Pergi ke kandungan

Masjid al-Syed Hasyim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid al-Syed Hasyim
Info asas
LokasiGenting Gaza Jalan al-Wihdah, Gaza, Genting Gaza
Koordinat geografi31°30′29.00″N 34°27′48.05″E / 31.5080556°N 34.4633472°E / 31.5080556; 34.4633472
AgamaIslam
DaerahGaza Governorate
WilayahGenting Gaza
RantauLevant
NegaraNegara Palestin
StatusAktif
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaMamluk, Uthmaniyah
Disiapkan padaAbad ke-12 M (asal)
1850 (bangunan hari ini)

Masjid al-Syed Hasyim (Arab: مسجد السيد هاشم transl: Masjid as-Sayed Hāshim) ialah satu daripada masjid yang terbesar dan tertua di Kota Gaza. Masjid ini terletak di Daerah al-Daraj Kota Lama, berdekatan Jalan Wihdah. Mengikut periwayatan Islam, makam Hasyim bin Abdul Manaf, moyang Nabi Muhammad SAW, yang meninggal dunia di Gaza semasa perjalanan perdaganagan, terletak di bawah kubah masjid.[1]

Sebuah masjid dan hostel terletak di tapak kini semenjak sekurang-kurangnnya abad ke-12 M. Masjid mempunyai sebuah madrasah dan merupakan pusat pendidikan agama dalam abad ke-19 dan ke-20. Masjid dinamakan sempena nama Hasyim. Masjid al-Syed Hasyim sering dikunjungi pedagang dari Mesir, Semenanjung Arab dan Maghribi.[1]

Masjid yang ada sekarang dibina dalam tahun 1850, atas arahan sultan Uthmaniyah, Abdülmecid I. Sebahagian daripada bahan binaan lama yang digunakn buat pembuatan masjid diperoleh dari masjid-masjid dan bangunan-bangunan lain yang dimusnahkan tentera Napoleon Bonaparte. Menara Utmaniyah asal dibina semula dalam tahun 1903 dan ruang utara dan barat juga dibina dalam tempoh yang sama. Makam Hasyim terletak di sudut barat laut masjid.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Mosque of Sayyed Hashim - Gaza Diarkibkan 2013-12-09 di Wayback Machine This Week in Palestine, October 2006. Originally an excerpt from Palestine: A Guide, Interlink Publishers, 2005.

Koordinat: 31°30′29.00″N 34°27′48.05″E / 31.5080556°N 34.4633472°E / 31.5080556; 34.4633472