømsgodset. Beliau membuat debut untuk kelab Norway itu ketika menentang Steaua pada pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara pada 16 Julai 2014. Pada 2 Ogos, beliau membuat debut liga menentang Sogndal IL, seri 1-1.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Oktober 2010, beliau membuat penampilan pertama antarabangsa bersama skuad Belgium menentang Kazakhstan. Beliau menjaringkan dua gol pada perlawanan pertamanya bersama skuad kebangsaan.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
8 Oktober 2010 Astana, Kazakhstan  Kazakhstan 1–0 2–0 Kelayakan Euro 2012
2
2–0
3
12 Oktober 2010 Brussels, Belgium  Austria
3–3
4–4
Kelayakan Euro 2012
4
3 Jun 2011 Brussels, Belgium  Turki
1–0
1–1
Kelayakan Euro 2012
5
7 Oktober 2011 Brussels, Belgium  Kazakhstan
4–0
4–1
Kelayakan Euro 2012

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Racing Genk

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Marvin Ogunjimi". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-11. Dicapai pada 28 May 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]