Mary Peltola

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mary Peltola
Akalleq
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
dari daerah kongres besar Alaska
Memegang jawatan
13 September 2022
Didahului olehDon Young
Ahli Dewan Perwakilan Alaska
Dalam jawatan
19 Januari 1999 – 19 Januari 2009
Didahului olehIvan Ivan
Digantikan olehBob Herron
Kawasan pilihan rayaDaerah 39 (1999-2003)
Daerah 38 (2003-2009)
Butiran peribadi
LahirMary Sattler
(1973-08-31) 31 Ogos 1973 (umur 50)
Anchorage, Alaska, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganJonathan Kapsner (bercerai)
Joe Nelson (bercerai)
Gene Peltola
Anak-anak7 (termasuk 3 anak angkat)
PendidikanUniversiti Northern Colorado
Laman web rasmiLaman web Dewan

Mary Peltola (nama kelahiran: Mary Sattler; Yup'ik: Akalleq[1]; lahir 31 Ogos 1973) ialah ahli politik dan bekas hakim mahkamah suku asli Amerika yang berkhidmat sebagai ahli Dewan Perwakilan A.S. untuk daerah kongres besar Alaska. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Suruhanjaya Perikanan Antara Suku Sungai Kuskokwim.

Beliau ialah wanita suku asli Alaska pertama terpilih ke Kongres setelah menewaskan calon-calon Republikan iaitu bekas gabenor Alaska Sarah Palin dan Nick Begich III dalam pilihan raya khas pada 16 Ogos 2022 bagi mengisi kekosongan disebabkan oleh kematian Don Young pada bulan Mac 2022.[2] Daerah kongres yang diwakili oleh beliau meliputi keseluruhan negeri Alaska, menjadikan daerah kongres ini yang terbesar di Amerika Syarikat dan kedua terbesar di dunia yang diwakili oleh seorang perwakilan setelah daerah Nunavut di Kanada.[3] Peltola memenangi semula kerusi yang beliau pegang, menewaskan semula Sarah Palin ketika pilihan raya umum November 2022.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ House Natural Resources Subcommittee for Water, Oceans, And Wildlife (2021). Written Testimony of Mary Sattler Peltola (PDF). Alaska State Legislature. m/s. 1. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada Julai 25, 2022. Dicapai pada July 31, 2022.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ "Democrat Mary Peltola wins special election to fill Alaska's U.S. House seat". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-01. Diarkibkan daripada yang asal pada September 1, 2022. Dicapai pada 2022-09-01.
  3. ^ https://www.census.gov/prod/cen2010/cph-2-1.pdf [PDF URL kosong]
  4. ^ Shepard, Steven (November 23, 2022). "Murkowski, Peltola win in Alaska". POLITICO (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada November 25, 2022.