Masjid Istana Diraja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Masjid Istana Diraja terletak di kawasan Istana Alam Shah, Klang . Kosnya RM9 juta, yang diilhamkan dan dibiayai sepenuhnya oleh baginda Sultan Selangor. Masjid ini sebahagian daripada Istana Alam Shah.

Perasmian[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Jun 2011, perasmian dilakukan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Harapan baginda agar masjid ini menjadi pusat bagi menyatupadukan waris dan kerabat Diraja Selangor. Turut berangkat ialah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Semua waris dan kerabat Diraja Selangor serta warga kerja istana boleh menggunakan kemudahan masjid ini bagi mengadakan majlis keagamaan seperti kenduri kesyukuran, doa selamat, pengurusan jenazah dan majlis akad nikah. Namun solat Jumaat tidak dilakukan di masjid ini berikutan lokasinya yang terlalu hampir dengan Masjid Diraja Sultan Suleiman, yang dibina lebih 100 tahun lalu.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Masjid ini seluas 2,159.9 meter persegi di atas tapak Balai Musolla dan Balai Nobat, Istana Alam Shah. Pembinaan mengambil masa dua tahun bermula Januari 2009 dan siap dibina pada Mei 2011.Terdapat ruang untuk majlis akad nikah dan perkahwinan.Masjid tiga tingkat ini mempunyai reka bentuk bercirikan masjid-masjid lama di Kaherah, Mesir.Menara 36 meter dibina dan empat buah pintu gerbang, dengan pintu gerbang utamanya menghadap Istana Alam Shah yang dihiasi dengan jubin-jubin seni tangan dari Turki, yang dipilih sendiri Sultan Selangor.

Masjid itu direka bentuk sebagai masjid terbuka kerana kebanyakan ruang dalaman tidak berdinding bagi menambahkan pengudaraan sekaligus mengurangkan penggunaan alat pendingin hawa.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]