Masjid Alwi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Masjid Alwi
مسجد علوي‎‎
Masjid Syed Alwi.JPG
Bangunan Masjid Alwi
Info asas
Koordinat geografiKoordinat: 6°26′27.1″N 100°11′52.4″E / 6.440861°N 100.197889°E / 6.440861; 100.197889
AgamaAhli Sunah Waljamaah
DaerahKangar
NegeriPerlis
NegaraMalaysia
StatusAktif
Penetapan warisan1988
Laman webFacebook
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaMughal
Disiapkan pada1933 (1933)
Kos pembinaanRM64,684

Masjid Alwi ialah sebuah masjid di Jalan Baru Kangar - Alor Setar, Kangar, Perlis, Malaysia.[1]

Nama[sunting | sunting sumber]

Masjid ini dinamakan selepas Raja Perlis ketika itu, Raja Syed Alwi Ibni Almarhum Tuan Syed Saffi Jamalullail.[2] Nombor Daftar Jakim: MY-09-KGR-00039.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Usaha kutipan zakat fitrah dan derma Kerajaan Negeri Perlis serta derma dari pegwai-pegawai kerajaan yang beragama Islam dan saudagar-saudagar Islam untuk pembinaan masjid ini bermula semenjak tahun 1920-an lagi semasa pemerintahan Pegawai Penasihat British, Mr. M.C. Hay.[3] Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1931 dan pada bulan Februari 1933 semasa pemerintahan Mr. O.E. Venables, masjid ini telah disiapkan.[2] Dengan perbelanjaan pembinaan sebanyak RM64,684, masjid ini dibuka dengan rasminya pada 3 Syawal 1350 bersamaan 10 Februari 1932 oleh Raja Syed Alwi.[3] Masjid ini telah diisytiharkan warisan negara pada tahun 1988 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.[4]

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Masjid ini dibina berkonsepkan seni bina Mughal klasik, iaitu pada bentuk kubah masjid ini.[5] Ia mempunyai persamaan dengan Masjid Zahir di Kedah.[2]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Masjid Alwi, Kangar, Perlis". myMasjid. Dicapai 2 Mei 2017. 
  2. ^ a b c Hamzah, Latifah (2010). Ziarah Masjid di Malaysia. Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. m/s. 23. ISBN 978-983-042-448-4. 
  3. ^ a b "Masjid Alwi". Masjid Malaysia. Jakim. 
  4. ^ "Masjid Alwi, Kangar". Pusat Pelancongan Islam Malaysia (ITC) (dalam bahasa Inggeris). 
  5. ^ "Masjid Alwi". 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]