Sarah Palin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sarah Palin
Sarah Palin by Gage Skidmore 2.jpg
Gabenor Alaska ke-9
Dalam jawatan
4 Disember 2006 – 26 Julai 2009
LeftenanSean Parnell
Didahului olehFrank Murkowski
Datuk Bandar Wasilla, Alaska
Dalam jawatan
1996–2002
LeftenanJohn Cramer
Didahului olehJohn Stein
Digantikan olehDianne Keller
Butiran peribadi
Lahir (1964-02-11) 11 Februari 1964 (umur 56)
Sandpoint, Idaho, Amerika Syarikat
Parti politikRepublik
PasanganTodd Palin (sejak 1988)
Anak-anakTrack, Bristol, Willow, Piper, Trig
KediamanWasilla, Alaska
Alma materUniversiti Idaho
ProfesionWartawan, ahli politik

Sarah Louise Palin (sebutan bahasa Inggeris: /ˈpeɪlɨn/; lahir 11 Februari 1964) ialah ahli politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Gabenor Alaska. Beliau ialah calon naib presiden untuk pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2008 mendampingi John McCain (Republik). Mereka dikalahkan oleh pasangan Barack Obama dan Joe Biden (Demokrat).

Palin dipilih sebagai gabenor pada akhir 2006 setelah mengalahkan gabenor yang berkhidmat ketika itu, Frank Murkowski dalam pilihan raya terdahulu Parti Republik, dan mengalahkan bekas gabenor Parti Demokrat, Tony Knowles dalam pilihan raya umum. Palin ialah wanita pertama sekaligus gabenor termuda yang pernah memegang jawatan Gabenor Alaska. Sebelum ini, Palin menjadi ahli dewan bandar Wasilla, Alaska dari 1992 hingga 1996 (dua kali semasa tempoh jawatan), dan terpilih dua kali sebagai datuk bandar Wasilla, pada tahun 1996 dan 1999. Pada tahun 2002, Beliau pernah mencalonkan diri sebagai wakil gabenor namun tidak terpilih. Palin mendapat ijazah Sarjana Seni dalam bidang kewartawanan Universiti Idaho.

Pada 29 Ogos 2008, calon presiden dari Parti Republik, John McCain mengumumkan bahawa Palin telah dipilih sebagai pendamping dalam pilihan raya umum. Ini menjadikan Palin sebagai wanita calon naib presiden kedua yang mewakili parti politik besar di Amerika Syarikat selepas Geraldine Ferraro, sekaligus wanita calon wakil presiden pertama dari Parti Republik. Beliau juga menjadi ahli politik kelahiran Alaska yang pertama kali mengikuti pilihan raya presiden/naib presiden di AS.

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Palin dilahirkan sebagai Sarah Louise Heath di Sandpoint, Idaho. Beliau ialah anak perempuan Sarah Heath (nama sebelum perkahwinan: Sarah Sheeran), yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah sekolah, dan Charles R. Heath, seorang guru sains semulajadi dan pelatih atletik.[3][4] Ibu bapanya berketurunan Inggeris, Ireland, dan Jerman.[3] Keluarganya berpindah ke Alaska ketika beliau masih kecil.[4] Sarah dan bapanya kadang-kadang bangun pada jam 3.00 pagi untuk memburu rusa moose sebelum ke sekolah. Keluarganya juga mengikuti pertandingan lumba lari 5 kilometer dan 10 kilometer.[4]

Palin bersekolah di Sekolah Tinggi Wasilla di Wasilla, Alaska. Di sekolahnya, beliau mengetuai Fellowship of Christian Athletes.[4] Dalam paaukan bola keranjang, beliau bermain sebagai point guard sekaligus bertindak sebagai kapten pasukan. Pasukan bola keranjangnya menjadi juara bola keranjang sekolah Alaska pada tahun 1982. Palin berjaya memenangi pertandingan dari lemparan bebas di detik-detik terakhir pertandingan walaupun mengalami patah tulang di pergelangan kaki.[4] Sewaktu aktif di bola keranjang, beliau menerima julukan "Sarah Barracuda" kerana permainannya yang bersemangat.[4]

Pada tahun 1984, Palin memenangi pertandingan kecantikan Miss Wasilla, dan menjadi juara kedua dalam Miss Alaska[5] yang melayakkan beliau menerima biasiswa universiti.[4] Dalam Miss Wasilla, beliau bermain seruling dan memenangi gelaran "Miss Congeniality"[6][7]

Palin mendapat ijazah sarjana dalam bidang kewartawanan dari Universiti Idaho, di mana beliau mendalami sains politik.[8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau mendirikan rumahtangga dengan rakan sekuliahnya, Todd Palin pada 29 Ogos 1988. Selepas berkahwin, beliau bekerja sebagai wartawan sukan untuk stesen televisyen tempatan di Anchorage sambil membantu suaminya sebagai nelayan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Alaska Assemblies of God Newsletter" (PDF). Dicapai pada 29 Ogos 2008. along with Pastor Mike Rose of Juneau Christian Center, where Palin presently attends church when in Juneau
  2. ^ "Sarah Palin - Pentecostal". washingtontimes.com. Dicapai pada 30 Ogos 2008.
  3. ^ a b Ancestry of Sarah Palin oleh Robert Battle. URL diperoleh pada 26 Ogos 2008.
  4. ^ a b c d e f g h Johnson, Kaylene (2008). "Sarah: How a Hockey Mom Turned Alaska's Political Establishment Upside Down". Epicenter Press. ISBN 978-0979047084.
  5. ^ "Gov. Sarah Palin Was Second Choice in '84 Beauty Contest".
  6. ^ "McCain surprises with Palin pick". MarketWatch. 29 Ogos 2008. Dicapai pada 29 Ogos 2008.
  7. ^ "Commentary: Palin is brilliant, but risky, VP choice". CNN. 29 Ogos 2008. Dicapai pada 29 Ogos 2008.
  8. ^ Kizzia, Tom (29 Ogos 2008). "Gov. Sarah Palin: A biography". Anchorage Daily News. Dicapai pada 29 Ogos 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
John Stein
Datuk Bandar Wasilla, Alaska
1996 – 2002
Diikuti oleh:
Dianne Keller
Didahului oleh
Frank Murkowski
Gabenor Alaska
2006 – 2009
Diikuti oleh:
Sean Parnell
Didahului oleh
Dick Cheney
Calon naib presiden Parti Republik
(presumptif)

Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2008
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Janet Napolitano
Gabenor Arizona
Urutan protokol Amerika Syarikat
(ketika berada di luar Alaska)
Diikuti oleh:
Linda Lingle
Gabenor Hawaii
Didahului oleh
Dick Cheney & Lynne Cheney
Naib Presiden & Isteri
Urutan protokol Amerika Syarikat
(wilayah Alaska)
Diikuti oleh:
Datuk bandar dari bandar di Alaska (jika ada), selepas Nancy Pelosi
Juru bicara Dewan Perwakilan Amerika Syarikat